Percutian Mesra Poket Bersama Keluarga

Bercuti ini sudah tentu membuatkan duit keluar sama seperti air terjun, walaupun hanya bercuti di dalam negara. Banyak kos dikeluarkan lagi-lagi buat mereka yang mempunyai lebih dari seorang anak.

Jom saya kongsikan beberapa tips untuk anda bercuti bersama keluarga dengan bajet mesra poket. Dapatlah jimat sikit namun, pengalaman bercuti bersama tetap akan dikenang sehingga mereka besar.

1. Cek Diskaun Dan Promosi

Banyak tempat percutian yang menawarkan harga yang lebih rendah pada hari biasa dan bukan waktu puncak. Sebelum membeli tiket, pastikan kita check dulu harga promosi yang kita boleh manfaatkan.

Di kiri harga tiket Legoland pada 30 Oktober.

Di sebelah kanan harga tiket Legoland pada 1 November.

Nampak kan beza harganya haha. Hari ini saya tengok harga tiket 1 day Legoland dah berbalik pada harga asal. Untung siapa yang dah beli harga promosi lepas, diskaun hampir 35%. Cek waktu hujung bulan tau atau sebelum cuti sekolah bermula, pasti ada promosi lagi !

2. Buat Perbandingan Harga Sebelum Membuat Tempahan

Lihat laman web atau aplikasi tempahan seperti Klook untuk buat perbandingan harga. Ada kala di laman web sendiri harganya lebih  murah berbanding aplikasi luar.

First time Klook app user, jangan lupa dapatkan RM 45 off. Tidak terhad dalam negara, tiket admission theme park di luar negara pun ada ! Saya banyak beli tiket di sini.

3. Bawa Bekal Makanan Dan Air Sendiri

Kebiasaannya, makanan dan minuman di tempat percutian lebih mahal. Sebelum bergerak ke tempat percutian, pastikan anda isi perut anak-anak dan keluarga terlebih dahulu. Jangan lupa bawa bekalan makanan yang mengenyangkan sekali.

Dapatlah anda berjimat dan memastikan makanan yang lebih sihat untuk anak-anak dan keluarga.

4. Cari Tempat Menarik yang Percuma atau Murah

Banyak tempat menarik yang dikenakan bayaran rendah atau percuma  seperti taman rekreasi, pantai, muzium, atau taman permainan. Aktiviti luar sangat menyeronokkan dan dapat grounding, melepaskan frekuensi negatif pada alam.

Taman permainan di Taman Tasik Titiwangsa berwajah baru.

Percuma bermain di Taman Permainan di Elmina Lakeside.

5. Utamakan Pengalaman, Bukan Barang

Fokuskan percutian pada aktiviti bersama keluarga dan pengalaman baru, bukannya membeli-belah. Menjadikan percutian lebih bermakna tanpa belanja berlebihan untuk cenderamata atau barangan.

Gambar ketika di Akha Farmville, Chiang Rai. Bersih sheep farm ini, dengan pemandangan bukit yang indah.

Bisnes Shaklee berjalan seperti biasa sewaktu bercuti bersama keluarga. Ramai yang PM bertanyakan vitamin tidak kira kita di mana sekalipun dan tidak bermusim, alhamdulillah segala puji bagi Allah. Asalkan ada handphone dan internet, boleh proceed order vitamin. Terima kasih Shaklee dan staf shaklee memudahkan bisnes ini.

Cuti Raya Deepavali kamu semua ke mana ? Saya di rumah saja haha, memandangkan suami bekerja.

#projekbest

Hubungi saya jika perlukan vitamin :)

Belle 010-5671157