Pernah tak anda rasa cepat sangat letih walaupun tak buat kerja berat?
Atau bangun pagi rasa lesu, fikiran berkecamuk, dan emosi tak menentu?
Ramai sebenarnya tak sedar yang simptom-simptom macam ni boleh jadi petanda badan kekurangan vitamin B. Vitamin B bukan sekadar satu jenis je, tapi satu kumpulan vitamin yang sangat penting untuk hampir semua fungsi tubuh – dari tenaga, saraf, hormon sampailah ke kesihatan kulit dan rambut!
Sebab tu ramai yang mula amalkan B-Complex Shaklee, dan kebanyakannya beri feedback positif selepas konsisten makan. Saya nak kongsikan dengan anda 5 sebab utama kenapa B Complex Shaklee terbaik, menjadi pilihan ramai.
B Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diperlukan tubuh, iaitu:
1, 💛 Vitamin B1 (Thiamine)
Vitamin B1 bantu badan kita tukar makanan, terutamanya karbohidrat, kepada tenaga. Ia juga penting untuk menyokong fungsi saraf dan otot yang sihat. Kalau anda selalu rasa letih, murung atau cepat sangat penat walaupun baru je mulakan hari, itu mungkin tanda kekurangan B1. Ia juga bagus untuk jantung dan membantu kestabilan sistem saraf.
Kekurangan B1 boleh menyebabkan keletihan, hilang selera makan, dan gangguan saraf seperti cepat marah atau mudah lupa.
B2 berperanan sebagai antioksidan semula jadi – ia bantu lindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. Selain tu, ia juga penting untuk kesihatan kulit, mata, dan penghasilan tenaga. Kalau anda selalu alami bibir pecah, kulit kering, atau mata cepat letih, mungkin tubuh anda perlukan lebih vitamin B2.
Kekurangan B2 boleh menyebabkan bibir merekah, kulit menggelupas dan mata cepat penat.
Niacin terkenal kerana manfaatnya untuk peredaran darah dan kulit. Ia bantu kawal kolesterol, menyokong kesihatan jantung, dan paling menarik – sangat bagus untuk kulit yang bermasalah jerawat, berminyak atau kusam. Niacinamide (bentuk aktif B3) juga bantu mencerahkan kulit, kuatkan skin barrier, dan kawal minyak berlebihan. Kesan positif ni boleh dilihat bila diambil secara konsisten dari dalam.
Kekurangan B3 boleh menyebabkan kulit kasar, kering, dan mudah iritasi (penyakit pellagra: dermatitis, cirit-birit, demensia).
Vitamin B5 bantu dalam penghasilan hormon adrenal, iaitu hormon yang bantu tubuh kita uruskan tekanan. Sebab tu ia juga dikenali sebagai vitamin “anti-stres”. Selain tu, ia juga bantu proses penyembuhan luka dan sangat bagus untuk kesihatan kulit. Ramai yang ambil B5 secara oral untuk bantu pulihkan kulit berjerawat dan rosak akibat sinaran UV.
💡 B5 juga banyak digunakan dalam skincare kerana sifatnya yang melembapkan & menyembuhkan.
B6 sangat penting untuk keseimbangan hormon dan kesihatan mental. Ia bantu tubuh hasilkan serotonin dan dopamine – dua hormon yang bertanggungjawab jaga mood kita supaya stabil. Kalau anda kerap stres, cepat marah, atau susah tidur, kekurangan B6 mungkin puncanya. Ia juga bantu kurangkan rasa kebas-kebas dan sokong kesihatan sistem saraf.
Kekurangan B6 boleh sebabkan cepat marah, gangguan emosi, dan rasa kebas.
B7 dikenali sebagai vitamin kecantikan kerana fungsinya yang menyokong kesihatan rambut, kulit, dan kuku. Kalau anda alami masalah rambut gugur, kuku rapuh, atau kulit kusam, vitamin ini sangat membantu. Ia juga penting dalam proses metabolisma lemak dan protein dalam tubuh.
Ramai ambil biotin untuk rawat rambut gugur & kuku yang mudah patah.
Folic acid sangat penting terutama untuk wanita yang merancang kehamilan atau sedang mengandung. Ia bantu pembentukan sel darah merah dan sokong perkembangan janin yang sihat. B Complex Shaklee istimewa sebab ia guna bentuk aktif folic acid iaitu L-Methylfolate – lebih mudah diserap dan sesuai walaupun untuk individu yang ada masalah genetik MTHFR.
