Tiap kali result SPM diumumkan, mesti ada je nama pelajar sekolah agama tersenarai antara yang cemerlang. 9A, 10A, 11A, siap ada yang straight A semua subjek termasuk tasawwur dan bahasa Arab tinggi !
So, apa rahsia mereka? Apa yang buat pelajar sekolah agama ni steady je skor tinggi?
1. Hidup Teratur Dan Berdisiplin
Jadual mereka sangat tersusun dan penuh dari pagi sampai malam. Sama je seperti sekolah aliran biasa, kelas bermula awal, prep..tapi tambahan dengan kelas pengajian agama dan hafazan. Mereka perlu menghafaz 30 juz al quran dan automatik jadi fokus dan teratur. Otak pun terlatih untuk belajar dalam suasana tenang, ikut time line.
2. Ilmu Dunia Akhirat Seimbang
Mereka bukan saja perlu belajar akademik seperti Fizik, Biologi, mereka juga belajar hadis, al quran sunnah, hukum fiqh, bahasa arab tinggi.
Gabungan ilmu dunia dan akhirat ini bagi keseimbangan emosi dan spiritual. Mereka sentiasa dekatkan diri mereka dengan Allah dalam setiap perkara termasuk mendengar alunan al-Quran ketika ulangkaji di prep, selepas waktu formal belajar. Bila tenang, belajar pun mudah masuk kan.
3. Budaya Saing Yang Sihat
Kawan-kawan banyak pengaruh positif, ulangkaji dalam halaqah. Mereka ini membentuk circle yang baik dan membina. Sehinggakan memberi pengaruh yang lain untuk memperbanyak kerjakan solat sunat selain solat fardhu berjemaah.
Cemerlang SPM bukan semata-mata kerana pandai. Tapi kerana disiplin, sokongan, suasana, kekuatan jiwa mendekatkan diri kepada Allah.
Belajar kerana Allah, in shaa Allah hasil pun jauh luar biasa.
Sedikit perkongsian, untuk kuatkan ingatan dan lebih fokus ketika belajar..pelajar perlu amalkan Omega Guard iaitu minyak ikan Omega 3 gred farmaseutikal.
Ia juga bantu kawal tekanan menjelang peperiksaan, SPM.