Imuniti Lemah Buat Anda Mudah Jatuh Sakit. Cara Nak Kuatkan Imuniti Semula
Imuniti Lemah Buat Anda Mudah Jatuh Sakit. Cara Nak Kuatkan Imuniti Semula
Pernah tak rasa, baru je sembuh dari demam, tak sampai sebulan, dah kena balik? Atau, kawan kat sebelah bersin sikit, kita dah mula rasa tekak gatal-gatal, hidung dah berair?
Fuhh, memang penat kan bila badan asyik meragam macam ni. Nak buat kerja pun tak selesa. Ini petanda yang sistem imuniti kita tengah bagi isyarat SOS!
Terutama buat kawan-kawan yang jenis Resdung tu, memang lagi trigger la selsema, sakit tekak, batuk tak henti. Rasa macam badan ni dah pasrah je nak terima semua virus yang lalu. Sabar ya, kita tengok kenapa benda ni berlaku dan apa yang boleh kita buat.
Bila kita selalu sangat jatuh sakit (contoh: demam, selsema, batuk setiap bulan), ini bermakna benteng pertahanan badan kita, iaitu Sistem Imuniti, sedang bergelut.
Kenapa ia berlaku? Ada beberapa punca utama, dan kebanyakannya berkait rapat dengan gaya hidup moden kita:
Tekanan (Stres) Berpanjangan:
Bila kita stres, badan akan melepaskan hormon seperti kortisol. Dalam jangka masa panjang, kortisol boleh melemahkan sel-sel imuniti yang sepatutnya melawan kuman.
Kurang Tidur Berkualiti:
Masa kita tidur, badan kita menghasilkan protein perlindungan yang penting dipanggil sitokin. Sitokin ni membantu melawan jangkitan dan keradangan. Kalau tidur tak cukup, produksi sitokin pun terjejas.
Pemakanan Kurang Nutrien Penting:
Sistem imun kita perlukan 'makanan' yang betul, terutamanya vitamin dan mineral seperti Vitamin C, Zinc, dan Vitamin D. Kalau asyik makan fast food atau makanan proses je, memang susah la nak cukupkan keperluan ni.
Kesihatan Usus Terganggu:
Tahukah anda, lebih 70% sel imuniti kita berada dalam usus (sistem pencernaan)? Kalau usus tak sihat, penuh dengan bakteria jahat, automatik sistem pertahanan badan kita pun jadi lemah dan mudah 'overreact' kepada alergen.
Untuk Kawan-Kawan Resdung (Rhinitis Alergik): Kondisi resdung ini bermakna sistem imuniti anda terlebih sensitif. Ia menganggap habuk, debunga, atau bulu haiwan (alergen) sebagai 'musuh' yang perlu diserang, lalu mencetuskan tindak balas keradangan (inflamasi) yang menyebabkan selsema, hidung gatal dan sakit tekak. Tubuh yang asyik berkeradangan ini akan membuatkan sistem imun lebih cepat 'penat' dan mudah dijangkiti kuman betul!
Kadang-kadang, nak dapat semua nutrisi dari makanan harian memang mencabar. Di sinilah suplemen boleh jadi penolong yang baik.
Ini adalah beberapa suplemen Shaklee yang popular untuk imuniti, dan kita kupas sikit apa fungsinya:
Probiotik Dan Prebiotik Shaklee
Mengawal Keradangan (Anti-Alergi): Kesihatan usus yang baik menghasilkan SCFA (Asid Lemak Rantai Pendek). SCFA ini adalah 'pemadam api' yang mengawal keradangan berlebihan dalam badan. Ini adalah kunci untuk mengurangkan simptom Resdung (bersin, hidung gatal) yang disebabkan oleh tindak balas alahan yang melampau.
Kuatkan Gut-Lung Axis: Terdapat hubungan rapat antara usus dan saluran pernafasan. Probiotik Shaklee membantu menghantar isyarat positif kepada sel imun di paru-paru dan saluran pernafasan, justeru mengurangkan kekerapan dan keterukan jangkitan seperti selsema dan batuk.
Memperbaiki Penghadaman: Usus yang sihat (tanpa kembung atau sembelit) memastikan penyerapan nutrien lain seperti Vitamin C dan Zinc dapat berlaku secara optimum, melengkapkan lagi benteng pertahanan imuniti anda.
Produk sinbiotik (gabungan probiotik + prebiotik). Mengandungi 10 bilion CFU dari 3 strain probiotik terbukti klinikal:
Bifidobacterium lactis HN019™
Lactobacillus rhamnosus GG™
Lacticaseibacillus paracasei Lpc-37®
Ditambah dengan inulin (prebiotik) iaitu makanan untuk bakteria baik dan rasa buah (raspberi), dalam bentuk sachet.
Sesuai untuk siapa?
Mereka yang ada masalah pencernaan (kembung, sembelit, cirit-birit ringan).
Orang yang selalu makan antibiotik (sebab antibiotik bunuh bakteria baik).
Individu yang mudah jatuh sakit / selesema berulang sebab 70% imun datang dari usus.
Individu yang cirit-birit, muntah, sakit perut sangat sesuai denga probiotik, cepat selesaikan masalah.
Kajian: Lactobacillus rhamnosus GG terbukti boleh kurangkan risiko jangkitan pernafasan pada kanak-kanak & dewasa (Nutrients, 2019).
Vitamin C dilepaskan perlahan-lahan setiap 5 jam dan badan dapat bekalan berterusan.
