Setiap kali bercermin, pandangan kita terus terarah pada tompok gelap di pipi. Kita cuba tutup dengan bedak, foundation, concealer… tapi jeragat tetap nampak, malah makin jelas bila kena cahaya.
Inilah dilema yang ramai wanita hadapi, jeragat atau melasma.
Walaupun ramai anggap jeragat hanya masalah kosmetik, hakikatnya ia berpunca daripada perubahan di peringkat sel kulit. Belle senaraikan punca utama kenapa jeragat terjadi.
UV-A menembusi lapisan kulit yang dalam (dermis) dan merosakkan kolagen, menyebabkan kulit cepat tua dan jeragat timbul.
UV-B merangsang kulit menghasilkan lebih banyak melanin untuk melindungi sel, tetapi lebihan melanin ini akan terkumpul menjadi tompok gelap.
Kajian dermatologi menunjukkan pendedahan UV tanpa perlindungan adalah penyebab 80% kes jeragat kronik.
Berlaku terutamanya ketika kehamilan (dikenali sebagai “mask of pregnancy”), pengambilan pil perancang, atau menopaus.
Hormon estrogen & progesteron yang tidak seimbang merangsang sel melanocyte menghasilkan melanin berlebihan.
Sebab itu jeragat lebih kerap dialami wanita berbanding lelaki.
Radikal bebas datang daripada pencemaran, asap rokok, makanan proses, tekanan (stress) dan sinaran UV.
Ia merosakkan DNA sel kulit dan menyebabkan proses regenerasi kulit terganggu.
Apabila sel tidak dapat membaiki diri dengan baik, penghasilan melanin menjadi tidak terkawal.
Ada individu yang memang mewarisi gen kulit sensitif terhadap cahaya matahari.
Mereka ini lebih cepat mendapat jeragat walaupun terdedah sekejap sahaja kepada cahaya matahari.
Apabila umur meningkat, kadar penghasilan kolagen & elastin menurun.
Lapisan perlindungan kulit menjadi lebih nipis, menjadikan kulit lebih mudah rosak oleh UV dan radikal bebas.
Sistem pembaikan sel juga menjadi perlahan, menyebabkan jeragat lebih lambat pudar.
Bahan kimia keras seperti merkuri, hidrokuinon (dalam dos tinggi) atau produk tiruan boleh menyebabkan kulit menipis & mudah terbakar matahari.
Kesannya, jeragat menjadi semakin teruk walaupun pada awalnya nampak seperti memudar.
ResV Shaklee ialah gabungan unik resveratrol & polifenol daripada 8 bahan botani premium yang terkenal dengan kuasa antioksidan luar biasa. Ia bukan sekadar untuk cantik, tetapi membantu membaiki DNA sel kulit, mengawal penghasilan melanin, dan melindungi kulit daripada kerosakan baru.
🍇 Anggur Muscadine (Muscadine Grape)
Anggur premium bersaiz besar, tinggi ellagic acid & resveratrol.
Antioksidan kuat untuk melindungi sel kulit dari kerosakan UV & radikal bebas.
🍇 Anggur Hitam (Black Grape)
Kaya antocyanin untuk melindungi kolagen kulit & mengurangkan keradangan.
Membantu mengekalkan tona kulit sekata dan melambatkan penuaan.
🍇 Anggur Merah (Red Grape)
Mengandungi proanthocyanidins & polifenol yang meningkatkan keanjalan kulit.
Menyokong kesihatan jantung & peredaran darah untuk kulit yang lebih sihat berseri.
🌱 Resveratrol dari Polygonum Cuspidatum
Mengawal penghasilan melanin & membaiki DNA sel.
Terbukti membantu kesihatan kulit dan awet muda secara saintifik.
🍎 Delima (Pomegranate)
Kaya vitamin C & punicalagin untuk pencerahan kulit dan perlindungan sel.
Elderberry Eropah
Mengandungi flavonoid & antocyanin untuk kesihatan kulit & imuniti.
