Ramai orang anggap kolesterol itu musuh utama kesihatan. Hakikatnya, kolesterol bukanlah jahat semata-mata kerana badan kita sendiri pun hasilkan kolesterol untuk kegunaan penting seperti membina hormon, menghasilkan vitamin D dan membentuk dinding sel.
Masalah hanya timbul bila paras kolesterol (LDL) terlalu tinggi.
Bila kolesterol (LDL) tinggi, ia mudah melekat dekat dinding salur darah. Lama-lama, badan akan cuba baiki luka halus tu dengan tindak balas imun dan terbentuklah plak keras. Plak ni buat salur darah sempit, darah jadi susah nak mengalir.
Kalau plak tu pecah, darah beku boleh terbentuk serta-merta, risiko serangan jantung atau strok. Sebab tu kolesterol tinggi dipanggil silent killer sehinggalah kita tak sedar sampai ia betul-betul jadi masalah besar. Tak ada simptom jelas pun, tahu-tahu je bila buat check-up. Kalau dibiarkan, ia boleh:
Tingkatkan risiko penyakit jantung koronari
Boleh pecah & buat salur darah tersumbat. Serangan jantung/strok
Ganggu kesihatan hati
Sebab itu ramai pesakit diberi ubat statin untuk menurunkan kolesterol. Namun, selain ubat, ada juga pilihan sokongan semula jadi seperti resveratrol dalam Vivix Shaklee yang telah dikaji berupaya membantu mengawal paras LDL, mengurangkan keradangan, serta melindungi kesihatan jantung.
Kesan sampingan ubat statin yang biasa diketahui seperti sakit otot dan keletihan, namun ada beberapa kesan sampingan jangka panjang yang kurang diketahui oleh ramai orang.
Walaupun jarang berlaku, sesetengah pesakit yang mengambil statin dalam jangka masa panjang mungkin mengalami kesan sampingan yang berkaitan dengan fungsi otak. Ini termasuk:
Masalah ingatan: Beberapa laporan menunjukkan statin boleh menyebabkan kekeliruan atau hilang ingatan sementara. Kesan ini biasanya hilang selepas pesakit berhenti mengambil ubat.
Perubahan mood: Sesetengah individu mungkin mengalami perubahan mood, seperti kemurungan atau kegelisahan, walaupun hubungan langsung antara statin dan masalah ini masih dikaji.
Kajian menunjukkan bahawa penggunaan statin, terutamanya pada dos yang tinggi, boleh sedikit meningkatkan paras gula dalam darah. Ini seterusnya boleh meningkatkan risiko seseorang untuk menghidap diabetes jenis 2, terutamanya bagi mereka yang sudah mempunyai faktor risiko seperti pra-diabetes.
Selain sakit otot yang biasa, statin boleh menyebabkan masalah otot yang lebih serius, meskipun sangat jarang.
Miopati (Myopathy): Keadaan ini melibatkan keradangan dan kerosakan pada tisu otot, menyebabkan kesakitan dan kelemahan yang lebih teruk.
Rabdomiolisis (Rhabdomyolysis): Ini adalah kesan sampingan yang sangat jarang tetapi berpotensi mengancam nyawa. Rabdomiolisis berlaku apabila tisu otot rangka pecah dengan cepat, melepaskan enzim yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang akut.
Jika anda mengambil statin, adalah penting untuk:
Amalkan gaya hidup yang lebih sihat. Makan makanan yang seimbang dengan protein, lemak sihat, fiber dan kurangkan karbohidrat. Hentikan pengambilan gula putih dan gula proses. Mulakan bersenam, banyak berjalan dan hidup yang aktif.
Pantau kesihatan anda. Lakukan ujian darah berkala seperti yang disarankan oleh doktor untuk memantau fungsi hati dan paras enzim otot (creatine kinase).
Maklumkan kepada doktor anda segera jika anda mengalami simptom seperti sakit otot yang luar biasa, kelemahan, air kencing berwarna gelap, atau kekuningan pada kulit atau mata.
Sebenarnya kolesterol penting untuk hidup. Kalau badan tak ada kolesterol langsung, ia bahaya besar sebab:
❌ Sel tak boleh terbentuk
dinding sel (cell membrane) perlukan kolesterol
❌ Hormon seks & stress tak terhasil
estrogen, progesteron, testosteron, kortisol semua perlukan kolesterol
❌ Vitamin D tak terbentuk
badan tak boleh hasilkan vitamin D dari cahaya matahari tanpa kolesterol
❌ Masalah saraf & otak
kolesterol penting untuk myelin sheath (lapisan pelindung saraf), otak kita sendiri tinggi kolesterol
❌ Pencernaan terganggu
hempedu (bile acid) perlukan kolesterol untuk hadam lemak
Maknanya kita tak boleh buang kolesterol 100%, cuma kena seimbangkan antara kolesterol HDL & kolesterol LDL.
Kolesterol memang penting untuk tubuh badan kerana ia terlibat dalam penghasilan hormon, vitamin D, serta pembentukan sel. Tanpa kolesterol, sel dan organ badan tidak dapat berfungsi dengan baik.
