Belle nak share satu kisah yang sangat personal. Lebih 14 tahun lepas, Belle pernah sakit slipped disc. Masa tu memang rasa hidup terbatas, badan cepat letih, dan nak uruskan diri pun mencabar. Sejak itulah Belle mula jatuh cinta dengan ESP Shaklee dan vitamin Shaklee.
Mula-mula jujur Belle rasa susah nak telan sebab rasanya tak begitu sedap. Tapi Belle terus konsisten sebab Belle tahu manfaat protein untuk pemulihan badan. Syukur alhamdulillah, lama-kelamaan bukan saja badan Belle makin bertenaga, malah sekarang ESP dah banyak improved...sangat sedap, lebih creamy, dan lebih mudah dinikmati setiap hari.
Kalau dulu Belle minum sebab nak sembuh, sekarang Belle minum sebab nak kekal sihat, berat badan maintain, kulit lebih cantik cerah, tenaga lebih tahan lama dan sebagai teman setia Belle dalam perjalanan kesihatan.
ESP ni bukan minuman protein biasa, tapi ia disokong kajian sains yang membuktikan manfaatnya untuk kesihatan secara menyeluruh.
ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee ialah serbuk protein berasaskan kacang soya non-GMO yang diproses pada suhu rendah supaya kualiti asid amino dan nutrisinya kekal terpelihara. Ia mengandungi protein lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu yang tubuh kita tak dapat hasilkan sendiri.
Badan kita perlukan protein untuk bina sel, otot, hormon, enzim dan juga untuk pemulihan. Sebab tu, ESP ni sesuai untuk semua golongan dari ibu menyusu, pelajar, lelaki, wanita, mereka yang sibuk bekerja, anak-anak yang tak cukup nutrisi bahkan untuk sesiapa saja yang nak hidup lebih sihat dan bertenaga.
1. Memberi Tenaga Berpanjangan
Protein adalah makronutrien penting yang diperlukan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Protein soya dalam ESP Shaklee memberikan tenaga yang stabil, tidak seperti gula yang memberikan ledakan tenaga seketika dan membuat kita cepat letih.
Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Current Opinion in Clinical Nutrition and Metabolic Care menunjukkan bahawa protein dapat meningkatkan rasa kenyang dan membantu mengekalkan paras gula dalam darah yang stabil.
2. Membina dan Membaiki Otot
Apabila kita semakin berusia, badan kita akan mengalami satu proses yang dipanggil sarkopenia. Ini adalah istilah saintifik untuk menjelaskan kehilangan jisim dan kekuatan otot secara semula jadi seiring dengan pertambahan umur. Proses ini selalunya bermula seawal usia 30 an dan akan menjadi lebih ketara selepas 50 tahun. ESP Shaklee memastikan badan mendapat bekalan protein yang diperlukan untuk membaiki tisu otot yang rosak dan merangsang pertumbuhan otot baharu untuk yang kehilangan otot dan pemulihan otot selepas bersenam.
3. Membantu Kawal Berat Badan
Kajian oleh University of Illinois mendapati protein soya bantu mengawal selera makan dan tingkatkan metabolisme, jadi ia bagus untuk mereka yang nak turunkan berat badan.
Belle sendiri pernah berjaya turunkan berat badan selepas kelahiran daripada 66kg kepada 50kg dengan bantuan ESP Shaklee. Protein berkualiti tinggi dalam ESP buat Belle rasa kenyang lebih lama, jadi tak mudah craving makanan manis. Dengan indeks glisemik rendah, ia bantu stabilkan gula darah dan elakkan cepat lapar. Dalam masa sama, ESP pelihara otot supaya metabolisme kekal tinggi walaupun sedang berdiet.
4. Menyokong Kesihatan Jantung (Turunkan kolesterol)
US Food and Drug Administration (FDA) mengesahkan bahawa pengambilan 25g protein soya setiap hari boleh mengurangkan risiko penyakit jantung kerana ia bantu turunkan kolesterol LDL.
5. Kulit Lebih Cantik & Anjal
Protein penting untuk penghasilan kolagen. Kajian dalam Journal of Nutrition menunjukkan isoflavon soya dapat bantu meningkatkan keanjalan kulit dan kurangkan kedutan.
