Kesuburan TTC Bukan Hanya Di Bahu Wanita, Lelaki Juga Ada Peranan
Kesuburan TTC Bukan Hanya Di Bahu Wanita, Lelaki Juga Ada Peranan
Usaha mendapatkan cahaya mata atau lebih dikenali sebagai TTC (Trying to Conceive) adalah satu perjalanan yang sangat peribadi, penuh harapan, dan kadangkala menguji kesabaran.
Sebenarnya, kajian WHO (2020) menunjukkan hampir 40–50% masalah kesuburan datang daripada pihak lelaki, manakala selebihnya berpunca daripada wanita atau kombinasi kedua-duanya.
Ini bermakna, kesuburan adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya di bahu wanita.
Jika Anda dan pasangan sedang dalam fasa ini, tahniah! Anda sudah mengambil langkah pertama. Jom kita lihat tips TTC yang padat dan bagaimana nutrisi memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesuburan.
Menurut laporan World Health Organization (WHO, 2020), pasangan dianggap mengalami masalah kesuburan bila tidak berjaya hamil selepas 12 bulan mencuba tanpa perlindungan. Dari jumlah itu, hampir:
40% berpunca daripada faktor wanita (contoh: PCOS, endometriosis, masalah ovulasi).
40% berpunca daripada faktor lelaki (contoh: kualiti sperma rendah, bilangan sperma sedikit).
20% adalah kombinasi kedua-dua pihak.
Ini bermakna, lelaki dan wanita sama-sama memainkan peranan dalam menentukan peluang hamil.
Kesuburan lelaki banyak bergantung kepada kualiti sperma, jumlah sperma, hormon, dan kesihatan sistem reproduktif. Bila ada gangguan pada mana-mana faktor ini, peluang persenyawaan akan menurun.
Sperma sihat sepatutnya cukup banyak, bergerak aktif (motiliti tinggi), dan berbentuk normal (morfologi).
Bila bilangan sperma rendah (oligospermia), sperma lemah, atau abnormal → sukar untuk menembusi ovum.
Agarwal et al., 2015 (Reprod Biol Endocrinol) menunjukkan gaya hidup moden (merokok, alkohol, stres, pencemaran) menyumbang kepada penurunan kualiti sperma secara global.
Lemak berlebihan menurunkan hormon testosteron dan meningkatkan estrogen dalam badan lelaki.
Ini menyebabkan penghasilan sperma berkurangan.
Campbell et al., 2015 (Hum Reprod) membuktikan obesiti lelaki dikaitkan dengan motiliti sperma rendah dan lebih banyak kerosakan DNA sperma.
Varikokel = saluran vena di dalam skrotum membesar, menyebabkan suhu testis meningkat.
Suhu panas merosakkan penghasilan sperma.
WHO Report, 2010 melaporkan varikokel ditemui pada 15% lelaki umum, tetapi sehingga 40% lelaki tidak subur.
Gangguan pada hormon testosteron, FSH (follicle-stimulating hormone) atau LH (luteinizing hormone) boleh menjejaskan spermatogenesis.
Contoh: hipogonadisme iaitu testis tidak hasilkan cukup testosteron.
Penyakit kelamin (STI) seperti klamidia, gonorea, ia boleh merosakkan tiub sperma.
Mumps (beguk) selepas akil baligh juga boleh rosakkan testis.
Contoh: sindrom Klinefelter (lelaki ada kromosom X tambahan) testis kecil, sperma sedikit.
Mutasi gen tertentu juga boleh jejaskan kesuburan.
Merokok: Sharma et al., 2016 (World J Mens Health) mendapati perokok tegar ada sperma lebih sedikit & DNA sperma rosak.
Alkohol berlebihan dapat menurunkan testosteron.
Dadah (contoh: ganja, steroid anabolik) dan ganggu spermatogenesis.
Radiasi, haba berlebihan (contoh: sauna, laptop atas riba), dan bahan kimia industri (contoh: racun perosak, logam berat).
Nordkap et al., 2012 (BMJ Open) melaporkan pekerja industri dengan pendedahan bahan toksik cenderung alami sperma tidak normal.
Hormon stres (kortisol) menurunkan testosteron dan penghasilan sperma terjejas.
