Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu

LinkInstagramFacebook

Minggu lepas Alhamdulillah beruntung kami peserta Blog Mega Shaklee diberi peluang belajar dari seorang scientist Nutraceuticals Tempatan, Prof Dr Redza. Antara topic adalah Autophagy. Jadi di sini saya akan kaitkan dengan Intermittent Fasting yang seakan fenomena sekarang ini dikalangan yang ingin dapatkan kesihatan yang baik dan tak lupa juga yang nak kurus.

Dalam pada banyak kebaikan Intermittent Fasting ini, perlu digusarkan ia juga membawa kepada keburukan tanpa kita sedari. Saya nak kongsikan beberapa keburukan Intermittent Fasting yang ramai tak tahu.

Antaranya :

1. Rasa Lapar Yang Membuak-Buak

Semua orang tahu inilah cabaran bagi mereka yang obesiti atau yang sudah biasa makan banyak. Rasa lapar ini keterlaluan dari biasa kerana menahan diri dari nak makan. Yang paling sukar dilakukan adalah penggemar makan lewat tengah malam. Paling minima untuk menahan diri dari lapar adalah 12 jam sehari. Dan boleh dilakukan sehingga 16 jam, 18 jam, dan 72 jam lamanya.

Apa yang penting untuk dibekalkan masa Intermittent Fasting ini adalah dengan ilmu dan panduan khusus yang sihat.  Sebab apa? Dengan ilmu dan cara yang betul, kita dapat ambil langkah ambil makanan yang bernutrisi yang mampu kenyangkan diri, dapat kawal hormon leptin (hormon kenyang) dan reverse insulin resistance.

Makanan tinggi gula ini meningkatkan insulin, dan tak memberi kenyang bernutrisi pun.

Dr Redza memperincikan dengan makanan yang tinggi gula ini dapat meningkatkan insulin. Bila badan dah tak perlukan energy, lebihan insulin akan tersimpan lama dalam hati sebagai glycogen. Lebihan glycogen ini akan tersimpan sebagai lemak. Makan lah banyak macam mana pun, ia mengganggu leptin effect untuk beri kepuasan kepada rasa kenyang. Dan akhirnya mereka akan sentiasa craving untuk makan dan makan lagi.

2. Sentiasa penat dan tidak bertenaga

Dalam tempoh Intermittent Fasting, ada yang tidak berilmu akan mengambil diet yang salah. Contohnya, mereka akan lebih memilih spagheti berbanding nasi putih. Ketahuilah, spagheti itu mempunyai gluten dan makanan tinggi proses. Spaghetti tiada nutrisi terkandung dalamnya. Jadi mereka takkan dapat micronutrients dan macronutrients yang baik untuk proses nak kurus dan sihat ini.

Bila tidak cukup zat, badan akan beri signal penat dan lemah tidak bertenaga. Risau je hangat-hangat tahi ayam je impian untuk berpuasa basah ni! (Intermittent Fasting). Disebabkan dengan amalkan diet pemakanan yang salah ni. Dalam tempoh eating window, kita perlukan nutrisi seperti vitamins, minerals, protein, fiber, karbohidrat.

Kalau nak tahu, kita perlukan 100 gram karbohidrat dan pilihlah karbohidrat yang berkualiti seperti nasi lemak untuk dapatkan tenaga dan sumber energy untuk otak. 

3. Tahap Collagen Semakin Merosot dan Berkurangan Sebanyak 90%

Collagen sangat penting untuk struktur kulit, rambut, organ dan tulang sendi

Jika kita perasan, banyak yang obesiti bila mengalami penurunan berat badan akan mempunyai lebihan kulit dan kulit yang kendur dan berkedut. Selain itu, kulit mereka juga menjadi semakin kering, rambut gugur dengan banyaknya, masalah sendi yang semakin bertambah, osteoporosis (keadaan kehilangan kepadatan tulang)  dan payudara kurang anjal.

Ini bermakna collagen badan pun berkurangan sebanyak 90%. Masalah ini timbul bila kurangnya nutrisi semasa berpuasa basah, kurangnya elemen elastin, ceramide, hyaluronic acid dan antioksida seperti Vitamin C, Vitamin E.

Beri perhatian untuk lengkapkan dengan makanan bernutrisi, supplement terbaik, dan collagen supplement. Pastikan collagen yang anda ambil adalah yang beyond organic dan bukanlah sintetik, mengandungi gluten atau yang boleh beri kesan alahan yang lebih teruk.