6. Bantu Ibu Menyusu
Ramai ibu yang amalkan ESP kongsi pengalaman susu jadi lebih pekat dan banyak. Belle juga dapat kesan begitu menyusukan anak dari anak pertama sampai ketiga. Alhamdulillah. Protein soya memang terbukti menyokong penghasilan susu badan yang bernutrisi untuk bayi.
7. Membantu Gastrik
Disebabkan sifat protein yang neutral dan mudah hadam, ESP boleh bantu kurangkan ketidakselesaan perut bagi mereka yang ada masalah gastrik.
1. Sumber soya Non-GMO
ESP Shaklee dihasilkan daripada kacang soya yang dijamin bebas GMO (Genetically Modified Organism). Ini penting sebab kajian tunjuk soya GMO boleh ada kesan jangka panjang terhadap kesihatan dan keradangan.
2. Diproses pada suhu rendah
Berbanding protein lain, ESP diproses dengan kaedah khas pada suhu rendah supaya struktur asid amino & isoflavon dalam soya kekal terpelihara. Hasilnya, khasiat sampai penuh kepada badan.
3. Lengkap dengan 9 asid amino perlu
ESP adalah complete protein, maksudnya ia ada semua 9 jenis asid amino penting yang badan kita tak boleh hasilkan sendiri. Tak semua protein shake ada ciri ni.
4. Indeks glisemik rendah (Low GI)
ESP unik sebab GI dia rendah, jadi ia sesuai untuk mereka yang nak kawal gula darah, kuruskan badan, atau elak cepat lapar. Ramai protein lain naikkan gula dengan cepat, tapi ESP stabilkan tenaga berpanjangan.
5. Disokong kajian saintifik & jaminan Shaklee
Shaklee ada lebih 100 tahun kepakaran nutrisi dengan ratusan ujian klinikal ke atas produk mereka termasuk landmark study. ESP bukan sekadar protein powder biasa di pasaran, tapi ia produk yang diuji, selamat, halal, dan terbukti berkesan.
Belle suka sebab bila minum pagi-pagi, kenyang lama, tak mudah craving makanan manis, kulit pun lebih lembap dan bertenaga sepanjang hari. Ia bukan sekadar minuman protein, tapi macam all-in-one health booster!
Kalau anda memang nak jaga kesihatan dari dalaman, Belle memang cadangkan korang invest pada ESP Shaklee ni.
Berita gembira buat semua peminat ESP!
Mulai September 2025, ESP Shaklee bukan saja ada perisa Vanilla, tapi kini hadir dengan 2 flavour baru yang pasti buat korang jatuh cinta:
🍫 Chocolate
🍓 Strawberry
Jadi sekarang, ESP Shaklee ada 3 pilihan perisa : Vanilla, Chocolate & Strawberry. Pilih ikut selera, confirm lagi seronok nak konsisten minum setiap hari. Anak-anak pun boleh minum sebelum ke sekolah.
ID sponsor : 1194529 Nabilah Arshad
Link Join Member (to get membership price) : https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1194529
📲 Nak order? Klik sini untuk WhatsApp saya
📦 Penghantaran ke seluruh Malaysia!
🎁 Konsultasi & follow-up PERCUMA lepas pembelian
Nabilah, ID 1194529
Pengguna dan konsisten sejak tahun 2010. Kenal Shaklee sejak 2005.
Banyak membantu kesihatan orang lain lebih baik dengan penggunaan vitamin Shaklee dan fitonutrien dan gaya hidup yang sihat.
DENGAN IZIN ALLAH.
Baca blog post Belle yang lain juga :
Esp shaklee untuk kurus
ESP Shaklee Bantu Ibu Bekerja Bertenaga, Kenyang Lama
Kurus Sihat Dalam 1 Bulan. Ikut 8 Petua Ini Confirm Kurus
Set Kurus Shaklee : Fat Burning Machine (FBM)
Set Hello New You Shaklee Untuk Kurus Sebelum Raya
Risau susu ibu makin sikit, letih ketika berpuasa. Ikut tips bertenaga ini