Kerja yang kita kerjakan untuk keluarga jika kita niatkan kerana Allah dikira sebagai ibadah.
Ada di bahagian eksekutif, korporat, pengajar, bisnes online dan sebagainya.
Dari dulu lagi saya berdoa moga pekerjaan saya ini dapat dekatkan diri saya lagi dengan keluarga, agama dan Allah.
Tak lama pun saya kerja bahagian akaun, tapi dari zaman praktikal lagi susahnya saya..bila solat sangat rushing, balik malam dan waktu bersama keluarga dan menghadap Allah sangat sikit...sangat sikit.
Sebetulnya kejayaan sebenar kita ini adalah seimbangkan antara kerja dunia dan hubungan dengan Allah.
Entah bagaimana Allah jodohkan saya dengan suami yang mahukan saya banyak berada di depan anak-anak dan keluarga.
Kemudian tiba-tiba terbuat bisnes Shaklee yang satu masa dahulu saya pun tak minat. Banyak juga jumpa orang baik dari susur galur tak sama tapi banyak mencurahkan ilmu dan dedikasi secara percuma 😮
Rezeki jumpa dengan orang baik.
Rezeki bisnes depan mata keluarga dan anak-anak.
Rezeki jumpa dengan orang yang mengingatkan perkara baik.
Rezeki dapat bantu orang lain mendapatkan kesihatan yang lebih baik dari sebelum ini (dengan izin Allah).
Sekarang ini saya dapat kedua-duanya. Dapat menjaga dan mendidik 3 puteri kecil saya, dapat dekatkan diri dengan kenalan yang banyak mengingatkan saya dengan agama dan Allah, memandangkan saya hamba pendosa dan selalu lupa.
Kalau buat bisnes dan kerja saja memang memenatkan fizikal dan mental. Tapi bila ikhlas untuk keluarga diniatkan kerana Allah, semuanya jadi lebih mudah dan menenangkan jiwa.
Belle | ID : 1194529
Coretan saya sempena hari kelahiran hari ini hehe.
Makin tua.
Moga makin tua seperti padi, makin berisi makin tunduk --
Moga ilmu, kerjaya, kejayaan dan rezeki kita perolehi menjadikan kita lebih rendah hati, lebih dekat dengan Allah dan lebih bermanfaat kepada keluarga dan orang lain. ♡♡♡
#projekbest #bisnesonline #kerjakeranaAllah #kerjauntukkeluarga #bisnesshaklee #fulltimeshaklee #parttimeshaklee #pengedarshakleemalaysia #pengedarshakleebrunei #pengedarshakleecheras #pengedarshakleeampang #pengedarshakleebangi #pengedarshakleepetalingjaya