Dengan pengambilan collagen Shaklee, pengguna dapat perbaiki struktur kulit lebih baik. Kurang jerawat, tona lebih sekata.

Autophagy Ketika Intermittent Fasting

Autophagy ini boleh dicapai apabila kita berpuasa lebih dari 18 jam. Dan memerlukan lebih kurang 3 hari untuk aktifkan autophagy ni semasa berpuasa basah (IF). Haaa apa benda autophagy ini? Proses Autophagy akan memecahkan protein dan komponen yang telah rosak dan menggunakannya semula untuk menghasilkan tenaga. Autophagy dapat membantu badan kita Detox, Renew and Cleanse body.

Nak senang faham, mekanisme autophagy ini membantu

membersihkan diri dari sel-sel yang dah tua

dan dah rosak seperti cancer, penyakit inflamasi,

aging skin and bones supaya dapat membentuk

sel-sel yang baru yang lebih sihat.


(Ia akan meningkatkan kemampuan sel untuk kerosakan yang dah berlaku dalam badan).

Manfaat Autophagy, antaranya :

BONUS !

Dalam kajian banyak mendapati amalan berpuasa dan pengambilan Resveraterol sangat bermanfaat dalam mencapai autophagy, prevention and treatment of cancer. Resveraterol ini boleh dijumpai dari makanan yang bernutrisi seperti anggur, purple carrot, elderberry untuk kita dapatkan tenaga badan dan otak.

Dr Redza juga berkongsi kepada kami ada beberapa jenis supplements Shaklee dan sumber makanan yang kita boleh amalkan semasa berpuasa untuk aktifkan autophagy. Resveraterol dan Astaxanthin adalah sejenis polifenols.

Dah tak perlu pening kepala nak cari yang lain. Semua bahan poliphenols yang berkualiti tinggi dah ada di dalam 1 botol Vivix, hasil scientist Pemenang Noble Award "Telomere", Prof Dr Elizabeth Blackburn. Dr Elizabeth dapat develop  Vivix awal yang sangat memberi manfaat kerana mengandungi tinggi antioksida, anti inflamasi dan anti angiogenesis.

Beliau menerangkan Vivix mengandungi resveraterol yang boleh mangaktifkan proses autophagy dengan lebih lancar. Manakala, CoQ-Trol Plus mengandungi Coenzyme Q10 yang dapat mengawal selia autophagy. So bila ada masalah sukar tidur lena, 2 supplements bernutrisi ini sangat membantu tidur yang lebih lena.

Dalam surat al-Baqarah ayat 184, ALLAH berfirman,

"Maka barang siapa di antara kamu sakit atau dalam perjalanan (lalu tidak berpuasa), maka (wajib mengganti) sebanyak hari (yang dia tidak berpuasa itu) pada hari-hari yang lain. Dan bagi orang yang berat menjalankannya, wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin. Tetapi barang siapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itu lebih baik baginya, dan puasa mu itu lebih baik bagi mu jika kamu mengetahui." 

Intermittent Fasting ini adalah puasa yang diketengahkan oleh mereka yang bukan Muslim. Jadi Intermittent Fasting dan Berpuasa bagi orang Muslim ini kedua-duanya membawa kepada kebaikan kepada kita, termasuklah memperbaiki sel-sel rosak selain manfaatnya untuk kurus.

Namun begitu, seperti Dr Redza katakan, Allah S.W.T dan Nabi Muhammad sudah buktikan yang autophagy dapat di aktifkan dengan cepat bila puasa kering (puasa Sunat dan puasa Ramadan). Ini dapat memberi signal kepada cellular cells to reset.

Puasa kering (Puasa sunat dan puasa Ramadan) Up 3 times more autophagy

Nasihat saya untuk semua, bersederhanalah dalam setiap perkara.  Berpuasa lah dengan cara bijak berilmu dengan pastikan semua vitamin, minerals, protein diambil secukupnya agar matlamat utama berpuasa untuk lebih sihat ini berkesan seperti yang kita inginkan tanpa memudaratkan badan kita.


#blogmegashaklee

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

LinkInstagramFacebook

Dapatkan PANDUAN MAKAN YANG BERKESAN , RESULT YANG BERKESAN 

dan SET INTERMITTENT FASTING dari saya,

mengikut bimbingan dan ilmu dari saintis dan doktor.

Hubungi saya Belle Arshad >> klik di sini