👉 Namun, yang menjadi bahaya kepada kesihatan ialah kolesterol (LDL) dan juga trigliserida yang tinggi.
LDL mudah melekat pada dinding salur darah dan membentuk plak yang menyempitkan aliran darah.
Trigliserida pula ialah sejenis lemak dalam darah yang jika berlebihan boleh meningkatkan keradangan risiko penyakit jantung, hati berlemak, dan strok.
Selain ubah gaya hidup (kurangkan makanan proses, lebihkan serat, rajin bergerak), kita juga boleh guna nutrisi dari alam semulajadi untuk:
✅ Turunkan LDL & trigliserida
✅ Kurangkan keradangan dalam salur darah
✅ Naikkan HDL supaya LDL tak banyak melekat
Salah satu bahan yang terbukti banyak kajian adalah resveratrol.
Resveratrol ialah sebatian polifenol semula jadi yang banyak ditemui dalam anggur muscadine, Japanese knotweed, elderberi eropah dan lobak ungu. Dalam Vivix Shaklee, resveratrol digabungkan dengan polifenol lain untuk hasil yang lebih kuat.
Kurangkan LDL teroksida
LDL yang teroksida la yang senang melekat jadi plak. Kajian tunjuk resveratrol bertindak sebagai antioksidan kuat untuk halang proses ni.
Anti-keradangan semula jadi
Resveratrol boleh turunkan penghasilan bahan keradangan (seperti CRP & cytokines) ini penting untuk cegah dinding salur darah daripada rosak.
Turunkan trigliserida
Kajian klinikal mendapati pengambilan resveratrol konsisten boleh bantu rendahkan paras trigliserida, salah satu faktor risiko penyakit jantung.
Tingkatkan HDL
HDL bantu “angkut” lebihan kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk diproses keluar. Resveratrol bantu seimbangkan ratio HDL:LDL.
Perlindungan sel & DNA
Resveratrol aktif hingga ke tahap sel DNA dan lindungi mitochondria (pusat tenaga sel) supaya badan lebih kuat melawan kerosakan oksidatif.
American Journal of Clinical Nutrition (2011): Resveratrol terbukti meningkatkan keanjalan salur darah dan mengurangkan tekanan oksidatif, faktor utama aterosklerosis.
Nutrition, Metabolism & Cardiovascular Diseases (2015): Kajian manusia mendapati resveratrol menurunkan trigliserida serta memberi kesan baik pada profil lipid keseluruhan.
Journal of Medicinal Food (2017): Resveratrol bertindak sebagai anti-inflamasi, mengurangkan risiko keradangan kronik yang membawa kepada penyakit jantung.
Kolesterol bukanlah musuh utama badan kita, malah ia sangat penting untuk hormon, vitamin D dan pembentukan sel. Namun, bila paras kolesterol(LDL) dan trigliserida terlalu tinggi, di situlah risiko bahaya bermula kerana ia boleh membentuk plak dalam salur darah dan menyebabkan serangan jantung atau strok.
Ubat statin memang terbukti berkesan menurunkan kolesterol, tetapi ia juga datang dengan kesan sampingan tertentu dan memerlukan pemantauan doktor. Sebab itu, selain bergantung kepada ubat, kita boleh ikhtiar dengan sokongan semula jadi melalui resveratrol dalam Vivix Shaklee.
Kajian saintifik menunjukkan resveratrol berfungsi sebagai antioksidan dan anti-keradangan yang membantu:
Mengurangkan LDL teroksida
Menurunkan trigliserida
Meningkatkan HDL (kolesterol baik)
Melindungi sel dan salur darah daripada kerosakan
Jadi, sama ada melalui ubat statin atau resveratrol dalam Vivix, yang paling penting ialah kita kawal paras kolesterol lebih awal demi kesihatan jantung dan tubuh jangka panjang.
✔ Individu yang mempunyai bacaan kolesterol tinggi
✔ Mereka yang berisiko penyakit jantung
✔ Individu yang ingin mengamalkan alternatif semula jadi tanpa bergantung sepenuhnya kepada ubat statin
Kalau anda sedang cari ikhtiar untuk turunkan kolesterol secara semula jadi, Vivix adalah pilihan semulajadi yang patut dipertimbangkan.
Dapatkan original Vivix dan cara pengambilan yang berkesan
📲 Nak order? Klik sini untuk WhatsApp saya
📦 Penghantaran ke seluruh Malaysia!
🎁 Konsultasi & follow-up PERCUMA lepas pembelian
Beli sendiri Vivix Shaklee di sini. https://www.shaklee.com.my/mycart
ID sponsor : 1194529 Nabilah Arshad
Link Join Member (to get membership price) : https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1194529
Nabilah, ID 1194529
Pengguna dan konsisten sejak tahun 2010. Kenal Shaklee sejak 2005.
Banyak membantu kesihatan orang lain lebih baik dengan penggunaan vitamin Shaklee dan fitonutrien dan gaya hidup yang sihat.
DENGAN IZIN ALLAH
Baca artikel berkaitan :