Ramai anggap PCOS ni hanya masalah hormon tak stabil yang buat haid lari dan jerawat naik. Tapi sebenarnya, Polycystic Ovary Syndrome jauh lebih kompleks. Ia bukan sekadar “kacau sikit-sikit hormon”, tapi melibatkan banyak sistem badan seperti metabolisme, keradangan, dan hormon insulin.
Jom kita bongkar apa sebenarnya punca PCOS berlaku, dan kenapa makin ramai wanita muda dah kena.
Apa Itu PCOS?
PCOS berlaku bila badan wanita hasilkan hormon lelaki (androgen) secara berlebihan.
Bila hormon ni terlalu tinggi, ia ganggu proses ovulasi (pengeluaran telur)
dan menyebabkan haid jadi tak teratur, jerawat degil, bulu tumbuh
di tempat pelik (muka, dada, perut) dan kadang-kadang sukar hamil.
Jadi… Apa Sebab Sebenar PCOS Berlaku?
1. Rintangan Insulin (Insulin Resistance)
Ini antara punca paling kuat. Bila sel badan tak respon dengan baik pada insulin, pankreas hasilkan lebih banyak insulin untuk paksa gula masuk ke sel. Tapi lebihan insulin ni akan rangsang ovari hasilkan lebih banyak hormon lelaki, yang akhirnya kacau kitaran haid dan ovulasi.
Kajian dari Journal of Clinical Endocrinology (2004) dapati 70% wanita PCOS ada masalah insulin resistance, walaupun badan kurus.
2. Keradangan Kronik (Chronic Inflammation)
Ramai tak tahu PCOS sebenarnya ada kaitan dengan keradangan dalaman yang senyap. Bila badan sentiasa dalam keadaan inflamasi, ia ganggu hormon dan boleh rosakkan keseimbangan sistem pembiakan.
Kajian 2015 dalam International Journal of Clinical and Experimental Medicine mengesahkan wanita PCOS mempunyai penanda inflamasi lebih tinggi dari biasa.
3. Genetik & Keturunan
Kalau mak, kakak atau makcik ada sejarah PCOS, risiko untuk awak kena pun meningkat. Tapi genetik bukan penentu mutlak, tapi gaya hidup memainkan peranan besar.
4. Gaya Hidup Tak Sihat
Pengambilan gula berlebihan, kurang bersenam, tidur tak cukup dan tekanan kronik boleh mencetuskan atau memburukkan lagi PCOS. Semua ini menyebabkan kerintangan insulin makin teruk.
Kitaran haid > 35 hari
Tak datang haid selama berbulan
Jerawat hormon sukar hilang
Berat badan mudah naik, terutama di perut
Rambut gugur, rambut tumbuh di kawasan tidak biasa (misai, dagu)
Betul. Banyak kesannya kepada kesuburan seperti :
Kitaran haid yang tidak teratur atau terlalu jarang berlaku boleh bermaksud tiada ovulasi berlaku. Jika tiada telur yang dilepaskan, maka kehamilan tidak boleh berlaku secara semula jadi.
2. Kualiti Telur Terganggu
Ketidakseimbangan hormon, terutama androgen berlebihan (hormon lelaki), boleh mengganggu proses pematangan telur dalam ovari. Telur mungkin tidak cukup matang untuk disenyawakan.
3. Persekitaran Rahim Kurang Sesuai
Hormon tidak seimbang juga boleh mengganggu lapisan endometrium (dinding rahim) yang penting untuk penempelan embrio. Ini boleh menjejaskan kebarangkalian kehamilan berjaya walaupun telur telah disenyawakan.
4. Rintangan Insulin
Ramai wanita dengan PCOS mengalami insulin resistance, yang boleh memburukkan lagi ketidakseimbangan hormon dan menyebabkan kenaikan berat badan. Berat badan berlebihan pula menambah risiko ketidaksuburan.
Ya, boleh! Walaupun sukar, masih ramai wanita dengan PCOS berjaya hamil dengan:
✅ Pemantauan ovulasi
✅ Perubahan gaya hidup (diet & senaman)
✅ Suplemen sokongan hormon seperti Resveraterol, GLA
✅ Rawatan kesuburan seperti Clomid, IUI atau IVF jika perlu
Vivix Shaklee adalah suplemen premium berasaskan resveratrol dan polifenol, sebatian antioksidan yang kuat dari tumbuhan anggur muscadine, elderberry, dan lobak ungu. Kajian menunjukkan bahan aktif dalam Vivix membantu:
Kebanyakan wanita dengan PCOS mengalami insulin resistance, menyebabkan paras insulin tinggi. Ini boleh merangsang ovari menghasilkan lebih banyak hormon lelaki (androgen). Vivix mengandungi resveratrol, yang menurut kajian:
📌 "Resveratrol improves insulin sensitivity and reduces androgen levels in women with PCOS."
— J Clin Endocrinol Metab, 2016
PCOS sering dikaitkan dengan keradangan dalaman kronik. Resveratrol dalam Vivix mempunyai kesan anti-radang yang boleh bantu:
Menenangkan sistem imun
Melindungi sel daripada kerosakan oksidatif
Menyokong fungsi hormon
PCOS turut dikaitkan dengan masalah tenaga sel yang lemah. Vivix menyokong pembaikan sel, termasuk fungsi mitokondria iaitu pusat tenaga dalam sel, yang penting untuk ovulasi dan kesuburan wanita.
Kajian oleh Jurnal Clinical Endocrinology & Metabolism (2016) dapati resveratrol dapat:
Turunkan paras testosteron hingga 23%
Baiki sensitiviti insulin
Kurangkan keradangan
Galakkan keseimbangan hormon
Vivix bantu perbaiki sel dari dalam, bukan sekadar legakan simptom, tapi bantu pulihkan punca dalaman PCOS.
PCOS bukan penamat kepada impian menjadi ibu. Dengan pemahaman dan tindakan yang betul, ramai wanita telah berjaya menstabilkan hormon dan mengandung secara semula jadi atau melalui rawatan kesuburan.
Jika anda mengesyaki anda ada PCOS atau sedang merancang untuk hamil, jangan tunggu terlalu lama. Dapatkan sokongan, ilmu dan rawatan seawal mungkin.