Pernah tak kita rasa risau bila dengar orang muda-muda dah kena serangan jantung? Kadang umur baru 30an tapi dah kena warning dari doktor. Sebenarnya, gaya hidup zaman sekarang memang banyak menyumbang kepada masalah jantung seperti makan tak jaga, stres, kurang tidur, dan jarang bersenam.
Sebab tu, kalau kita nak jaga jantung daripada awal, kena mula dengan langkah yang mudah tapi konsisten. Salah satu caranya ialah dengan ambil minyak ikan yang berkualiti, macam Omega Guard dari Shaklee.
Apa Yang Best Tentang Omega Guard Shaklee
Omega Guard ni bukan minyak ikan biasa-biasa. Ia diekstrak dari ikan laut dalam yang kecil yang tinggi kandungan asid lemak omega 3, terutamanya EPA dan DHA (900mg per serving 3 softgels). Dua ni lah hero utama yang bantu jaga kesihatan jantung kita.
Yang lagi menarik, Shaklee guna proses penyulingan molekul tiga peringkat, yang buang semua logam berat dan toksin. Jadi, kita tak perlu risau pasal bahan tercemar. Hanya yang tulen dan berkhasiat sampai ke badan.
✅ Gred Farmaseutikal
Omega Guard bukan calang-calang minyak ikan. Ia dihasilkan mengikut standard farmaseutikal, bukan sekadar gred makanan biasa. Maksudnya, setiap kapsul melalui proses kawalan kualiti yang ketat makanya lebih bersih, lebih selamat, dan lebih berkesan.
✅ Tinggi EPA dan DHA – 900mg
Setiap hidangan Omega Guard mengandungi 900mg omega-3 tulen, dengan kepekatan tinggi EPA dan DHA, iaitu dua asid lemak penting untuk jantung, otak, sendi dan mata. Lagi tinggi kandungan EPA dan DHA, lagi hebat manfaatnya!
✅ Disuling 3 Kali – Ultra Tulen
Menggunakan proses penyulingan molekul 3 peringkat, Omega Guard disaring untuk menyingkirkan logam berat, merkuri, dioksin, PCB dan bahan cemar lain. Hasilnya: minyak ikan yang sangat tulen dan selamat walaupun diambil jangka panjang.
✅ Tiada Filler, Tiada Campuran Air
Omega Guard bebas dari sebarang filler, pewarna, pengawet, dan air. Hanya minyak ikan tulen dalam setiap kapsul.
✅ Tulen dan Kepekatan Tinggi Omega-3
Bukan semua minyak ikan ada kepekatan yang tinggi. Tapi dalam Omega Guard, kita dapat omega 3 yang betul-betul pekat dan asli, tanpa lemak-lemak lain yang tak diperlukan. Sebab tu kesannya cepat dan konsisten.
✅ Friend of the Sea Certified 🐟
Omega Guard dapat pengiktirafan antarabangsa sebagai produk yang mesra alam dan lestari. Ikan ditangkap secara beretika tanpa mencemarkan habitat laut. Jadi, bukan saja baik untuk kesihatan malah menjaga kelestarian alam.
Macam Mana Omega Guard Jaga Jantung Kita?
✅ Turunkan Kolesterol LDL, Naikkan Kolesterol Baik
EPA dan DHA bantu turunkan kolesterol jahat (LDL) dan naikkan kolesterol baik (HDL). Kolesterol jahat ni kalau banyak sangat, dia boleh lekat dekat dinding arteri dan lama-lama boleh menyumbat saluran darah. Tu yang jadi serangan jantung. Omega 3 bantu bersihkan salur darah kita.
✅ Kawal Tekanan Darah
Kajian dari American Journal of Hypertension menunjukkan pengambilan omega-3 boleh turunkan tekanan darah, terutamanya pada orang yang ada masalah darah tinggi. Bila tekanan darah stabil, jantung pun tak perlu kerja keras sangat.
✅ Elak Pembekuan Darah Tiba-Tiba
Omega Guard juga bantu lancarkan peredaran darah dan kurangkan risiko darah beku dalam salur darah. Darah beku ni lah punca utama serangan jantung atau strok secara tiba-tiba.
✅ Kurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu kajian besar dari Harvard School of Public Health dapati bahawa pengambilan omega 3 secara konsisten boleh kurangkan risiko mati akibat penyakit jantung sebanyak 35%. Ini bukan angka kecil ya, ni bermakna kita boleh hidup lebih lama dan lebih sihat kalau jaga jantung dari sekarang.
Siapa Patut Ambil Omega Guard?
Orang yang ada sejarah keluarga sakit jantung
Mereka yang ada kolesterol tinggi atau darah tinggi
Orang yang jarang makan ikan (tak semua suka ikan kan?)
Dan sesiapa yang memang nak maintain kesihatan dari usia muda
Nak turunkan inflamasi dan keradangan dalam badan
Jaga jantung ni bukan masa dah sakit baru mula. Mulakan dari sekarang, walaupun baru umur 20an atau 30an. Dengan pemakanan yang sihat, gaya hidup aktif dan sokongan dari suplemen berkualiti macam Omega Guard, in shaa Allah jantung kita akan terus kuat sampai tua.
Lagipun, bila jantung sihat kan, badan pun cergas, fikiran pun lebih tenang.
TIPS: Pastikan Omega Guard Shaklee minyak ikan, baru beli, kerana ia lebih mudah diserap ke badan. Tidak seperti minyak omega 3 tumbuh-tumbuhan seperti sacha inchi, flakeseed yang hanya ALA. Badan kita susah nak tukar ALA kepada EPA DHA.
Kadar penukaran ALA kepada EPA/DHA sangat rendah, kurang 10%.
Nabilah, ID 1194529
Pengguna Shaklee sejak 2010 dan setia dengan satu jenama vitamin Shaklee.
Banyak membantu kesihatan orang lain lebih baik dengan penggunaan vitamin Shaklee dan fitonutrien dan gaya hidup yang sihat.