Stres juga boleh ganggu hubungan intim, lagi menurunkan peluang TTC.
Walaupun lelaki boleh hasilkan sperma sepanjang hayat, selepas usia 40 tahun, kualiti sperma menurun.
Kuhnert & Nieschlag, 2004 (Hum Reprod Update) menunjukkan risiko mutasi DNA sperma meningkat dengan umur, mempengaruhi peluang hamil & kesihatan bayi.
Kesuburan wanita banyak bergantung pada kualiti telur, kesihatan rahim, kitaran ovulasi, dan keseimbangan hormon. Bila salah satu terganggu, peluang untuk hamil akan menurun. Berikut antara punca utama:
Telur tidak dilepaskan secara teratur atau langsung tidak berlaku ovulasi.
PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) adalah punca paling biasa.
Bozdag et al., 2016 (Human Reproduction) melaporkan lebih 70% wanita dengan PCOS mengalami masalah kesuburan akibat ovulasi tidak teratur.
Berlaku bila tisu endometrium (lapisan rahim) tumbuh di luar rahim, contohnya di ovari atau tiub fallopio.
Ia menyebabkan keradangan, parut, dan boleh menghalang sperma bertemu dengan telur.
Giudice, 2010 (N Engl J Med) mendapati endometriosis menjejaskan hingga 30–50% wanita yang sukar hamil.
Selepas usia 35 tahun, jumlah & kualiti telur wanita semakin menurun.
Risiko kecacatan kromosom pada telur juga meningkat.
American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG, 2014) menyatakan usia adalah faktor paling penting dalam kesuburan wanita.
Obesiti meningkatkan risiko ketidakseimbangan hormon dan PCOS.
Lemak berlebihan menghasilkan estrogen tambahan, yang boleh mengganggu kitaran haid.
Pasquali et al., 2006 (Endocr Rev) tunjukkan obesiti berkait dengan ovulasi tidak teratur & penurunan peluang kehamilan.
Tiub tersumbat akibat jangkitan (contoh: pelvic inflammatory disease) atau kesan selepas pembedahan.
Bila tiub rosak atau tersumbat, sperma tak dapat sampai ke telur.
Ketumbuhan jinak di rahim boleh menjejaskan proses implantasi embrio.
Fibroid besar juga boleh mengubah bentuk rahim dan menghalang persenyawaan.
Gangguan pada hormon penting seperti FSH, LH, estrogen, progesteron & prolaktin.
Contohnya, hyperprolactinemia (prolaktin tinggi) boleh menghalang ovulasi.
Merokok, stres kronik, kurang tidur, pengambilan alkohol & pemakanan tidak seimbang juga boleh menurunkan peluang kesuburan.
Saya sebenarnya tidak merancang untuk hamil selepas kehamilan kedua. Saya dan suami hanya mengambil ResV, ESP Shaklee, Zinc Shaklee sekadar untuk tenaga dan kesihatan harian. Ini kali pertama kami mencuba ResV sebab promo. Namun, dengan izin dan kuasa Allah, siapa sangka kami dikurniakan rezeki hamil anak ajaib ini. Alhamdulillah, sungguh Allah sebaik-baik perancang. (Belle Arshad)
Ada lagi kisah TTC di bawah :) Harap baca sehingga habis.
Journey TTC bukan sekadar cuba setiap bulan dan berharap ada rezeki. Ia memerlukan ilmu, usaha bersama, gaya hidup sihat dan sokongan emosi. Berikut antara tips penting yang boleh diamalkan:
Obesiti atau terlalu kurus boleh mengganggu hormon kesuburan.
Untuk wanita: obesiti dikaitkan dengan PCOS & haid tidak teratur.
Untuk lelaki: obesiti menurunkan testosteron & merosakkan sperma.
Pasquali et al., 2006 (Endocr Rev) – turunkan 5–10% berat badan boleh meningkatkan peluang ovulasi & kualiti sperma.
Lebihkan sayur, buah, bijirin penuh, omega 3, protein berkualiti.
Kurangkan makanan bergula, diproses, bergoreng dan tinggi lemak trans.
Antioksidan (contoh: vitamin C, vitamin E, polifenol) bantu lindungi sel telur & sperma daripada kerosakan oksidatif.
