Makanan Yang Meningkatkan Keradangan Bagi Pesakit Rheumatoid Arthritis (RA)
Makanan Yang Meningkatkan Keradangan Bagi Pesakit Rheumatoid Arthritis (RA)
Kalau anda menghidap Rheumatoid Arthritis (RA), hidup anda memang tak lari daripada satu perkataan: Keradangan (atau bahasa mudahnya, radang). Keradangan nilah yang buat sendi anda sakit, bengkak, dan kaku.
Kita dah telan ubat, tapi sedar tak, apa yang kita makan setiap hari tu boleh jadi punca api keradangan tu makin marak? Makanan yang salah boleh buat sistem imun badan kita jadi blur dan makin galak menyerang sendi sendiri.
Nak sendi lebih tenang? Jom kita kenal pasti 4 kumpulan makanan yang wajib kita elakkan.
Secara ringkas, bila kita makan makanan yang tak sihat, ia akan hantar isyarat yang salah kepada sel-sel pertahanan badan kita (sel imun).
Sel imun tu akan fikir, "Oh, ada ancaman!" dan terus melepaskan bahan kimia jahat. Bahan kimia inilah yang menyebabkan sendi kita makin bengkak dan sakit.
Gula Putih, Gula Proses dan Karbohidrat Ditapis (Refined Carbohydrates)
Siapa suka manis? Kena hati-hati! Makanan yang tinggi gula (macam air kotak, kuih manis) dan karbohidrat yang dah ditapis (roti putih, nasi putih banyak sangat) adalah pencetus keradangan utama.
Apabila kita makan benda ni, gula dalam darah kita naik terlalu cepat. Kenaikan gula ni menghasilkan Sampah Gula yang dipanggil AGEs (Advanced Glycation End products).
Bayangkan AGEs: Macam habuk melekit yang melapisi bahagian dalam badan kita. Habuk ni pula akan bagi signal kepada sistem imun, "Serang sekarang!". Inilah yang buat sakit sendi RA makin teruk.
Air gas, minuman manis, jus buah dalam kotak.
Roti putih, semua jenis makanan yang berasaskan tepung gandum.
Donat, kek, biskut komersial yang tinggi gula.
2. Lemak Jahat (Lemak Trans dan Tepu Berlebihan)
Tak semua lemak tu jahat, tapi lemak jenis ini memang berbahaya untuk sendi yang ada RA.
A. Lemak Trans
Ini lemak buatan manusia yang selalunya ada dalam marjerin murah, makanan bungkus, atau makanan fast food yang digoreng banyak kali. Lemak trans ni terbukti menaikkan penanda keradangan dalam darah kita.
B. Lemak Tepu
Lemak dari daging merah yang berlemak dan produk tenusu penuh krim boleh merosakkan dinding usus kita. Dinding usus yang rosak akan jadi bocor (leaky gut). Bila bocor, kuman dan toksin senang masuk dalam darah dan terus 'kejutkan' sistem imun untuk trigger keradangan sendi.
Makanan bergoreng (gorengan komersial).
Daging proses (sosej, nugget).
Mentega dan keju yang full cream (ambil sikit-sikit sahaja).
3. Minyak Masak Tinggi Omega 6
Badan kita perlukan keseimbangan antara lemak Omega 3 (yang baik, macam dalam ikan kecil di laut dalam) dan Omega 6. Masalahnya, diet kita sekarang ni terlebih sangat Omega 6.
Minyak masak biasa yang murah (seperti minyak jagung, minyak bunga matahari, minyak soya) mengandungi Omega 6 yang tinggi. Bila kita ambil Omega 6 secara berlebihan, badan kita akan tukarkannya jadi bahan kimia yang buat sendi jadi radang. Ia ibarat minyak petrol yang kita siram atas api RA.
Elak minyak jagung, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak canola.
Guna minyak yang lebih sihat seperti Minyak Zaitun Dara (1st harvested Extra Virgin Olive Oil), Minyak Sawit.
