Habit lama saya, saya akan kira perbelanjaan persediaan anak-anak sekolah termasuk yuran, baju sekolah, buku sekolah dan lain-lain. Bila lihat total, confirm lah kami akan pening memikirkannya dan jadi semakin kedekut ha ha.
Jadi apa saya ubah adalah untuk tidak ambik kiraan berapa saya akan belanja untuk persediaan anak-anak sekolah dan baju raya. Tapi pastikan kita ada usaha mencari pendapatan lebih, bukan goyang kaki meminta.
Saya hairan juga, saya dah banyak guna debit card saya untuk perbelanjaan dan suami juga ada tarik sikit-sikit duit lain untuk isi petrol kereta tapi yang ajaibnya, duit kami seperti tidak diusik. Allahu Akhbar. Betul-betul rasa meremang.
Dahulu saya ada sedikit menyesal sekolahkan anak integrasi islam kerana apabila saya kira-kira yuran pendaftaran tinggi.
Disebabkan kepadatan kelas Tahun 1 sangat tinggi, mencecah lebih 40 orang ke 50 orang untuk satu kelas di taman perumahan saya dan taman sebelah. Ia membuatkan kami risau tentang pembelajaran anak. Jadi kami pun berlapang dada untuk sekolahkan anak kami di sekolah integrasi islam. Mungkin ini yang terbaik Allah SWT susunkan perjalanan hidup kami.
Hmm nak tahu tak kami dah mula rapat dengan seseorang yang banyak sangat mengingatkan tentang selawat. Kalau dulu, selawatnya bila teringat saja.
Banyak perubahan baik terhadap kehidupan kami selepas kami ada kan masa untuk selawat. Antaranya, ketenangan hidup kami, perjalanan jadi cepat, sentiasa dipermudah urusan, kecukupan rezeki dan macam-macam hal baik berlaku. Semuanya dengan izin Allah SWT.
Saya tak ingat berapa saya selawat sewaktu perjalanan pulang ke Cheras dari Kg Kuban Ikan, sebab guna tasbih kayu. Sambil teman suami drive, sambil berselawat. Perjalanan sepatutnya mengambil masa 5 jam jika dilihat pada Google Maps tapi kami dapat sampai setelah 3 jam 45 minit saja. Hasrat kami untuk sampai sebelum Maghrib dipermudah Allah dan Allah tunaikan. Mulalah saya nak meleleh air mata, sasaya pendosa tapi Allah SWT tunaikan hasrat saya.
Boleh bayangkan ke macam mana kehidupan Ahli Selawat di alam sana nanti ? Ahli selawat yang dah bertahun-tahun selawatnya 10 k, 50 k ke atas setiap hari. Di dunia pun dapat merasai kemanisan berselawat, apatah lagi di Akhirat nanti. Moga kami semua juga menerima syafaat Rasulullah ๐คฒ๐ป
Saya pernah berdoa pada Allah sewaktu saya masih belum serius dengan bisnes Shaklee,
Ya Allah jadikan pekerjaan aku ini mendekatkan diriku kepada agamaMu dan kepadaMu ya Allah. Moga setiap langkahku sentiasa mendapat keredhaanMu.
Siapa sangka, dalam bisnes ini.
Saya banyak mengenal orang kaya tapi jiwa dan hidupnya begitu sederhana โค๏ธ
Berharta memang boleh membeli kelesaan, tetapi tidak dapat membeli kedamaian jiwa. Sebaiknya orang yang hidup sederhana tetapi penuh kesyukuran dan dekat dengan Allah boleh merasai kebahagiaan yang sebenar.
Saya kongsikan sedikit firman Allah Swt,
Terdapat kata-kata yang dinukilkan daripada para sahabat dan ulama
Daripada Abu al-Dardaโ R.A, katanya:
ุฅูุฐุง ุณูุฃูุชูู ู ุงูููููู ุญูุงุฌุฉู ูุงุจุฏูุคุง ุจุงูุตูุงุฉู ุนูููู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ููุฅูููู ุงูููููู ุฃูููุฑูู ู ู ููู ุฃููู ููุณูุฃููู ุญูุงุฌูุชููููู ููููููุถููู ุฅูุญูุฏูุงููู ูุง ููููุฑูุฏูู ุงููุฃูุฎูุฑูู
Apabila kamu semua ingin meminta kepada Allah sesuatu hajat maka mulakanlah dengan berselawat ke atas Nabi sallahu โalaihi wasallam kerana sesungguhnya Allah itu lebih Maha Pemurah daripada hanya mengurniakan salah satu hajat sahaja dan menolak yang lain apabila diminta dua hajat (daripada-Nya).
Selawat sebagai satu bentuk doa agar Allah mengurniakan rahmat dan kemuliaan kepada Rasulullah SAW akan diterima secara mutlak dan tidak akan ditolak.
Setiap impian dan hasrat kita inginkan akan dimakbulkan dengan rahmat Allah dan izin Allah, selagi kita berusaha dengan ikhlas, berdoa dengan penuh pengharapan dan bertawakal kepada Nya.
Terima kasih banyak kenalan kami mengajar kami mencintai Allah dan Rasulullah. Moga setiap selawat yang kita baca menjadi asbab kita mendapat syafaat Rasulullah di akhirat.
Terima kasih juga sahabat Shaklee, pengguna Shaklee yang setia memilih dan menggunakan produk Shaklee melalui kami ๐ย Moga Allah SWT kurniakan kesihatan yang lebih baik untuk beribadah dan lancar mencari rezeki. Moga rezeki dari Shaklee ini mendapat keberkahan Allah SWT.
Saya kongsikan beberapa doa untuk persediaan anak sekolah di TikTok.