🥕 Lobak Ungu (Purple Carrot)
Sumber beta-karoten & antosianin untuk pembaharuan sel kulit.
🌳 Chebulic Myrobalan
Herba ayurveda dengan sifat anti-penuaan & detoksifikasi.
Kajian menunjukkan resveratrol dapat menghalang aktiviti enzim tyrosinase (Amori et al., 2010), iaitu enzim yang menghasilkan melanin.
Bila melanin terkawal, jeragat tak makin gelap dan kulit jadi lebih sekata.
Gabungan anggur Muscadine, delima, elderberry, lobak ungu memberi spektrum antioksidan pelbagai warna.
Antioksidan meneutralkan radikal bebas yang jadi punca jeragat dan penuaan kulit.
Polifenol ResV bertindak melindungi & membaiki DNA sel kulit yang rosak akibat sinaran UV.
Sel baru yang terhasil lebih sihat, tona kulit lebih cerah & berseri.
Kajian (Berman et al., 2017) membuktikan resveratrol membantu merangsang fibroblas untuk hasilkan kolagen.
Jeragat pudar, kulit lebih anjal, tekstur lebih halus.
Pernah dengar French Paradox? Orang Perancis awet muda, kulit cantik walaupun makan makanan tinggi lemak, tinggi karbohidrat. Salah satu sebab yang dibincangkan adalah pengambilan red wine yang kaya resveratrol. Ada juga orang Itali yang amalkan diet Mediterranean yang kaya dengan polifenol dari sayur, buah dan minyak zaitun.Tapi untuk dapat manfaat polifenol, tak payah minum alkohol pun. ResV Shaklee bagi semua kebaikan resveratrol dan polifenol tu dalam bentuk halal dan bebas alkohol.
Komponen utamanya adalah Polifenol dan Resveratrol. Hebatnya, kandungan Resveratrol dalam ResV adalah 13 kali ganda lebih poten berbanding resveratrol tunggal yang biasa dijual di pasaran. Shaklee menggunakan teknologi proprietari untuk mengekstrak dan menggabungkan bahan-bahan ini, menghasilkan formulasi yang bukan sahaja mujarab tetapi juga selamat.
Jeragat bukanlah sekadar masalah luaran yang boleh disembunyikan dengan mekap. Ia adalah tanda kulit kita sedang melawan kerosakan di peringkat sel sama ada daripada sinaran UV, hormon, radikal bebas, atau proses penuaan.
Oleh itu, penyelesaian yang berkesan bukan hanya melalui krim luaran, tetapi rawatan dari dalam untuk:
Mengawal penghasilan melanin, jeragat.
Memperbaiki DNA sel kulit.
Melindungi daripada kerosakan baru.
ResV Shaklee memenuhi ketiga-tiga keperluan ini dengan kuasa resveratrol & polifenol yang terbukti secara saintifik membantu membaiki sel, mengawal melanin dan jeragat, awet muda dan menjadikan kulit kembali cerah berseri secara semula jadi.
💯 Produk original terus dari HQ Shaklee
📦 Penghantaran pantas seluruh Malaysia
📝 Konsultasi eksklusif cara makan ResV yang betul
📚 Info kesihatan
❤️ Trusted seller dengan pengalaman bantu ramai pelanggan capai target kesihatan
📲 WhatsApp VitaminBelle sekarang untuk dapatkan Vivix Shaklee dan mula langkah pertama ke arah awet muda dari dalam sel.
Beli sendiri ResV Shaklee di sini. https://www.shaklee.com.my/mycart
ID sponsor : 1194529 Nabilah Arshad
Link Join Member (to get membership price) : https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1194529
Nabilah, ID 1194529
Pengguna dan konsisten sejak tahun 2010. Kenal Shaklee sejak 2005.
Banyak membantu kesihatan orang lain lebih baik dengan penggunaan vitamin Shaklee dan fitonutrien dan gaya hidup yang sihat.
DENGAN IZIN ALLAH