Tahu tak DNA?
DNA ibarat “manual arahan” dalam badan. Setiap sel dalam tubuh ada DNA yang menentukan bagaimana sel itu berfungsi , sama ada untuk hasilkan tenaga, pulihkan tisu, atau melawan penyakit. Bila DNA rosak, kesannya boleh jadi serius. Sel akan cepat rosak, cepat tua, dan berisiko alami penyakit kronik.
Di sinilah kehebatan Vivix Shaklee dengan kandungan Resveratrol terbukti. Ia adalah salah satu bahan semula jadi paling kuat dalam melindungi DNA daripada kerosakan.
Resveratrol adalah sejenis polifenol yang terdapat dalam anggur, buah beri, dan tumbuhan tertentu. Kajian saintifik mendapati Resveratrol mempunyai kuasa antioksidan dan anti-radang yang sangat tinggi.
Dalam Vivix Shaklee, Resveratrol ini diekstrak daripada Polygonum Cuspidatum, digabung dengan bahan botani premium lain seperti anggur muscadine, lobak ungu, dan elderberry Eropah.
Gabungan inilah yang menjadikan Vivix unik berbanding suplemen lain – sebab ia bekerja hingga ke peringkat DNA.
Sebab itu ramai pesakit diberi ubat statin untuk menurunkan kolesterol. Namun, selain ubat, ada juga pilihan sokongan semula jadi seperti resveratrol dalam Vivix Shaklee yang telah dikaji berupaya membantu mengawal paras LDL, mengurangkan keradangan, serta melindungi kesihatan jantung.
Belle jelaskan step by step ya...
Radikal bebas adalah molekul jahat yang menyerang DNA sel.
Ia datang daripada pencemaran, makanan tidak sihat, rokok, stres dan juga faktor usia.
Bila DNA rosak akibat radikal bebas, sel jadi cepat tua dan tidak berfungsi baik.
Resveratrol bertindak sebagai perisai antioksidan, menangkis radikal bebas dan mengurangkan kerosakan DNA.
Badan kita sebenarnya ada mekanisme semula jadi untuk baiki DNA yang rosak.
Tapi bila usia meningkat, fungsi ini semakin menurun.
Resveratrol dalam Vivix bantu aktifkan enzim pembaikan DNA supaya sel lebih cepat pulih.
Mitokondria ialah “powerhouse” sel, tempat tenaga dihasilkan.
Bila DNA mitokondria rosak, sel jadi lemah, cepat letih, dan mudah rosak.
Resveratrol bantu melindungi DNA mitokondria dan tingkatkan penghasilan tenaga sel.
AGE terbentuk bila gula berlebihan bergabung dengan protein dalam badan.
AGE ini boleh merosakkan DNA dan menyebabkan penyakit seperti diabetes, sakit sendi, dan penuaan pramatang.
Vivix bantu mengurangkan pembentukan AGE, sekaligus melindungi DNA daripada kerosakan jangka panjang.
📌 Journal of Nutritional Biochemistry (2017) – Kajian menunjukkan Resveratrol membantu mengaktifkan sirtuin, sejenis protein yang melindungi DNA daripada kerosakan dan melambatkan penuaan sel.
📌 Nature Reviews Molecular Cell Biology (2018) – Resveratrol terbukti meningkatkan fungsi enzim DNA repair, yang penting untuk mengekalkan kesihatan jangka panjang.
📌 Oxidative Medicine and Cellular Longevity (2019) – Resveratrol mampu melindungi sel daripada radikal bebas, mengurangkan mutasi DNA, dan meningkatkan fungsi mitokondria.
Salah satu kajian paling penting dan terkenal tentang Vivix Shaklee ialah kajian telomere. Telomere ialah penutup di hujung kromosom DNA dalam sel badan kita. Fungsinya sama seperti plastik di hujung tali kasut yang melindungi tali daripada rosak atau terurai.
Setiap kali sel membahagi, telomere akan semakin pendek. Faktor radikal bebas, keradangan kronik, tabiat pemakanan tidak sihat, tekanan hidup, faktor umur menua boleh mempercepatkan lagi proses pemendekan telomere ini.
Bila telomere sudah terlalu pendek, DNA tidak lagi stabil, mudah rosak dan sel tidak dapat berfungsi dengan baik. Inilah antara punca utama kerosakan DNA yang membawa kepada masalah kesihatan serius seperti kanser, penyakit jantung, diabetes, artritis dan penuaan awal.
