Orang yang malas sahur ini patut ke supper? Patut je supper jadi alternatif. Sebab bila tak makan sahur, tak supper..macam mana badan nak hasilkan tenaga untuk aktiviti sepanjang berpuasa. Tapi, sedihnya..supper tetap tak boleh ganti sepenuhnya kebaikan sahur. Sahur ada keberkatan Rasulullah SAW anjurkan.
Rasulullah SAW bersabda, Sahurlah kamu semua, sesungguhnya sahur itu ada keberkatan. (Riwayat Al Bukhari 1923, Muslim 1095).
Rasulullah SAW bersabda, Perbezaan antara puasa kita (orang Islam) dengan puasa ahli kitab adalah dengan makan sahur.sahur. (Riwayat Muslim 1096)
Kalau memang nak supper, pastikan supper kita sebiji dengan sahur. Supper strategik.
Lepas supper, niatkan untuk bangun sahur juga tau :)
Walaupun sahur dengan kurma dan minum air kosong, itu pun dah cukup untuk mendapat keberkatan dari Allah SWT.
Supper Strategik :
✅️ Makanan tinggi protein, serat dan lemak baik.
Makanan begini akan membuatkan kenyang lebih lama, berbanding makanan tinggi karbohidrat seperti roti canai, mee, spagheti, roti john akan membuatkan cepat lapar.
✅️ Minuman berkhasiat seperti air kosong, air elektrolit kekal hidrasi dan simpan air di dalam badan.
✅️ Makan kurma.
Tak larat bangun sahur sebab mengantuk, jangan lupa bangun lewat sebelum azan Subuh, minumlah air kosong dan makan kurma sekejap ya :)
Belle | Wassap
Related Posts:
Anak tak selera sahur. Anda cuba ini untuk persiapan anak puasa bertenaga
Performance Drink Kekal Hidrasi Ketika Puasa, Menunaikan Haji Cuaca Panas
Anak tak selera sahur. Anda cuba ini untuk persiapan anak puasa bertenaga
Set Puasa Shaklee Untuk Sahur Ramadan
Risau susu ibu makin sikit, letih ketika berpuasa. Ikut tips bertenaga ini