Tipulah tak impikan badan yang sihat dan kurus. Bukan sekadar untuk kelihatan menarik tetapi kualiti hidup pun makin baik tiptop.
Ramai yang pilih cara yang salah dengan diet ekstrem, berlapar, tidak fokus kepada kualiti makanan. Cara ini bukan sahaja tak berkesan tetapi juga memudaratkan lagi kesihatan.
Padahal sepatutnya kenali keperluan badan, tetap disiplin dan ikut cara yang betul berkesan. Artikel kali ini, saya akan berkongsi 8 petua mudah dan berkesan untuk kurus sihat dalam masa 1 bulan dan diteruskan sepanjang hayat. Jom follow, tak follow nanti menyesal.
8 Petua Kurus Sihat 🔥
1. Jangan Berlapar Terlalu Lama
Hormon stres
▪️ udah jangan ikat perut. Berlapar terlalu lama ini meningkatkan hormon stres (kortisol), yang membuatkan badan menyimpan lebih banyak lemak visceral. Lemak visceral tu selalu melilit organ dan abdomen. Lemak visceral ini kita tak boleh nampak sangat dari luaran, orang yang kurus pun ada lemak visceral. Yang berat berlebihan sudah pasti ada lemak visceral.
Rintangan insulin
▪️Apabila berlapar lama, ha mulalah makan banyak dalam 1 masa. Gula dalam darah pun akan melonjak tinggi lah, berlakunya rintangan insulin.
2. Kawal Pemakanan (80% Makanan Diet, 20% Aktif Dan Senaman)
Kalori defisit
▪️Biasalah nak kurus ini buat kalori defisit. Kurangkan pengambilan kalori anda guna aplikasi seperti MyFitnessPal untuk kira kalori. Tetapi cara saya, team yang saya ajar tak kira kalori haha. Kami fokus ikut pinggan sihat lebih mudah dan tidak stres.
Elakkan makanan tinggi karbohidrat dan gula putih, perang
▪️Sila gantikan dengan makanan sumber protein seperti ayam, telur, ikan, lemak minyak sihat, sayuran hijau.
Belum letak nasi. Nak kurus boleh makan nasi juga tau!
Leceh sebenarnya buat sarapan haha. Saya lagi gemar shake protein menjimatkan masa, penuh nutrien serat, tinggi protein.
Baca juga perjalanan kurus saya selepas bersalin dari 66 kg kepada 50 kg. Di sini.
3. Senaman Kekuatan (Weight Training) Dan Berjalan
Tambahkan latihan kekuatan untuk tingkatkan kepekaan insulin dan membina otot. Tak boleh biarkan diri malas, biarkan badan bekerja dan membina otot lagi. Untuk baiki otot yang dah rosak disebabkan latihan, wajib ambil protein tau!
Berjalan atau briskwalk berjalan pantas terbukti lebih berkesan dari jogging untuk bakar lemak. Berjalan pantas menggunakan lemak sebagai tenaga utama, kerana ia berintensiti rendah hingga sederhana.
Jogging lebih cenderung untuk membakar kalori daripada karbohidrat pada intensiti tinggi, bukannya lemak kita.
Berjalan pantas dapat meningkatkan metabolisme sepanjang hari dan mengurangkan hormon stres kortisol yang menyebabkan pengumpulan lemak visceral. Cepatlah kurus nanti.
Briswalk dapat meningkatkan sensitiviti insulin. Sangat baik untuk memulihkan rintangan insulin yang membuatkan susah nak kurus tu.
4. Kurangkan Stres (kortisol)
Ketika badan kita dalam stres, badan kita menghasilkan kortisol yang akan meningkatkan selera makan dan pengumpulan lemak visceral yang baru. Menguruskan stres adalah sama pentingnya dengan menjaga pemakanan dan aktif bersenam untuk kurus dan sihat.
Stres mengganggu waktu tidur. Kurang tidur meningkatkan hormon lapar (ghrelin) dan mengurangkan hormon kenyang (leptin). Bahaya ni kalau hormon lapar dan kenyang pun bercelaru, macam mana mau kurus.
Jogging tidak sesuai untuk orang yang ada masalah tekanan dan ia juga memberi kesan buruk pada sendi sakit.
