Kehamilan ini perjalanan yang indah buat suami isteri tapi ingat, tanggungjawab pun besar untuk menjaga kesihatan ibu dan bayi.
Satu elemen yang paling sering diabaikan oleh ibu hamil ialah pengambilan asid folik iaitu sejenis vitamin B9. Teringat dulu semasa saya TTC, doktor bagi saya berbiji-biji asid folik untuk dibawa balik.
Banyak bahaya dan kesan lebih serius pada bayi jika kekurangan asid folik, sepatutnya kita jangan ambil ringan. Teruskan membaca tau sehingga habis untuk melindungi anugerah terindah anda.
Bahaya Dan Kesan Serius Pada Bayi Jika Kekurangan Asid Folik
1. Kecacatan Tiub Saraf
Masalah ini berlaku pada awal trismester. Pengambilan asid folik sangat penting untuk elak kecacatan pada perkembangan tiub saraf bayi, seperti spina bifida (tulang belakang tidak tutup rapat), anencephaly (sebahagian otak dan tengkorak kepala tidak terbentuk dengan sempurna).
Sebaiknya 3 bulan sebelum hamil, anda perlu ambik asid folik. Sekiranya awal trismester baru sedar tentang kehamilan, cepat-cepat ambil asid folik untuk mencegah kecacatan bayi.
Spina bifida
Anencephaly
2. Risiko Keguguran
Kekurangan asid folik menyebabkan kegagalan implantasi embrio, menjejaskan pembentukan plasenta yang sihat di mana yang sepatutnya plasenta bekalkan nutrisi dan oksigen kepada bayi. Ketidakseimbangan homosistein (kerosakan pada saluran darah) juga meningkatkan lagi risiko keguguran pada awal trismester.
3. Masalah Perkembangan Otak Dan Saraf Bayi
Kekurangan asid folik juga menyebabkan masalah perkembangan otak dan saraf bayi di kemudian hari.
Kelewatan perkembangan kognitif : akan ada dalam masalah pemahaman, pembelajaran dan keupayaan untuk proses maklumat.
Risiko autisme : Dalam kajian ada menunjukkan kekurangan pengambilan asid folik ketika hamil meningkatkan risiko spektrum autisme.
4. Bayi Pramatang Atau Berat Lahir Rendah
Bayi yang sepatutnya lahir pada usia matang dalam kandungan antara 37 hingga 40 minggu, tapi bila kekurangan asid folik ini meningkatkan bayi pramatang. Bila lahir pramatang, berat bayi sangat ringan.
5. Ibu Anaemia
Ibu hamil yang kekurangan asid folik berisiko anaemia, sel darah merah rendah. Sel darah merah tidak mengangkut oksigen dengan efisien ke seluruh tubuh. Mulalah muncul banyak gejala anaemia yang merisaukan tu:
Terlampau letih
Pening atau rasa lemah
Sesak nafas
Kulit kekuningan atau nampak pucat
Denyutan jantung cepat atau tak teratur
Tidak selera makan
Cara Pencegahan
1. Wanita yang merancang kehamilan dan ibu hamil perlu cukupkan dos suplemen asid folik 400 mikrogram (mcg) setiap hari.
2. Untuk yang ada risiko tertentu seperti sejarah dalam keluarga kecacatan spina bifida, autisme dan sebagainya dapatkan dos yang lebih tinggi bergantung pada nasihat doktor tau.
3. Jangan lupa makan makanan yang berkhasiat :
Sayuran hijau seperti brokoli, dan bayam.
Kekacang.
Asid Folik Beyond Organik
Selepas berjumpa doktor semasa TTC tahun 2017, saya fikir lebih baik saya ambil asid folik beyond organik sebab setiap hari perlu makan kan. Asid folik ada di dalam B complex Shaklee.
Saya memilih Shaklee kerana vitamin mengandung dan vitamin-vitaminnya melalui 100,000 ujian keselamatan setiap tahun. Bahannya semulajadi, bebas bahan tiruan, bebas bahan pewarna dan bebas pengawet.
Istimewanya B Complex Shaklee ini sebab mengandungi 8 komponen penting vitamin B, yang sangat cukup lengkap termasuk Biotin, Asid Folik dan B12. Di pasaran luar, banyak yang tidak lengkap.
B complex adalah vitamin larut air. Sekiranya berlebihan diambil, ia tidak disimpan di dalam badan dan akan keluar di air kencing. TAPI! Jika kekurangan vitamin B, lain pula jadinya. Beri kesan buruk kepada masalah atas tadi untuk ibu hamil.
Kesan baik daripada mengambil B Complex, tiga tiga kehamilan saya Alhamdulillah dipermudah urusan, melahirkan bagi yang sihat.
Baca juga pengalaman saya mengamalkan Set Mengandung Shaklee DI SINI.
Bayi dalam keadaan sihat
HB haemoglobin 11.8 semasa fasa mual muntah
HB haemoglobin 12.2 ke atas dari trismester 2 hingga 3 dan melahirkan
Bismillahi Masyaa Allah.
Tiga-tiga orang anak saya, mukanya sepesen saja 😅 Bismillahi Masyaa Allah, Alhamdulillah.
Testimoni B complex lain :
Order Vitamin Dengan Saya
Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi, atau vitamin yang terbaik dan tepat untuk anda. Dapatkan tips dan cara pemakanan yang baik dari saya selepas membuat pembelian dengan saya :)
Nabilah Arshad | ID : 1194529
Pengguna setia Shaklee sejak 13 tahun yang lalu.
Dan membantu ramai mencapai kesihatan yang baik dengan izin Allah.
#projekbest #setmengandungshaklee #bcomplexshaklee