Bila nak ganti puasa, puasa sunat, puasa ramadan...ibu ibu menyusu pasti akan risau susu ibu akan effect jadi sikit, badan ibu menyusu letih dan tak bertenaga sepanjang hari.
Apa nak dirisaukan...Allah kan ada 😊
Banyak je tips yang boleh kita ikut untuk susu ibu meriah dan badan kekal bertenaga sepanjang hari berpuasa.
Saya dah cuba cara ini sepanjang menyusukan 3 orang anak
Tips Kekal Bertenaga Dan Susu Ibu Meriah Ketika Berpuasa
1. Wajib sahur dan melewatkan sahur
Melewatkan sahur tu maksudnya jika 5. 50am azan, sahur lah 5.20am..
Saya pastikan saya bersahur dengan Life Cinch Protein Shaklee untuk kenyang lebih lama. Tengahari pun perut tak berkeroncong bunyi Alhamdulillah. Ada hari yang saya ambik Life Cinch Protein dan bersama sayur-sayuran dan jika terbangun lewat ketika sahur pun tidak perlu risau sebab penyediaan protein ini kurang dari 5 minit je :)
2. Bersahur dengan air nabeez (air rendaman kurma semalaman)
Ambil bilangan ganjil kurma seperti 3 atau 5 atau 7 dicarik-carikkan kurma itu, letak dalam 1 bekas air kecil dan disimpan di dalam peti ais sebelum tidur.
Air nabeez itu boleh diminum ketika sahur dan berbuka. Buatlah lebih untuk cukupkan ketika berbuka pada hari tersebut.
Air nabeez ini sunnah Rasulullah. Air ini dapat bagi kita tenaga untuk berpuasa seharian dan banyak manfaat lain untuk tubuh badan.
Rugi tak cuba. Memang cukup refreshing! Tak perlu air manis pun untuk berbuka. Air nabeez ini dah cukup dan sedap :)
3. Minum air secukupnya ketika bersahur dan selepas berbuka. Cukupkan dengan ikut keperluan badan seperti 2 liter air putih.
4. Sahur dengan makanan yang penuh nutrisi, bukan sekadar kenyang saja.
Ada orang makan karbohidrat ringkas tinggi seperti nasi membukit, roti, kuih muih. Karbohidrat ringkas ini membakar dengan cepat dan buatkan kita cepat lapar tau. Belum tengahari lagi perut dah berkeroncong. Pada sebelah petang pula dah mula menggigil dan gastrik menggila.
Bersahurlah dengan makanan yang ada serat dan protein seperti life cinch protein, telur, ayam, ikan, sayur-sayuran hijau, ubi keledek, kekacang.
5. Ambil Alfalfa Complex yang tinggi mineral untuk memeriahkan susu ibu
Alfalfa sebagai raja segala makanan, tinggi mineral termasuk kalsium, fosforus, magnesium, klorofil, zat besi yang memberi kesan ibu menyusu lebih meriah dan bernutrisi.
Memang best sangat amalkan Alfalfa Complex ini.
6. Teruskan jadual pengemapan susu seperti biasa. Jangan panik bila susu ibu berkurangan. Teruskan pam dan berfikiran positif ya ibu :)
7. Teruskan menyusu (direct feeding) di siang hari bagi ibu surirumah dan direct feeding di malam hari untuk ibu yang bekerja dan tidak.
Jangan risau ya ibu menyusu sekalian.
Percayalah, Allah SWT tidak akan mensia-siakan pengorbanan ibu.
Ibu menyusu yang bersabar berpuasa sambil menyusukan anak mendapat ganjaran pahala yang besar in shaa Allah.
Ibu ibu ikut saja tips ini untuk kekal bertenaga dan meriahkan susu ibu :)
Feedback orang minum Life Cinch dan amalkan Alfalfa
Bismillahi Masyaa Allah.
Belle | ID: 1194529
Membantu ramai mendapatkan kesihatan dengan penambahan nutrisi Shaklee dengan izin Allah.
#pengedarshakleeMalaysia #pengedarshakleecheras #pengedarshakleetamanmelati #pengedarshaklee #pengedarshakleeampang #projekbest #lifecinchprotein #alfalfa
Related posts: