Ramai orang ingat sakit sendi ini cuma masalah orang tua, tapi sebenarnya ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja, sama ada orang muda yang aktif bersukan, ibu bekerja, atau mereka yang sudah meningkat usia.
Kalau anda pernah rasa sakit di bahagian lutut, sendi jari, pinggul atau pergelangan tangan, terutama bila rasa sendi itu bengkak, merah, panas atau sakit bila bergerak. Itu tanda yang jelas bahawa sendi anda sedang mengalami keradangan.
Keradangan ini kalau dibiarkan, ia akan semakin teruk. Pada peringkat awal, mungkin cuma rasa tidak selesa. Tetapi bila ia menjadi kronik, keradangan ini boleh menyebabkan artritis. Dalam banyak kes, sakit sendi yang kronik boleh menjejaskan kualiti hidup, membuatkan pergerakan harian jadi sangat terhad. Nak solat pun sakit, nak berjalan pun susah, malah ada yang sampai perlukan kerusi roda.
Rawatan moden seperti suntikan cecair lutut atau pembedahan sendi memang ada, tetapi Belle nak kongsikan realiti sebenar...ia bukanlah penyelesaian jangka panjang. Suntikan biasanya hanya berkesan untuk tempoh tertentu, selepas itu sakit boleh datang semula. Pembedahan pula sangat mahal dan berisiko, dan selepas pembedahan, masih ada kemungkinan sendi kembali sakit jika punca keradangan tidak ditangani.
Jadi, penyelesaian sebenar untuk sakit sendi bukan hanya pada legakan simptom, tetapi mesti pada pemulihan dari dalam. Dan di sinilah Vivix Shaklee memainkan peranan yang sangat besar.
Gabungan bahan botani premium
Vivix diformulasi dengan 4 bahan utama:
Anggur Muscadine 🍇 – antioksidan luar biasa.
Polygonum Cuspidatum 🌿 – sumber utama Resveratrol.
Elderberry Eropah 🍒 – tinggi flavonoid untuk imun & anti-inflamasi.
Lobak Ungu 🥕 – kaya dengan anthocyanin untuk kesihatan jantung & sendi.
Disokong kajian saintifik
Banyak kajian menunjukkan Resveratrol boleh melambatkan penuaan sel, mengurangkan keradangan, meningkatkan ketahanan tubuh, dan melindungi kesihatan jantung serta otak.
Vivix bukan ubat, tetapi supplement berasaskan kajian saintifik yang bertindak dari dalam untuk baiki kerosakan pada sel, termasuk sel-sel pada sendi.
Keradangan adalah punca utama sendi jadi bengkak, merah, panas dan sakit. Dalam badan kita, keradangan ini dikawal oleh sejenis protein dipanggil sitokin (contohnya TNF-α dan IL-1β). Bila sitokin ini terlalu tinggi, ia menyebabkan sakit sendi semakin teruk.
👉 Resveraterol dalam Vivix membantu menghalang sitokin pro-radang ini. Hasilnya, keradangan berkurang, bengkak susut, dan pergerakan jadi lebih selesa.
Cecair synovial adalah “minyak pelincir” semula jadi pada sendi kita. Ia memastikan sendi dapat bergerak lancar tanpa geseran. Bila cecair ini berkurang, sendi jadi kering, mudah bergesel dan rasa sakit.
👉 Vivix membantu tubuh untuk mengekalkan keseimbangan dan pemulihan cecair sendi ini, supaya anda boleh bergerak dengan lebih bebas dan selesa.
Salah satu kelebihan utama Vivix ialah ia bekerja hingga ke peringkat DNA. Bila sel rosak akibat radikal bebas, DNA dalam sel juga boleh rosak. Inilah punca kenapa sendi cepat meradang dan sukar pulih.
👉 Resveraterol membantu baiki DNA yang rosak dan pada masa sama meningkatkan tenaga dalam sel melalui mitokondria. Mitokondria ialah “stesen tenaga” dalam sel, bila ia aktif, sel rawan lebih kuat dan cepat pulih daripada kerosakan.
AGE terbentuk bila gula berlebihan bergabung dengan protein dalam badan. Bayangkan gula yang karamellkan daging ketika masak, sama juga kesannya bila AGE terbentuk dalam tubuh. Ia buatkan sendi jadi keras, kaku dan cepat rosak.
👉 Vivix berfungsi untuk mengurangkan pembentukan AGE. Dengan itu, sendi anda lebih fleksibel, tidak kaku, dan kurang sakit.
