Kita semua pernah tengok pelajar yang duduk diam, mata pandang luar tingkap, tangan pegang pen, tapi satu baris nota pun tak ditulis.
Cikgu panggil nama, baru tersentak. Bila tanya soalan, jawab lambat atau geleng kepala. Bila keluar keputusan peperiksaan pula markah bawah garisan. Kecewa ibu, ayah dan guru.
Malas sangat ke ? Tak minat belajar ke ?
Harap kita janganlah cepat menghukum mereka. Banyak kemungkinan yang berlaku disebalik wajah kosong dan termenung tu.
1. Otak Serabut, Banyak Fikir
Banyak masalah keluarga dan selalu tertekan kerana dimarahi oleh ibu ayah mereka. Otak mereka jadi tepu dan bertambah serabut. Susah mereka nak menerima ilmu apabila hati berat dan banyak berfikir masalah.
2. Banyak Makan Tinggi Gula, Makanan
Baru saja kelas bermula, mereka dah mengantuk dan hilang fokus semasa pembelajaran. Kajian demi kajian dah buktikan diet tinggi gula fruktosa merosakkan sambungan antara sel otak dan melambatkan pemprosesan maklumat (Kajian dari UCLA - University of California).
Kajian dari University of São Paulo pula mendapati pelajar yang ambil makanan proses secara berlebihan seperti sosej,nugget keropok, air gas dan mi segera lebih cenderung mengalami fokus yang lemah dan masalah mood.
Jadi, elakkan terlalu kerap pelajar dan anak-anak makan makanan tinggi gula dan proses. Adukan ke pihak sekolah sekiranya ada kantin yang jual makanan yang sebegini dan jauh dari real food.
3. Tak Nampak Arah Tuju
Ada pelajar yang belajar sekadar hadir ke kelas. Tak tahu nak jadi apa. Tak tahu kenapa kena skor A dalam peperiksaan.
Bila tak ada matlamat, belajar pun jadi tak semangat. Itu yang ada masa untuk termenung...
Kalau ada pelajar atau anak-anak yang termenung dan corot dalam peperiksaan. Jangan terus mebandingkan dan marah. Selami apa kata mereka dan cari solusi untuk mereka. Mereka juga harapan ibu ayah mereka. Mereka juga boleh cemerlang dengan cara tersendiri kan.
Sedikit perkongsian,
Selain mengambil makanan yang penuh nutrisi dengan hidangan protein, sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang.
Masukkan juga suplemen Omega Guard untuk mereka.
Omega Guard adalah minyak ikan yang tinggi EPA DHA 800 - 900 mg setiap hidangan. Omega Guard ini bantu tingkatkan fokus dan ingatan mereka kerana dalam kajian EPA DHA yang tinggi dapat membantu dalam perkembangan minda.
Kalau dulu, ibu ayah banyak beri kod ikan kepada anak. Kali ini, Omega Guard ini pilihan terbaik kerana kandungannya lebih 90% adalah minyak ikan EPA DHA dan bukanlah semata-semata-mata fillers atau mengandungi merkuri. Ia sangat selamat diambil setiap hari.