Rokok & alkohol terbukti menurunkan kualiti sperma dan mengganggu hormon wanita.
Sharma et al., 2016 (World J Mens Health) – perokok tegar ada lebih banyak kerosakan DNA sperma berbanding bukan perokok.
Stres kronik boleh ganggu hormon kesuburan (cortisol naik menyebabkan testosteron & estrogen turun).
Cuba meditasi, yoga, zikir, atau aktiviti relaksasi.
Tidur 6-8 jam sehari penting untuk keseimbangan hormon.
Wanita boleh gunakan ovulation kit atau catat suhu basal badan untuk kesan masa ovulasi.
Hubungan intim paling baik dalam 2–3 hari sebelum ovulasi dan pada waktu sepertiga malam ( 3-4 pagi)
Senaman sederhana seperti brisk walk, jogging ringan atau berenang bagus untuk kesihatan hormon.
Elakkan senaman keterlaluan (contoh: angkat beban berat setiap hari) sebab boleh ganggu ovulasi & spermatogenesis.
Suami boleh buat sperm analysis untuk tahu bilangan & kualiti sperma.
Isteri boleh buat pemeriksaan hormon, ultrasound rahim & ovari.
Lebih cepat tahu punca, lebih mudah rawat.
TTC boleh jadi perjalanan panjang & penuh emosi.
Suami isteri kena sama-sama saling menyokong, bukan salah-menyalahkan.
Kesuburan bukan hanya tanggungjawab wanita, tapi usaha bersama.
Nutrisi tambahan boleh membantu bila pemakanan harian tidak mencukupi.
Berikut adalah cadangan Set Shaklee TTC yang sesuai untuk lelaki dan wanita, dengan penerangan berdasarkan kajian saintifik:
Vivix kaya dengan resveratrol dan polifenol yang tinggi antioksidan. Ia melindungi DNA sperma dan ovum daripada kerosakan radikal bebas.
Kajian oleh Liu et al. (Aging Cell, 2018) menunjukkan resveratrol meningkatkan fungsi mitokondria dalam telur dan mengurangkan kerosakan oksidatif.
Farah bersalin selepas 1 bulan dia ambil Set Lengkap TTC Shaklee. Alhamdulillah Allah izinkan.
Kajian haiwan oleh Wang et al. (Reproductive Biology and Endocrinology, 2019) mendapati
resveratrol membantu pematangan telur dan kualiti embrio.
Sesuai untuk lelaki & wanita yang mahu meningkatkan kualiti sel pembiakan.
Selepas anak pertama, jarak kehamilan kali ini adalah 9 tahun. Sebenarnya, beliau dan suami sudah mula merancang untuk anak kedua sejak 4 tahun lalu, tetapi masih belum berhasil.
Beliau kemudian mendapatkan rawatan di hospital, termasuk berjumpa pakar di LPPKN, dan disahkan mempunyai PCOS. Namun, titik perubahan bermula pada hujung tahun 2024, apabila beliau nekad menukar rutin kepada gaya hidup yang lebih sihat, mula menjaga pemakanan, kurangkan makanan berminyak, aktif bersenam, serta lebih konsisten dengan rawatan doktor.
Dalam masa yang sama, beliau juga mengamalkan suplemen seperti Vivix, ResV, Omega Guard Shaklee, serta beberapa vitamin lain. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, akhirnya badan mula respon lebih baik, sel telur semakin sihat, dan kini beliau akhirnya hamil selepas penantian panjang.
Sungguh, rezeki hadir pada masa yang paling tepat. 🌸 SYUKUR ALHAMDULILLAH
Zink adalah mineral penting untuk kesihatan reproduktif.
Pada lelaki, ia diperlukan untuk proses spermatogenesis (penghasilan sperma).
Pada wanita, ia membantu penghasilan telur yang sihat.
Kajian Fallah et al. (Iranian Journal of Reproductive Medicine, 2013) menunjukkan lelaki dengan kekurangan zink mempunyai jumlah sperma yang lebih rendah dan motiliti yang lemah.
Colagar et al. (Nutrition Research, 2009) pula mendapati zink berkait rapat dengan kualiti DNA sperma.