5. Intermittent Fasting Yang Terkawal
Intermittent fasting (IF) sangat berkesan untuk kurus dengan cara menggunakan lemak yang sedia ada sebagai sumber tenaga. Paling minima adalah 12 jam berpuasa. Ada juga 14 jam, 16 jam, 24 jam, 36 jam.
Hasil yang terbaik untuk memaksimakan pembakaran lemak sebagai sumber tenaga adalah berpuasa 16jam ke atas, kerana itu adalah tempoh mengaktifkan ketosis. Semasa membuat IF, bukan sahaja dapat membakar lemak untuk kurus tetapi ia dapat juga membantu menurunkan tahap insulin.
Banyak manfaat IF namun harus diingat, baca di sini mengenai keburukan IF sekiranya kekurangan nutrien semasa membuat IF.
6. Ambil Makanan Tinggi Anti Radang
Makanan antiradang adalah seperti halia, teh hijau, resveraterol seperti vivix, ikan kembung, ikan sardin membantu pengurangan penyimpanan lemak dan meningkatkan sensitiviti insulin.
Saya gemar mencadangkan protege saya untuk ambil minuman Cinch Tea Mix kerana ia sangat tinggi antioksidan, anti radang, ramuan dari 3 jenis teh (merah, putih, matcha hijau). Minuman bertenaga ini sangat bagus membakar lemak untuk kurus selain ia memberikan tenaga kepada kita yang dalam perjalanan kurus membuat IF.
7. Minum Air Secukupnya
Minum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari untuk kekal hidrasi dan keberkesanan penyerapan nutrien ke dalam badan. Orang yang kurang minum air akan menghadapi banyak masalah fungsi tubuh, penghadaman, masalah penghantaran oksigen ke otak, kurang keberkesanan proses metabolik untuk kurus.
Pastikan minum air putih sebelum makan untuk mengelakkan selera makan menjadi-jadi.
8. Lemak Sihat Dan Omega 3
Lemak sihat bukannya musuh, malah ia sangat penting untuk metabolisme badan, keseimbangan hormon, dan pengurusan selera makan. Lemak sihat seperti omega 3 ikan kecil, minyak kelapa, santan, minyak zaitun sangat mengekalkan rasa kenyang lebih lama. Ini boleh mengurangkan rasa nak makan secara berlebihan.
Lemak sihat menyokong penghasilan hormon seperti leptin, yang mengawal selera makan dan metabolisme lemak.
Tips : Kandungan lemak sihat Omega 3 lebih tinggi ada pada ikan-ikan lokal seperti ikan sardin, ikan kembung berbanding ikan salmon.
Perjalanan nak kurus ini bukan sekadar perjalanan fizikal tetapi juga transformasi mental dan gaya hidup. Betapa pentingnya kita memahami keperluan nutrien dalam badan, pemakanan yang baik, gaya hidup yang aktif dan berdisiplin untuk kurus.
Semoga perjalanan ini sebagai bentuk penghargaan kepada diri sendiri. Bukan sekadar untuk kurus saja tetapi menjadi versi terbaik diri sendiri.
Saya Nabilah Arshad
ID: 1194529
Saya memberi bimbingan kepada protege kurus A-Z untuk kurus tanpa stres. Saya juga sediakan ebook percuma untuk protege saya berkaitan intermittent fasting, makanan radang yang perlu dielakkan, makanan sihat anti radang, meal plan dan senaman.
Saya sudah 3 kali obese semasa mengandung. Dan 3 kali berjaya dapat kurus dan maintain. Bukan semua orang mampu untuk mengekalkan berat badan sihat kerana nafsu makan ketika menyusukan anak memang sangat mencabar ya. Dan pasti masalah hormon wanita selalu mengganggu proses kurus. Whatsapp saya untuk saya bantu anda.
Related posts:
Set Hello New You : Kurus dan Elak Crash Diet
Set Hello New You Shaklee Untuk Kurus Sebelum Raya
Set Kurus Shaklee : Fat Burning Machine (FBM)
Vivix Shaklee Untuk Apa Dan Untuk Siapa
Apa Itu ResV Shaklee Dan Manfaatnya
Keunikan Vivix Shaklee Tiada Tandingan Dengan Jenama Lain
Elak rasa lesu penat. Ini vitamin terbaik tambah tenaga
Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu
7 Sebab Kenapa Supplements Shaklee Terbaik
Set Puasa Shaklee Untuk Sahur Ramadan
#projekbest
#shakleemalaysia
#carakurus
#kurusshaklee