B-Complex Shaklee guna bentuk L-Methylfolate – bentuk aktif yang mudah diserap badan (berbanding folic acid biasa).
Akhir sekali, B12 penting untuk fungsi otak, sistem saraf dan pembentukan sel darah merah. Kalau anda rasa cepat penat, kerap kebas-kebas tangan atau susah fokus, anda mungkin perlukan lebih B12. Kekurangan vitamin ini juga boleh sebabkan masalah memori dan risiko anemia.
Kekurangan B12 boleh sebabkan keletihan melampau, hilang memori, dan gangguan sistem saraf.
Setiap jenis vitamin B ini ada fungsi penting. Contohnya, B1, B2, dan B3 bantu hasilkan tenaga daripada makanan. B6 dan B12 pula penting untuk fungsi saraf dan kesihatan otak.
🧠 Kajian dalam jurnal Nutrients (2016) menunjukkan bahawa kombinasi vitamin B boleh memberi kesan positif terhadap fungsi kognitif dan membantu mengurangkan risiko gangguan neurodegeneratif seperti Alzheimer.
Bukan semua produk B Complex kat pasaran lengkap macam ni ya. Ada yang hanya ada 3-4 jenis sahaja. Tapi Shaklee lengkap dan seimbang!
Setiap vitamin B ni ibarat team yang bekerjasama. Bila satu kurang, fungsi yang lain pun boleh terganggu. Tenaga tak boleh dihasilkan dengan baik kalau tiada B1, B2 dan B3, walaupun B6 dan B12 cukup. Sebab tu ambil B Complex yang lengkap macam Shaklee sangat penting, sebab ia lengkap 8 jenis, dalam dos seimbang, dan dari sumber semula jadi, bukan sintetik!
Contohnya, B6 & B12 bantu fungsi saraf, tapi B1 & B2 pula bantu hasilkan tenaga. Jadi bila ambil B-Complex Shaklee, anda dapat gabungan lengkap dan seimbang dari tenaga, hormon, saraf sampai ke kulit dan rambut!
Tahukah anda, tak semua orang boleh menyerap folic acid dengan baik?
Ada sesetengah individu (dianggarkan 30-40% populasi dunia) yang ada mutasi gen MTHFR, yang menyebabkan badan mereka tidak dapat menukar asid folik sintetik kepada bentuk aktif yang boleh digunakan oleh tubuh.
Yang menariknya, B Complex Shaklee menggunakan bentuk aktif folic acid iaitu L-methylfolate – terus boleh diserap dan digunakan oleh tubuh tanpa perlu melalui proses penukaran kompleks.
American Journal of Clinical Nutrition menyatakan bentuk L-methylfolate lebih mudah diserap dan bermanfaat untuk kesihatan otak, penghasilan sel darah merah, serta penting untuk wanita hamil.
Vitamin B, terutama B6 dan B12, memainkan peranan besar dalam penghasilan neurotransmitter seperti serotonin dan dopamine – yang bertanggungjawab mengawal mood, emosi dan tahap tekanan.
Jurnal Psychopharmacology (2013) menunjukkan bahawa individu yang mengambil suplemen B Complex selama 90 hari mengalami penurunan tekanan dan peningkatan kesejahteraan emosi secara signifikan berbanding kumpulan plasebo.
Ramai pengguna Shaklee sendiri berkongsi pengalaman bahawa mereka rasa lebih tenang, kurang moody, dan tak cepat marah selepas amalkan B Complex secara konsisten.
Vitamin B sangat penting untuk proses metabolisma tenaga – ia bantu menukar karbohidrat, lemak dan protein yang kita makan kepada tenaga yang boleh digunakan oleh sel-sel badan.
Kalau anda rasa letih walaupun dah cukup tidur, itu mungkin sebab tubuh anda kurang vitamin B.
Kajian dalam Journal of the International Society of Sports Nutrition (2011) mendapati atlet yang kekurangan vitamin B mengalami penurunan prestasi fizikal dan rasa keletihan melampau.
Dengan pengambilan B-Complex Shaklee, ramai mula rasa lebih segar, bertenaga, dan tak mudah burnout.
Satu lagi sebab utama ramai suka dengan B Complex Shaklee ialah kerana ia:
✔️ Diperbuat daripada sumber semula jadi
✔️ Bebas pewarna tiruan, pengawet & bahan kimia berbahaya
✔️ Tidak mengandungi gluten
✔️ Disahkan HALAL & Lulus KKM
✔️ Landmark Study
Formulanya juga direka untuk penyerapan yang optimum dalam badan, jadi anda tak buang vitamin dalam bentuk air kencing kuning je (ya, warna tu normal tapi kandungan tetap diserap ya!)
