Ramai terlepas pandang bahawa ketenangan sebenar itu bukan dari pencapaian besar atau material semata-mata. Tetapi dengan cara kita mengurus fikiran dan hati. Tak perlu cakap orang lain lah, tanggapan saya selama ini juga salah.
Tahun baru ini azam saya untuk mencari ketenangan hati supaya hidup lebih bahagia :)
Terima kasih Abang Ezwen ambil gambar kami hehe.
Bukanlah hidup tanpa masalah. Tapi lebih berjiwa sabar dan fikiran yang positif dalam hadapi ujian masalah.
Rasa lebih damai, tak tertekan dan bersyukur walau apa pun keadaan berlaku.
Firman Allah Surah Ar-Ra'd Ayat 28.
Ketahuilah, dengan mengingati Allah hati menjadi lebih tenang".
1. Memperbaiki Hubungan Dengan Allah
Memastikan solat fardhu di awal waktu dengan penuh khusyuk, perbanyakkan amalan sunat yang lain.
Membiasakan diri zikir dan mengingati Allah dalam apa jua keadaan. Berdoa bukan hanya untuk meminta tetapi sebagai tanda syukur dan kebergantungan kepada Allah.
Usaha untuk menghafaz surah-surah setiap hari. Banyakkan membaca Al-Quran.
Menghadiri kelas agama dan mendekatkan dengan orang Alim untuk memperkaya pemahaman agama.
2. Mengurus Emosi Dengan Bijak
Memaafkan orang dan melupakan kesilapan yang mereka lakukan supaya tidak berdendam. Berdendam ini suatu bebanan yang perlu kita bawa ke mana-mana dan hanya akan burukkan hati sendiri.
Rasulullah bersabda, "Orang yang kuat bukanlah yang pandai bergusti, orang yang kuat adalah yang pandai menahan amarahnya ketika marah". (Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Melatih diri bersabar dan pandang sisi yang baik dan hikmah setiap ujian masalah yang berlaku.
3. Mempraktikkan Syukur Dan Mindfulness.
Merenung setiap nikmat yang Allah kurniakan untuk rasa lebih syukur dan hargai setiap apa yang kita ada.
Melihat setiap kebaikan yang Allah dah tetapkan untuk kita.
4. Mencari Keseimbangan Hidup
Jangan pernah abaikan ibadah, keluarga dan diri sendiri.
Luangkan masa buat hobi dan berehat. Mendidik fikiran kita lebih berfikir secara rasional dan gembira.
5. Menjaga Kesihatan
Mendapatkan tidur yang cukup perlukan tidur awal. Elakkan tidur lambat kerana ia akan mempengaruhi mood pada esoknya dan akan jejaskan kesihatan hari demi hari.
Ambil makanan yang bagi nutrisi untuk keperluan badan setiap hari. Aktif berjalan dan berjalan untuk menghargai anggota badan yang Allah yang kurniakan.
Semoga kita tidak lagi terperangkap dalam kerisauan atau tekanan yang sepatutnya kita fikirkan. Keputusan yang diambil akan lebih bijak, hubungan dengan manusia makin baik dan hubungan dengan Allah SWT dapat dieratkan.
Apabila hati kita tenang, hidup kita akan lebih ringan dan bahagia.