Bantu tingkatkan sel imun, lindungi sel daripada radikal bebas, dan cepatkan penyembuhan.
Penting untuk kulit, saluran darah, dan imun.
Sesuai untuk:
Orang yang mudah sakit tekak, lambat sembuh luka, cepat penat, atau selalu demam dan selesema.
Kajian: Vitamin C terbukti kurangkan tempoh & tahap teruk selesema (Cochrane Database of Systematic Reviews, 2013).
Sumber asid lemak Omega 3 (EPA & DHA yang tinggi, kesan yang lebih baik). EPA (Eicosapentaenoic Acid) 540 mg, DHA (Docosahexaenoic Acid) 360 mg
Fungsi utama: kurangkan keradangan dalam badan, sokong kesihatan paru-paru & saluran pernafasan, bantu cairkan kahak yang tebal.
Juga bantu jantung & otak.
Sesuai untuk:
Orang yang ada resdung, batuk berkahak, atau radang saluran pernafasan.
Kajian: Omega 3 terbukti ada kesan anti-inflamasi & sokong fungsi paru-paru (American Journal of Clinical Nutrition, 2019).
Dicipta oleh Dr. Yasuhiko Kojima (penemu interferon dan pakar Imunologi Dunia).
Formula campuran tumbuhan semula jadi japanese honey suckle, pumpkin seed, safflower flowers, plantago seeds).
Fungsinya: aktifkan pengeluaran interferon badan iaitu askar pertahanan untuk lawan virus & bakteria.
Cepat bertindak, sesuai diambil bila demam atau selesem, cirit-birit, muntah, batuk dan demam.
Sesuai untuk:
Orang yang selalu demam, selesema, atau batuk berulang.
Mereka yang kerja di tempat ramai orang, anak-anak di sekolah mudah berjangkit dengan virus/ senang terdedah pada kuman.
Kajian: Interferon semula jadi terbukti penting dalam mengawal jangkitan virus (Nature Reviews Immunology, 2016).
Mineral penting untuk pertumbuhan & fungsi sel imun.
Bantu penyembuhan luka & menguatkan deria rasa & bau.
Kekurangan zinc buatkan badan mudah dapat jangkitan & lambat recover.
Kurangkan risiko jangkitan sakit tekak yang lebih teruk.
Sesuai untuk:
Orang yang sering selesema, sakit tekak, ulser mulut, atau luka lambat sembuh.
Kajian: Zinc dapat pendekkan tempoh selesema bila diambil awal simptom (BMJ Open, 2021).
Minuman botani kaya polifenol & resveratrol.
Vivix Shaklee bertindak sebagai antioksidan kuat, dapat melindungi & membaiki sel daripada kerosakan hingga peringkat DNA (di dalam sel).
Mempercepoat penyembuhan kerana resveraterol ini dapat perbaiki sel yang rosak, lindungi sel daripada kerosakan dan memberi tenaga kepasa sel untuk penyembuhan yang lebih cepat.
Bantu tenaga sel (mitokondria) lebih kuat, jadi imun lebih kukuh.
Sesuai untuk:
Orang yang nak tingkatkan imun menyeluruh, cepat recover & cegah penuaan sel.
Penuaan sel buatkan badan mudah dapat penyakit disebabkan kerosakan sel ini berlaku setiap hari tanpa kita sedar.
Individu yang hidapi long covid, batuk berpanjangan, resdung kronik atau mempunyai imun yang sangat lemah.
Sangat sesuai untuk mereka yang kerap sakit atau nak elakkan komplikasi kesihatan jangka panjang.
Kajian: Polifenol terbukti dapat tingkatkan fungsi imun & kurangkan risiko penyakit kronik (Nutrients, 2021).
Polifenol bertindak sebagai anti keradangan dalam badan.
Kalau anda jenis asyik demam, selsema, batuk, atau sakit tekak berulang, itu petanda sistem imun tengah lemah dan perlukan bantuan. Gaya hidup sihat memang asas penting iaitu tidur cukup, makan seimbang, kawal stres, dan rajin bergerak. Tapi kadang-kadang badan tetap perlukan sokongan tambahan daripada suplemen.
Dengan rangkaian suplemen Shaklee macam:
Nutriferon → kuatkan askar pertahanan badan
Vitamin C → kurangkan risiko selsema & percepat penyembuhan
Zinc → baik untuk sakit tekak & luka
Omega Guard → bantu kurangkan radang, sesuai untuk resdung & paru-paru
Vivix → sokongan imun menyeluruh & anti-penuaan
Probiotik + Prebiotik → sokong imun dari usus
… anda boleh pilih ikut kondisi kesihatan & simptom yang selalu dialami.
Ingat, imuniti kuat = hidup lebih bertenaga & happy, tak perlu lagi risau tiap bulan kena serang virus!
Nak tahu suplemen mana paling sesuai untuk anda?
Terus WhatsApp Vitaminbelle untuk konsultasi & pilihan terbaik ikut keperluan badan anda.
Nabilah & Ezwen ID KEAHLIAN : 1194529
Pengguna Setia Sejak 2010
Banyak membantu kesihatan orang lain lebih baik dengan penggunaan vitamin Shaklee dan fitonutrien dan gaya hidup yang sihat.
DENGAN IZIN ALLAH
📲 Nak order? Klik sini untuk WhatsApp saya
📦 Penghantaran ke seluruh Malaysia!
🎁 Konsultasi & follow-up PERCUMA lepas pembelian