Shaklee menjalankan kajian telomere ini bersama Dr. Elizabeth Blackburn, penerima Hadiah Nobel dalam bidang Perubatan 2009 kerana penemuan penting beliau tentang telomere dan enzim telomerase.
Kajian ini dijalankan di University of California (UCLA) melibatkan lebih 500 orang dewasa, menjadikan Shaklee sebagai syarikat supplement pertama di dunia yang menjalankan kajian telomere klinikal ke atas pengguna produk mereka.
Pengguna Shaklee jangka panjang (lebih 5 tahun) mempunyai telomere 40% lebih panjang berbanding kumpulan bukan pengguna supplement.
Jika dibandingkan dengan pengguna supplement jenama lain, telomere pengguna Shaklee masih 11% lebih panjang.
Telomere lebih panjang bermaksud:
Sel badan lebih muda dari usia sebenar.
Risiko penyakit kronik lebih rendah.
Proses penuaan jadi lebih perlahan.
Vivix Shaklee yang kaya dengan resveratrol dan polifenol berperanan melindungi DNA daripada kerosakan radikal bebas, memperlahankan pemendekan telomere, mengaktifkan enzim pembaikan DNA, serta meningkatkan tenaga mitokondria dalam sel. Semua faktor ini menjadikan Vivix bukan sekadar membantu melawan penuaan dari luar, tetapi memperbaiki kesihatan dari akar paling dalam iaitu DNA sel kita.
Kajian telomere ini sangat berkait dengan perlindungan DNA, sebab panjang telomere menentukan tahap kesihatan DNA kita.
Bila telomere dilindungi (dengan bantuan Vivix), DNA juga terpelihara → sel lebih sihat, penuaan lebih perlahan, risiko penyakit kronik menurun.
Vivix bukan ubat ya, tapi ia adalah supplement antioksidan premium yang bantu baiki kerosakan hingga ke peringkat DNA. Jadi, ia sesuai untuk:
Kulit cepat berkedut, kusam, atau nampak lebih tua dari usia sebenar.
Vivix bantu melindungi DNA sel kulit, tingkatkan tenaga sel, dan lambatkan proses penuaan.
Sering terdedah kepada pencemaran, asap rokok, atau stres tinggi.
Radikal bebas boleh rosakkan sel & DNA dan risiko penyakit kronik meningkat.
Vivix bertindak sebagai perisai antioksidan.
Sakit sendi, lutut bengkak, artritis atau kesukaran bergerak.
Resveratrol dalam Vivix bantu anti-radang, pulihkan cecair sendi, lindungi tisu rawan.
Vivix bantu mengurangkan pembentukan protein AGE (punca komplikasi diabetes).
Boleh membantu stabilkan paras gula dalam darah bila diamalkan dengan konsisten.
Vivix bantu melindungi salur darah daripada keradangan.
Resveratrol terbukti dalam kajian saintifik boleh tingkatkan kesihatan kardiovaskular.
Vivix bukan rawatan kanser, tetapi ia kaya antioksidan yang bantu mengurangkan risiko kerosakan DNA akibat radikal bebas.
DNA lebih dilindungi daripada mutasi yang boleh menyebabkan sel abnormal.
Tenaga badan cepat habis, sukar fokus.
Vivix bantu pulihkan fungsi mitokondria (pusat tenaga sel), jadi badan lebih bertenaga.
Bila usia meningkat, fungsi pembaikan DNA semakin lemah.
Vivix bantu perlambatkan proses degeneratif, kurangkan risiko sakit kronik, dan tingkatkan kualiti hidup.
Dapatkan original Vivix dan cara pengambilan yang berkesan
📲 Nak order? Klik sini untuk WhatsApp saya
📦 Penghantaran ke seluruh Malaysia!
🎁 Konsultasi & follow-up PERCUMA lepas pembelian
Beli sendiri Vivix Shaklee di sini. https://www.shaklee.com.my/mycart
ID sponsor : 1194529 Nabilah Arshad
Link Join Member (to get membership price) : https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1194529
Nabilah, ID 1194529
Pengguna dan konsisten sejak tahun 2010. Kenal Shaklee sejak 2005.
Banyak membantu kesihatan orang lain lebih baik dengan penggunaan vitamin Shaklee dan fitonutrien dan gaya hidup yang sihat.
DENGAN IZIN ALLAH
Baca artikel berkaitan :