Bila sebut pasal otot, ramai yang bayangkan badan sado atau perut six-pack. Hakikatnya, otot adalah asas kekuatan dan pergerakan kita setiap hari. Ia bekerja 24 jam, bukan saja waktu kita bersenam.
Masalahnya, bila umur meningkat, sel otot pun mengalami penuaan. Selepas umur 30 tahun, kita mula kehilangan kira-kira 3-8% jisim otot setiap 10 tahun. Proses ini dipanggil sarcopenia. Kalau dibiarkan, otot makin lemah, stamina menurun, pergerakan terbatas, dan risiko jatuh atau cedera meningkat.
Pergerakan harian – Semua pergerakan kita bergantung pada otot, termasuk berjalan, berdiri, mengangkat barang, malah bernafas.
Melindungi sendi & tulang – Otot menyerap hentakan dan mengurangkan tekanan pada sendi, mengurangkan risiko kecederaan.
Mengekalkan postur & keseimbangan – Otot core (perut, belakang, pinggul) memastikan badan tegak dan stabil.
Mengawal metabolisme – Otot membakar kalori walaupun kita tengah berehat. Lebih banyak otot, lebih tinggi kadar metabolisme.
Penyimpanan tenaga – Otot menyimpan glikogen sebagai simpanan tenaga untuk kegunaan segera bila badan perlukan.
Menyokong fungsi organ penting – Otot jantung mengepam darah, otot diafragma membantu kita bernafas. Kelemahan otot ini boleh mengancam nyawa.
Mengurangkan risiko jatuh – Kekuatan otot kaki & pinggul penting untuk keseimbangan, terutamanya bila usia meningkat.
Ramai rasa dengan makan lauk harian seperti ayam, ikan, telur, atau daging sudah cukup untuk otot. Hakikatnya, ia belum tentu mencukupi.
Kualiti protein berbeza. Tak semua sumber protein lengkap dengan 9 asid amino penting untuk pembinaan otot, terutama leucine yang merangsang sintesis otot.
Penghadaman semakin lemah. Bila umur meningkat, tubuh kurang efisien memecahkan dan menyerap protein.
Keperluan ikut umur meningkat
Usia 20-30: 0.8g protein/kg berat badan
Usia 40-50: 1.0-1.2g protein/kg berat badan
Usia 60 ke atas: 1.2-1.5g protein/kg berat badan
Contohnya, orang berumur 60 tahun dengan berat 60kg perlukan ±72g protein sehari. Nak cukupkan hanya dari lauk, kita mungkin kena makan ayam 300g, ikan 200g, telur 3 biji setiap hari, tanpa gagal.
Lemak & kolesterol berlebihan. Protein haiwan tertentu datang sekali dengan lemak tepu, yang tidak sesuai jika diambil berlebihan, lebih-lebih lagi untuk golongan yanga da penyakit kronik.
ESP Shaklee adalah protein soya non-GMO yang berkualiti tinggi dan diproses pada suhu rendah supaya kualitinya kekal terjaga.
Kelebihan ESP untuk kesihatan otot & sel:
Lengkap dengan 9 asid amino penting
Termasuk isoleucine, dan valine untuk pembinaan otot yang optimum.
Mudah diserap
Bentuk serbuk larut cepat, jadi tubuh boleh guna segera untuk pembaikan sel otot.
Bebas kolesterol & rendah lemak tepu
Selamat untuk jantung dan sesuai diambil setiap hari.
Indeks glisemik rendah (GI: 39)
Memberi tenaga berpanjangan tanpa naik turun gula darah mendadak.
Sumber protein “bersih”
Tak perlu risau toksin, hormon suntikan, atau bahan GMO.
Disokong kajian
Kajian Journal of Nutrition mendapati protein soya berkualiti membantu mengekalkan jisim otot dan kekuatan fizikal, terutamanya pada usia pertengahan & warga emas.
Pengambilan ESP Shaklee atau mana-mana protein berkualiti memang penting, tapi kalau tak digabungkan dengan aktiviti fizikal, hasilnya untuk kekuatan otot tak akan maksimum.
Otot akan jadi lebih kuat dan sihat bila kita gabungkan dua perkara:
Protein membekalkan bahan mentah (asid amino) untuk bina & baiki serat otot.
ESP Shaklee cepat diserap dan lengkap dengan 9 asid amino penting, jadi sel otot dapat nutrien yang cukup untuk tumbuh semula selepas digunakan.
Otot hanya akan diaktifkan untuk membesar bila ia diberi beban atau cabaran.
Senaman rintangan (resistance training) seperti mengangkat beban, squat, push-up, atau senaman band elastik memberi isyarat kepada badan untuk membina otot.
Aktiviti harian seperti berjalan laju, naik tangga, berkebun, atau mengangkat barang di rumah juga membantu.
Kajian dalam Journal of Applied Physiology menunjukkan kombinasi pengambilan protein + senaman rintangan meningkatkan jisim otot sehingga 30% lebih berkesan berbanding hanya makan protein tanpa senaman.
Penuaan pada sel otot memang proses semula jadi, tapi kita boleh melambatkannya dengan senaman, pemakanan seimbang, dan pengambilan protein berkualiti. ESP Shaklee memberi protein lengkap yang mudah diserap, bebas kolesterol, dan sesuai untuk menyokong kesihatan otot pada semua peringkat umur.
Kalau nak kekal kuat, bertenaga, dan aktif sampai usia emas, jangan tunggu otot lemah dulu baru nak mula. Mulakan sekarang.
Dapatkan ESP Shaklee original dengan Vitaminbelle untuk sokong kekuatan otot dan tenaga dari dalam sel.
Vitaminbelle bersedia membantu anda dapatkan:
💬 Konsultasi pemakanan & suplemen mengikut gaya hidup
🧬 Cadangan produk berasaskan kajian saintifik & bahan semulajadi
🧘♀️ Sokongan fizikal dan mental
📲 Nak order? Klik sini untuk WhatsApp saya
📦 Penghantaran ke seluruh Malaysia!
🎁 Konsultasi & follow-up PERCUMA lepas pembelian
Baca blog post Belle yang lain juga :
ESP Shaklee Bantu Ibu Bekerja Bertenaga, Kenyang Lama
Dari Nugget, Roti Ke Nutrisi: Perjalanan Kurus Sihat Tanpa Diet Ekstrem
Kurus Sihat Dalam 1 Bulan. Ikut 8 Petua Ini Confirm Kurus
Set Kurus Shaklee : Fat Burning Machine (FBM)
Set Hello New You : Kurus dan Elak Crash Diet
Set Hello New You Shaklee Untuk Kurus Sebelum Raya
Risau susu ibu makin sikit, letih ketika berpuasa. Ikut tips bertenaga ini
Nabilah, ID 1194529
Banyak membantu kesihatan orang lain lebih baik dengan penggunaan vitamin Shaklee dan fitonutrien dan gaya hidup yang sihat.
DENGAN IZIN ALLAH