Suplemen ini sangat penting untuk lelaki dan wanita TTC.
Vitamin E dikenali sebagai vitamin kesuburan. Bila digabungkan dengan selenium, ia menjadi pelindung sel pembiakan daripada kerosakan.
Kajian Kessopoulou et al. (Human Reproduction, 1995) menunjukkan vitamin E boleh meningkatkan motiliti sperma dan kadar kejayaan kehamilan.
Selenium pula melindungi sperma daripada oxidative stress.
Bagus untuk lelaki dan wanita dalam journey TTC.
Multivitamin ini lengkap dengan zat besi, folat, vitamin dan mineral penting. Ia sangat penting untuk cukupkaan jurang nutrisi wanita dan lelaki.
Kajian Czeizel & Dudas (New England Journal of Medicine, 1992) mendapati pengambilan folat bersama multivitamin boleh mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf bayi sehingga 70%.
Zat besi juga penting untuk elakkan anemia sebelum kehamilan.
Suplemen asas yang penting untuk wanita dan lelaki TTC.
GLA (Gamma Linolenic Acid) dari minyak borage membantu mengawal keseimbangan hormon wanita dan kitaran haid.
Horrobin (Prostaglandins, Leukotrienes and Essential Fatty Acids, 1992) membuktikan GLA membantu kestabilan prostaglandin yang penting untuk kesuburan.
Sesuai untuk wanita yang ada masalah kitaran haid tidak teratur, senggugut yang teruk dan masalah hormon.
B Complex lengkap dengan folat yang sangat penting untuk wanita TTC.
Kajian Gaskins et al. (Fertility and Sterility, 2014) menunjukkan wanita yang mengambil lebih banyak folat mempunyai peluang lebih tinggi untuk hamil dan kualiti ovulasi yang lebih baik.
Vitamin B6 dan B12 pula membantu mengawal hormon dan mengurangkan stres.
Wajib ada untuk wanita yang sedang berusaha untuk hamil.
Promo free tumbler valid until the end of September***
ESP adalah sumber protein soya berkualiti tinggi, rendah lemak dan lengkap dengan asid amino.
Protein sangat penting untuk pembinaan sel baru, termasuk sel sperma dan ovum.
Kajian West et al. (Journal of Nutrition, 2005) mendapati diet yang kaya dengan protein soya membantu mengawal hormon dan kesihatan reproduktif.
Bagus untuk lelaki dan wanita sebagai sumber tenaga & sel pembiakan yang sihat.
Masalah kesuburan bukanlah beban di bahu wanita semata, tetapi satu perjalanan yang memerlukan kerjasama suami dan isteri. Sama ada disebabkan faktor PCOS, gaya hidup, obesiti, kualiti sperma, atau usia, semuanya boleh diusahakan dengan pemakanan sihat, gaya hidup aktif serta sokongan nutrisi tambahan.
Kisah inspirasi di atas membuktikan bahawa walaupun penantian bertahun-tahun, dengan izin Allah dan usaha yang konsisten, zuriat tetap boleh hadir pada masa yang paling tepat.
Ingat, setiap pasangan ada perjalanan TTC masing-masing. Teruskan berdoa, jangan berhenti berusaha, dan kekalkan gaya hidup sihat. Suplemen seperti Vivix/ResV, Omega Guard, Zinc Plus, Vitamin E, B Complex, GLA, ESP dan Vitalize Multivitamin boleh menjadi sebahagian daripada ikhtiar untuk menyokong kesuburan suami isteri.
Akhirnya, semua rezeki datang daripada Allah. Usaha, doa dan tawakal itu kuncinya. 🌸
#ttcshaklee #setikhtiarhamilshaklee #kesuburanshaklee
Nabilah & Ezwen ID KEAHLIAN : 1194529
Pengguna Setia Sejak 2010
Banyak membantu kesihatan orang lain lebih baik dengan penggunaan vitamin Shaklee dan fitonutrien dan gaya hidup yang sihat.
DENGAN IZIN ALLAH
📲 Nak order? Klik sini untuk WhatsApp saya
Saya Nak Suplemen TTC Kesuburan
📦 Penghantaran ke seluruh Malaysia!
🎁 Konsultasi & follow-up PERCUMA lepas pembelian