"Tak apa lah, saya sedekah saja ayam daripada ayam mati macam tu je. Saya juga rugi ribuan ringgit disebabkan rosak reban, jentera, ratusan anak pokok sawit dihanyut air banjir "
"Beberapa tahun lepas saya juga kerugian selepas reban kambing ditenggelami air" - mangsa di Teluk Intan.
Banjir memberikan kesan yang mendalam kepada semua lapisan masyarakat tetapi yang paling merisaukan adalah warga emas. Mereka sangat terkesan dari segi fizikal, emosi dan sosial.
1. Kesan Fizikal
Penyakit Kronik : Penyakit kronik yang mereka sedia alami seperti kencing manis, darah tinggi merumitkan keadaan mereka akses kepada perubatan. Mereka bergantung dengan ubat tapi ubat dah hampir rosak terkena air banjir.
Penyakit Berkaitan Air : Imuniti warga emas sangat rendah, tak seperti orang muda. Mereka lebih berisiko mendapat jangkitan seperti leptospirosis, kolera yang mudah merebak melalui air banjir.
Risiko Kecederaan : Apabila banyak bergerak di dalam banjir, mereka berisiko tercedera kena serpihan kayu, kaca dan lain-lain. Mereka mudah tergelincir dan terjatuh.
2. Kesan Emosi
Trauma : Warga emas mudah tertekan dengan situasi dan mengenangkan nasib kerosakan harta benda dan kesihatan mereka makin merudum. Membawa kepada masalah Post Traumatic Stress Disorder.
Kesunyian : Kerosakan telefon, terputus talian dengan saudara mara dan keluarga membuatkan mereka kesunyian dan kemurungan.
3. Kesan Kehilangan Sumber Pendapatan Dan Kerosakan Harta Benda.
Rumah tenggelam dan rosak mereput menambah tekanan buat warga emas. Harta benda dan barang yang penting telah dihanyutkan air banjir.
Mereka rata-rata bergantung pendapatan dengan hasil pertanian, penternakan dan perniagaan kecil. Kini selepas banjir melanda, mereka kehilangan sumber pendapatan untuk melangsung hidup.
Langkah Rakyat Malaysia Peka Terhadap Warga Emas Semasa Banjir
1. Perkhidmatan Kesihatan
Minta warga emas untuk beri perhatian mengisi ubat-ubatan penting ke dalam beg kalis air untuk dibawa bersama. Pastikan juga mereka dapat akses kepada perkhidmatan kesihatan bila mereka memerlukan.
Disebabkan kondisi warga emas yang terdedah dengan persekitaran yang memungkinkan mereka dihidapi penyakit berjangkit, pastikan mereka mendapat makanan yang seimbang bernutrisi dan air bersih.
Sentiasa awasi tahap kesihatan warga emas terutama yang ada penyakit kronik. Sediakan rawatan yang lengkap.
2. Pelan Kecemasan
Sediakan pelan kecemasan kepada warga emas supaya mereka tahu apa perlu dilakukan dan hendak ke mana.
3. Pindah Ke Tempat Selamat, Berpindah Ke Pusat Pemindahan Sementara
Membuka lebih banyak lagi PPS untuk menerima banyak lagi mangsa banjir yang terkesan. Membuat pemantauan dan nasihat kepada mangsa banjir jika mereka perlu untuk pindah.
4. Keselamatan Dan Hubungan Sosial
Pastikan bantuan keselamatan diberikan untuk warga emas daripada terjatuh dan tercedera, lebih-lebih lagi jika ada permukaan dan lantai yang licin yang terdorong untuk mereka jatuh.
Beri sokongan mental untuk mereka yang bersedih dan alami tekanan.
5. Bantuan Kelangsungan Hidup
Berikan pakaian yang bersesuaian dan selesa untuk warga emas di musim sejuk hujan.
Disebabkan sumber pendapatan mereka terjejas dan alami kerugian yang besar, sumbangan wang amat perlu untuk mereka mulakan hidup semula dan kelangsungan hidup.
Peka Terhadap Pencegahan Penyakit Bawaan Air Dan Makanan
Juga pastikan kuatkan pertahanan badan semula dengan Vitamin C. Kurangkan risiko kepada penyakit berjangkit, hidung berair dan suhu panas melampau. Vitamin C ini mampu dilepaskan dalam badan secara berkesan untuk tempoh yang lama. 1 tablet selama 5 jam.
Bila angkat dan mengalih barang keperluan banyak, badan mula sakit. Untuk warga emas tidur di tilam yang nipis membuatkan mereka sakit badan, lesu. Begitu penting ostenutrix yang ada magnesium dalam 1 tablet untuk penyerapan kalsium lebih berkesan. Dapat manfaat kepada tidur yang lebih lena, kurang sakit badan dan menenangkan saraf yang tegang.
Dengan kesedaran terhadap impak dan kesan terhadap warga emas semasa banjir berlaku, diharap rakyat Malaysia dapat membantu dari segi fizikal, emosi dan sosial untuk mereka yang terkesan.
Mudahan dengan langkah-langkah ini dapat meminimumkan kesan dan risiko yang lebih buruk berlaku terhadap warga emas. Sama-sama kita jaga.
Untuk keperluan nutrisi dan nasihat terhadap mangsa banjir, boleh berurusan dengan saya.
Nabilah Arshad (vitaminbelle).