💛 Manfaat Keseluruhan B-Complex Shaklee Untuk Tubuh Anda
B Complex Shaklee ialah gabungan lengkap 8 vitamin B penting yang memainkan peranan besar dalam kesihatan harian. Ia bukan sekadar suplemen tenaga, malah bantu keseimbangan emosi, kesihatan kulit, fungsi otak, dan sistem saraf.
Berikut ialah manfaat menyeluruhnya:
🔋 1. Tingkatkan Tenaga dan Kurangkan Keletihan
Vitamin B membantu menukar makanan (karbohidrat, protein dan lemak) kepada tenaga. Bila tubuh cukup vitamin B, anda akan rasa lebih segar, kurang letih, dan lebih bertenaga sepanjang hari walaupun jadual anda sibuk.
🧠 2. Menyokong Fungsi Otak & Saraf
B Complex sangat penting untuk sistem saraf pusat dan otak, termasuk tumpuan, daya ingatan dan respon mental. Ia juga membantu kurangkan gejala seperti kebas-kebas, lenguh anggota, atau cramp otot.
😊 3. Stabilkan Emosi dan Kurangkan Stres
Vitamin B6 dan B12 terlibat dalam penghasilan serotonin dan dopamine, dua hormon penting yang mengawal emosi.
Bila cukup vitamin B, anda akan rasa lebih tenang, kurang cepat marah, dan lebih mampu kawal stres.
🌸 4. Cantikkan Kulit, Rambut dan Kuku
B Complex bantu tingkatkan kesihatan kulit dari dalam – ia bantu cerahkan kulit, kurangkan jerawat, dan kukuhkan lapisan perlindungan kulit.
Vitamin B7 (biotin) pula kuatkan akar rambut dan kuku, elak rambut gugur dan kuku rapuh.
❤️ 5. Lindungi Jantung dan Sistem Peredaran Darah
Vitamin B seperti B6, B9 (folic acid), dan B12 bantu menurunkan paras homosistein, iaitu sejenis bahan kimia dalam darah yang kalau tinggi boleh tingkatkan risiko penyakit jantung.
🤰 6. Sokong Kehamilan Sihat
Folic acid dalam B Complex Shaklee hadir dalam bentuk aktif (L-Methylfolate) yang penting untuk pembentukan janin dan otak bayi. Ia kurangkan risiko kecacatan tiub saraf (spina bifida) dan bantu ibu lebih bertenaga sepanjang kehamilan.
🩸 7. Cegah Anemia dan Tingkatkan Sel Darah Merah
Vitamin B12 dan folate sangat penting untuk pembentukan sel darah merah. Kekurangan dua vitamin ini boleh sebabkan anemia, cepat penat, dan muka pucat. Dengan B Complex, pembentukan sel darah akan jadi lebih lancar.
🧬 8. Tingkatkan Metabolisma & Baiki Tisu Tubuh
Vitamin B menyokong proses pemulihan sel, termasuk pertumbuhan sel baru dan pembaikan tisu – penting untuk penyembuhan luka, kecantikan kulit, dan sistem imun yang kuat.
✔️ Anda yang selalu penat, stres, atau cepat moody
✔️ Ibu hamil dan menyusu untuk sokongan kehamilan & tenaga
✔️ Pelajar atau pekerja yang perlukan fokus & daya ingatan
✔️ Mereka yang ambil ubat tahan sakit, pil perancang atau ubat kolesterol (ubat ini boleh 'habiskan' simpanan vitamin B dalam badan!)
✔️ Warga emas yang alami keletihan & kebas-kebas saraf
Saya Belle, pengedar sah Shaklee dan sedia bantu anda dengan konsultasi cara makan, kombinasi produk terbaik ikut keperluan anda, dan panduan lengkap untuk kesan optimum.
📲 Nak order? Klik sini untuk WhatsApp saya Saya Nak B COMPLEX
📦 Penghantaran ke seluruh Malaysia!
🎁 Konsultasi & follow-up PERCUMA lepas pembelian
Nabilah, ID 1194529
Pengguna Shaklee sejak 2010 dan setia dengan satu jenama vitamin Shaklee.
Banyak membantu kesihatan orang lain lebih baik dengan penggunaan vitamin Shaklee dan fitonutrien dan gaya hidup yang sihat.