Doa Mustajab Untuk Wanita

Doa seorang wanita yang bergelar ibu sangatlah mustajab. Ini dari Hadis Riwayat Ahmad, Rasulullah bersabda,

" Hendaklah sesorang Muslim memanjatkan doa kepada Allah selagi mana tidak ada pada doa tersebut dosa dan memutuskan silaturrahim antara kerabat melainkan Allah memberikan kepadanya 3 perkara. Sama ada Allah akan makbulkan doanya, Allah simpankan doanya untuk dimakbulkan di akhirat dan Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. "

Ditulis Belle Arshad, Selasa 22 Ogos 2023

Jadi, sebelum nak bercakap, berehat dan fikir dulu sebelum nak melontarkan kata-kata yang yang tak disenangi. Anda boleh beramal dengan doa di bawah setiap hari untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan.

1. Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW Kepada Sayyidah 'Aisyah

Amalkan ini 7 kali setiap hari. Semoga ia menjadi asbab untuk memperbaiki akhlak, diperkuatkan sentiasa iman, diangkat darjatnya kepada darjat para auliya dan dijadikan wanita solehah in shaa Allah.

Maksudnya: Ya Allah, keluarkan kemarahan/ keresahan hatiku dan peliharakan diriku daripada kesesatan segala fitnah.

2. Doa dibaca wanita ketika haid

Walaupun dilarang untuk solat ketika haid, tetapi wanita tetap boleh buat ibadah sunat yang lain seperti zikir, berdoa dan berbuat kebaikan.

Biasakan baca doa di atas itu setiap kali masuk solat fardhu. Mereka yang membacanya akan mendapat ganjaran pahala seperti mana mereka menunaikan solat fardhu. Masyaa Allah besar ganjaran oleh Allah SWT untuk wanita.

3. Doa penyeri wajah dan ingin suami lebih menyayangi isteri

Doa penyeri wajah dan pengasih suami isteri ini baik disambungkan baca sekali dengan doa surah Yusuf tadi. Doa ini juga dapat membentuk anak-anak hormat pada ibu bapa. Selain itu, doa ini juga boleh diamalkan untuk masyarakat mengasihi kita.

"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin” 

Ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“

Terus baca ayat seterusnya tanpa memisahkan ia. Surah Thaaha ayat 39.

"Wa-alqaytu ‘Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna’ ‘Alaa ‘Ainii”

" Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanku perasaan kasih sayang orang terhadapmu, dan supaya Engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanku "

Afdhal membacanya :

Kerapkan membaca ketiga-tiga doa untuk wanita ini. Kita sebagai hamba yang lemah hanya mengikhtiar dan berdoa, dan keberkesanannya hanya datang apabila adanya izin serta perkenan Allah SWT. Yang penting, kita sentiasa yakin dan bertawakkal kepadaNya.   

#doamustajabwanita

#blogmegashaklee

#nextlevelblogging

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#pengedarshakleecheras