Radikal bebas adalah molekul jahat yang merosakkan sel badan kita. Ia datang daripada banyak faktor..peningkatan usia, pencemaran, stres, makanan bergula dan berlemak tinggi, serta gaya hidup tidak sihat.
👉 Bila radikal bebas ini menyerang sel rawan pada sendi, ia menyebabkan sel cepat rosak, menipis dan akhirnya jadi artritis. Resveraterol dalam Vivix bertindak sebagai antioksidan kuat, melawan radikal bebas ini dan melindungi sendi anda.
Ini mak belle di usia 70 tahun, sangat aktif dan berjalan laju. Mak Belle mesti briskwalk 5,000 langkap setiap pagi. Dia adalah ketua briskwalk di kawasan perumahannya hehe.
Belle nak anda yakin bahawa manfaat Vivix ini bukan sekadar cakap kosong, tetapi disokong oleh sains:
📌 Biomed Research International (2018) – Kajian mendapati Resveraterol dapat mengurangkan keradangan sendi serta melindungi rawan daripada degradasi pada pesakit artritis.
📌 Oxidative Medicine and Cellular Longevity (2019) – Kajian menunjukkan Resveraterol mampu melindungi sel rawan daripada serangan radikal bebas dan meningkatkan aktiviti mitokondria. Ini mempercepatkan pemulihan sel sendi.
📌 Journal of Orthopaedic Research – Penyelidik menemui bahawa Resveraterol berkesan mengurangkan tahap sitokin pro-radang, sekaligus membantu mengurangkan simptom artritis.
Mari kita bandingkan supaya anda lebih jelas:
Suntikan Cecair Lutut
Kelebihan: Lega segera, kurangkan geseran pada sendi
Kekurangan: Kesan sementara, kos tinggi, boleh berulang
VS
Pembedahan Sendi
Kelebihan: Boleh pulihkan fungsi sendi
Kekurangan: Kos sangat tinggi, risiko komplikasi, proses pemulihan lama
VS
Vivix Shaklee
Kelebihan: Pulihkan dari dalam, anti-radang, antioksidan, baiki DNA sel
Kelebihan: Konsisten sekurang-kurangnya 3 bulan untuk nampak hasil optimum, sendi lebih sihat dari dalam SEL DNA
Sakit sendi memang sangat mengganggu kehidupan seharian. Bila ia sampai ke tahap kronik, ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan, tetapi juga emosi dan kualiti hidup. Belle percaya, rawatan terbaik adalah yang membaiki punca masalah dari dalam.
Dengan konsisten mengamalkan Vivix Shaklee, anda bukan sahaja dapat melegakan sakit sendi, malah:
✅ Mengurangkan keradangan yang buat sendi bengkak dan sakit
✅ Membantu memulihkan cecair sendi supaya pergerakan lancar
✅ Membantu membaiki DNA dan meningkatkan tenaga sel sendi
✅ Melindungi daripada kerosakan akibat radikal bebas dan protein AGE
Kesihatan sendi adalah pelaburan jangka panjang. Jangan tunggu sampai sakit semakin teruk atau sampai ke tahap perlukan pembedahan baru nak cari jalan keluar.
Jika anda mahu tahu lebih lanjut tentang Vivix Shaklee untuk pemulihan sendi, atau perlukan khidmat nasihat kesihatan dengan suplemen Shaklee, hubungi Belle. Belle sedia bantu anda capai kesihatan yang lebih baik, insyaa Allah 🌸.
Beli sendiri Vivix Shaklee di sini. https://www.shaklee.com.my/mycart
ID sponsor : 1194529 Nabilah Arshad
Link Join Member (to get membership price) : https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1194529
Vitaminbelle bersedia membantu anda dapatkan:
💬 Konsultasi pemakanan & suplemen mengikut gaya hidup
🧬 Cadangan produk berasaskan kajian saintifik & bahan semulajadi
🧘♀️ Sokongan fizikal dan mental untuk anda yang ingin kembali fokus & gembira
📲 Nak order? Klik sini untuk WhatsApp saya
📦 Penghantaran ke seluruh Malaysia!
🎁 Konsultasi & follow-up PERCUMA lepas pembelian
Nabilah, ID 1194529
Pengguna dan konsisten sejak tahun 2010. Kenal Shaklee sejak 2005.
Banyak membantu kesihatan orang lain lebih baik dengan penggunaan vitamin Shaklee dan fitonutrien dan gaya hidup yang sihat.
DENGAN IZIN ALLAH