Rasa lesu, penat ini sesuatu yang biasa untuk semua orang. Ada yang penat disebabkan banyak kehilangan otot terutamanya orang yang berumur 40 tahun ke atas. Ada juga penat dan lesu disebabkan ada masalah kesihatan lain, kekurangan nutrisi dan gagal mengamalkan diet secara sihat seimbang.
Saya nak cadangkan beberapa vitamin terbaik untuk tambah tenaga. Barulah lebih bertenaga untuk lakukan aktiviti seharian :)
1. Multivitamin
Multivitamin Vitalize sangat sesuai diamalkan semua peringkat umur dari usia 13 tahun sehingga warga emas untuk tambah tenaga harian.
Untuk masalah anemia, ibu mengandung atau darah rendah, vitalize ini dapat membantu meningkatkan penghasilan dan kualiti darah merah dan seterunya meningkatkan peredaran oksigen ke otak. Kekurangan oksigen dalam darah menyebabkan keletihan, pening dan daya fokus yang rendah.
Vitalize mengandungi :
■ 25 vitamin dan mineral untuk lebih bertenaga dan menyokong fungsi metabolisme badan.
■ Zat besi meningkatkan penghasilan haemoglobin dan membolehkan lebih banyak oksigen diangkut ke tisu dan organ.
■ Vitamin B12, asid folik masing-masing nutrien diperlukan untuk pembentukan sel darah merah yang sihat dan memastikan darah dapat membawa oksigen secara efektif ke otak.
2. Coq-Trol Plus
Coqtrol plus meningkatkan tenaga secara semulajadi berpanjangan dengan menyokong penghasilan ATP.
CoQ10 dalam Coqtrol Plus ini adalah bahan penting dalam mitokondria iaitu "kilang tenaga" dalam setiap sel badan kita. Ia membantu proses penghasilan tenaga dengan menyokong rantai pengangkutan elektron yang menghasilkan molekul tenaga utama ATP (Andenosine Triphosphate).
Selepas umur 20 tahun, CoQ10 semakin hilang dalam sel. Umur 40an akan nampak lebih ketara kepada penurunan CoQ10. Penurunan CoQ10 disebabkan kesan ubat-ubatan statin, kerosakan kesan oksidatif pada pola makanan tidak sihat, pencemaran dan gaya hidup yang tidak sihat.
CoQtrol Plus mengandungi :
■ CoQ10 memainkan peranan penting dalam menyokong fungsi jantung, organ yang paling bergantung pada tenaga.
■ CoQ10 bersama resveraterol dan tokotrienol membantu meningkatkan tenaga, meminimumkan tekanan oksidatif dari pencemaran, sekeliling dan makanan serta membantu peredaran darah ke jantung lebih baik.
3. Vivix, ResV
Bismillahi Masyaa Allah, umur mak saya dah 69 tahun. Setiap kali berhenti ke 5 tempat untuk snorkeling, dia akan turun tanpa dipaksa. Mak saya tidak penat dan bertenaga.
Vivix Shaklee adalah suplemen premium yang terkenal mengandungi bahan tinggi antioksidan dan 10kali lebih berkuasa dari resveraterol tunggal biasa, dengan manfaatnya untuk kesihatan keseluruhan, termasuk meningkatkan tenaga secara semula jadi.
Vivix dalam bentuk cecair, manakala ResV Shaklee dalam bentuk softgels. Boleh baca perbezaan antara keduanya di sini.
Bagaimana Vivix Dan ResV membantu dalam meningkatkan tenaga ?
1. Meningkatkan Fungsi Mitokondria (Kilang Tenaga Sel)
Sama seperti CoQ10, fungsi resveraterol pada Vivix dan ResV ini membantu proses penghasilan tenaga dan menyokong rantai pengangkutan elektron yang menghasilkan molekul tenaga utama ATP.