4. Gluten Dan Kasein
A. Gluten
Gluten (protein yang ada dalam gandum, roti, mi kuning) boleh buat usus kita jadi bocor. Bila usus bocor, ia menghantar isyarat stress kepada sistem imun dan sistem imun pun mula mengamuk menyerang sendi. Jika anda rasa sendi makin sakit lepas makan roti/mi kuning, cuba elakkan.
B. Kasein
Kasein (protein dalam susu lembu) juga boleh menyebabkan sistem imun kita keliru dan mula bertindak balas seperti ada ancaman. Ini boleh meningkatkan keradangan pada sendi yang sedia ada sensitif. Pesakit RA yang ada masalah sensitif ini tidak boleh minum susu lembuy, dikhuatiri akan meningkatkan lagi keradangan sendi.
Kuasa Polifenol Melawan Keradangan
Setelah kita kenal musuh, kini masanya kita cari askar yang boleh bantu melawan keradangan dari dalam. Jawapannya terletak pada makanan anti-keradangan, terutamanya sejenis antioksidan yang dipanggil Polifenol.
Polifenol adalah sebatian semulajadi yang banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Fungsinya? Ia adalah Ejen Khas yang boleh memadamkan api keradangan dan melindungi sel-sel sendi daripada rosak.
Kajian Saintifik Polifenol: Banyak penyelidikan klinikal menunjukkan bahawa polifenol mempunyai keupayaan imunomodulator, ia membantu menstabilkan sistem imun yang terlampau aktif (macam yang berlaku dalam RA), mengurangkan penghasilan sitokin pro-radang. Jadi, polifenol adalah wajib diambil untuk pesakit Rheumatoid Arthritis!
Antara pelbagai jenis polifenol, Resveratrol adalah bintang utama. Resveratrol, yang popular dalam kulit anggur merah, bukan sahaja antioksidan yang kuat, tetapi ia juga boleh mengaktifkan Gen Panjang Umur yang membantu membaiki sel dan melindungi sel sendi kita.
Memang betul, ada banyak makanan tinggi antioksidan yang diukur menggunakan nilai ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity). Nilai ORAC yang tinggi bermakna makanan itu sangat handal melawan kerosakan sel.
Tahukah anda, salah satu sumber polifenol dan antioksidan yang paling tinggi di dunia, yang susah nak jumpa, adalah Anggur Muscadine (Muscadine Grape)?
Keunikan Muscadine: Anggur rare ini berasal dari Amerika Tenggara dan mempunyai kandungan ellagic acid dan Resveratrol yang luar biasa. Kulit dan bijinya sangat tebal, menjadikannya benteng antioksidan yang power!
Mesti susah nak cari Anggur Muscadine ni kat pasaraya biasa, kan?
Inilah sebabnya produk seperti Vivix dan ResV daripada Shaklee menjadi sangat popular. Kedua-dua suplemen premium ini mengandungi ekstrak Anggur Muscadine, membolehkan kita mendapatkan polifenol hebat ini dengan mudah. Ia ibarat mendapatkan nilai ORAC yang tertinggi dalam satu sudu kecil!
Vivix dan kandungan Resveratrolnya tidak hanya berjanji, tetapi ada bukti bagaimana ia bekerja sangat cepat dalam menurunkan keradangan.
Terdapat satu kajian yang dibuat oleh saintis di mana subjek kajian diminta untuk makan makanan segera (fast food) yang memang diketahui mencanakkan keradangan dalam badan.
Apa Yang Terjadi? Selepas makan fast food, paras penanda keradangan mereka (macam lemak jahat dan tekanan oksidatif) melonjak tinggi.
Keajaiban Vivix: Apabila subjek yang sama mengambil satu sudu Vivix selepas makan fast food, saintis mendapati Vivix sangat pantas menstabilkan dan menurunkan paras keradangan yang dicetuskan oleh makanan segera itu!
Ini menunjukkan betapa agresifnya Resveratrol dalam Vivix bekerja untuk memadamkan api keradangan secara pantas, malah selepas mendapat serangan daripada makanan yang tidak sihat.
NF-κB ialah protein yang berfungsi seperti “suis utama” dalam tubuh. Apabila ia diaktifkan oleh toksin, tekanan oksidatif, atau makanan tidak sihat, NF-κB akan merangsang penghasilan bahan kimia keradangan seperti TNF-α, IL-1β, dan IL-6. Bahan inilah yang menyebabkan sendi bengkak, kaku dan sakit.
Kajian dalam Molecular Nutrition & Food Research (2019) membuktikan bahawa resveratrol mampu menekan aktiviti NF-κB, seterusnya mengurangkan tahap sitokin radang dalam badan. Dengan kata lain, Vivix membantu mematikan suis keradangan sebelum ia sempat merosakkan tisu dan organ.
SIRT1 ialah enzim penting yang berperanan melindungi DNA dan membantu sel hidup lebih lama dalam keadaan sihat. Bila SIRT1 aktif, sel lebih tahan terhadap tekanan oksidatif dan tidak mudah meradang.
Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Biological Chemistry (2017) menunjukkan bahawa resveratrol mengaktifkan SIRT1, yang seterusnya menurunkan penghasilan radikal bebas dan bahan keradangan. Dalam konteks kesihatan sendi, mekanisme ini membantu melindungi sel rawan dan tisu sinovium daripada kerosakan berterusan. Ini menjadikan Vivix bukan sekadar anti-radang, tetapi juga perlindungan sel jangka panjang.
Radikal bebas ialah punca utama keradangan senyap dalam badan. Ia boleh datang daripada makanan bergoreng, gula berlebihan, stres dan pencemaran. Bila radikal bebas terlalu banyak, sel mula rosak dan mencetuskan tindak balas keradangan yang berterusan.
Kajian dalam Food Chemistry (2020) mendapati bahawa ekstrak muscadine grape mampu meningkatkan enzim antioksidan semula jadi tubuh seperti superoxide dismutase (SOD) dan catalase, yang bertindak meneutralkan radikal bebas. Ini bermakna Vivix membantu menurunkan tahap tekanan oksidatif sekaligus menenangkan api keradangan dari dalam sel.
Enzim COX-2 dan iNOS ialah bahan yang menyebabkan rasa sakit, panas dan bengkak apabila berlaku keradangan. Kebanyakan ubat anti-radang sintetik menumpukan kepada menyekat COX-2 namun mempunyai kesan sampingan terhadap perut dan buah pinggang.
Kajian dalam Biochemical Pharmacology (2018) menunjukkan bahawa resveratrol boleh menghalang aktiviti COX-2 dan iNOS secara semula jadi, tanpa memberi kesan toksik kepada organ penting. Inilah sebab ramai pengguna Vivix melaporkan rasa kurang sakit sendi, lebih bertenaga, dan tidak cepat lesu selepas beberapa minggu pengambilan.
Kalau nak ringkaskan keradangan ni macam “api kecil” dalam badan. Bila dibiarkan lama, ia mula bakar sel, sendi dan tenaga kita perlahan-lahan. Tapi bila badan cukup antioksidan, api tu boleh dipadam sebelum sempat merebak.
Vivix Shaklee dengan gabungan resveratrol dan polifenol anggur muscadine ni ibarat pasukan bomba dalam sel... dia datang padamkan keradangan, lindungi DNA dan bantu sel pulih semula. Bila sel sihat, sendi pun rasa lega, badan lebih bertenaga, dan kita pun nampak lebih muda.
Sebab tu kalau nak jaga kesihatan dari dalam, jangan tunggu sakit baru nak mula.
👉 Dapatkan Vivix dari Kami Vitaminbelle Sekarang! 👈
Ezwen & Nabilah, ID KEAHLIAN : 1194529
Pengguna Setia Sejak 2010
Banyak membantu kesihatan orang lain lebih baik dengan penggunaan vitamin Shaklee dan fitonutrien dan gaya hidup yang sihat.
DENGAN IZIN ALLAH
📲 Nak order? Klik sini untuk WhatsApp kami
Saya Nak Vivix Rheumatoid Arthritis
📦 Penghantaran ke seluruh Malaysia!
🎁 Konsultasi & follow-up PERCUMA lepas pembelian