2. Meningkatkan Peredaran Oksigen Dan Nutrien
Resveraterol menyokong kesihatan saluran darah, membolehkan peredaran darah lebih lancar dan meningkatkan penghantaran oksigen dan nutrien ke seluruh sel badan dan yang penting untuk tenaga.
3. Melawan Tekanan Oksidatif
Tekanan Oksidatif membuatkan sel rosak dan fungsi badan memburuk. Polifenol dan Resveraterol dalam Vivix dan ResV ini bertindak sebagai antioksidan kuat yang melindungi sel badan dari kerosakan tekanan oksidatif atau radikal bebas serta memberikan tenaga yang berpanjangan.
Orang yang ada masalah kesihatan seperti diabetes juga mengalami masalah selalu penat dan lesu. Untuk turunkan gula dalam darah dengan bacaan normal supaya simptom lesu berkurangan dan bertenaga. Anda boleh baca di sini manfaat Vivix.
Untuk turunkan gula dalam darah, tingkatkan fungsi sel, boleh tonton video saya ini :
Testimoni Pengguna Vivix Untuk Tenaga
4. ESP Energizing Soy Protein
ESP Shaklee ini membekalkan protein 14g, zat besi, 7 vitamin B yang lengkap untuk tenaga berpanjangan
Bermula umur 40an, anda akan kehilangan jisim otot sebanyak 7 -8 % setiap dekad. Selepas berumur 70an, kadar penurunan jisim otot sebanyak 15% sedekad. Apabila kekurangan jisim otot, anda berasa lemah dan kurang bergerak.
Anda akan sukar untuk menaiki tangga, berjalan dan kesukaran mengimbangkan diri yang membuatkan anda terjatuh.
Bagaimana ESP Shaklee membantu memberikan tenaga ?
1. Sumber Protein Berkualiti Tinggi
ESP mengandungi 9 amino asid yang lengkap diperlukan tubuh. Protein ini penting untuk memperbaiki dan membina tisu badan termasuk otot, sel darah merah yang secara tidak langsung meningkatkan tenaga.
Pengambilan protein 1g X 1kg berat badan setiap hari membantu mencukupkan keperluan protein untuk mengekalkan jisim otot dan membina otot yang baru.
2. Rendah Glisemik Indeks Yang Memberikan Tenaga Berpanjangan
ESP diserap secara perlahan di dalam badan, yang memberikan tenaga berterusan berpanjangan tanpa menyebabkan peningkatan gula dalam darah mendadak. Gula naik secara mendadak ini membuatkan anda berasa cepat penat dan letih.
Sangat bagus amalkan protein ESP ini diawal pagi atau dijadikan sebagai makanan pertama untuk setiap hari. Sifatnya yang rendah glisemik indeks itu memberikan kenyang, meningkatkan tenaga secara stabil tanpa menaikkan gula dalam darah.
3. Meningkatkan Kecekapan Metabolisme
ESP Shaklee meningkatkan metabolisme badan, menjadikan pembakaran tenaga lebih efisien. ESP menyokong keseimbangan hormon dan meningkatkan fungsi tiroid yang mempengaruhi tahap tenaga secara keseluruhan.
SANGAT RECOMMENDED UNTUK : Pesakit diabetes yang selalu lesu dan penat, ibu mengandung, ibu menyusu, ibu berpantang, orang yang sibuk, pesakit gastrik, pelajar dan lain-lain.
Jika anda perlukan khidmat nasihat dan cadangan yang bersesuaian dengan anda, boleh hubungi saya Belle Arshad di :
Amalkan vitamin dan gaya hidup yang lebih sihat untuk tambah tenaga berpanjangan. Barulah produktif setiap hari ! :)
Saya Belle Arshad | Id: 1194529
Pengguna Shaklee lebih daripada 13 tahun dan setia dengan satu jenama vitamin Shaklee.
Banyak membantu kesihatan orang lain lebih baik dengan penggunaan vitamin Shaklee dan fitonutrien dan gaya hidup yang sihat.
#ProjekBest