Di awal trismester mengandung ni, banyak info dan ilmu mengenai kehamilan yang perlu kita ambik tahu especially first time moms yang serba tak tahu. Macam-macam lah perkara yang di google, tanya pada yang dah berpengalaman atau join class ilmu supaya pregnancy journey ini lebih lancar dan memudahkan.

Ditulis Belle Arshad, Ahad 10 September 2023

3 Keperluan Wanita Mengandung

1. Pilih Makanan Yang Sihat Dan Cukupkan Nutrisi

Wanita mengandung ini perlu ambil berat tentang kecukupan vitamin dan mineral dalam tubuh badan kerana ia penting untuk pembentukan dan perkembangan bayi yang sihat dan untuk kesihatan diri ibu itu sendiri semasa kehamilan. Wanita mengandung yang sihat melahirkan bayi yang sihat.

Hat-hati!! Bila tak jaga pemakanan atau kekurangan nutrisi, banyak komplikasi boleh berlaku seperti:

Ambil makanan yang tinggi kandungan zat besi, kalsium, vitamin  D, vitamin B termasuk dengan folic acid dan vitamin C.

Doktor akan menasihatkan untuk mengambil complete meal yang ada sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna warni, minuman susu, daging dan ayam tanpa lemak, ikan, kekacang dan air yang secukupnya.

Kalsium : Susu, keju, produk kacang soya, sayur-sayur-sayuran hijau seperti bayam

Zat besi : hati, daging tanpa lemak, kekacang, roti yang ada zat galian

Vitamin A : susu, telur, lobak merah, kacang buncis

Vitamin B kompleks : ikan, daging tanpa lemak, salmon, tahu, sayur-sayur-sayuran hijau, yogurt

Vitamin C : jambu, limau, oren, betik, buah naga, anggur, kiwi, strawberi

Asid folik : hati, sayur-sayuran, kekacang

Sekiranya diet pemakanan harian anda tidak lengkap dengan makanan sihat, anda perlu ambil makanan tambahan dan supplement yang selamat dapat membantu jurang nutrisi seperti Set Wanita Mengandung.

2. Bersenam Dan Bergerak Aktif

Wanita mengandung ini perlu menjaga kesihatan mental dan fizikal dengan bersenam dan bergerak aktif. Disarankan untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari dan tidak buat kerja yang terlampau berat sehingga boleh membebankan bayi dalam rahim.

Trismester 1 (1-3 bulan)

Trismeter 2 (4-6 bulan)

Trismeter 3 (7-9 bulan)

Ingat ya, bergerak aktif ini dapat memudahkan untuk anda bersalin normal dan mudah bersalin. Pastikan lakukan gerakan yang tidak akan memudaratkan anda dan bayi. Kalau anda rasa sakit semasa dan selepas lakukan senamam atau lakukan kerja, tolong berhenti dan elakkan senaman itu.

Hormon wanita mengandung ini memang ada kalanya membuatkan mood tak baik, banyak berfikir. Tapi, gaya hidup sihat ini dapat mengubah segalanya kepada lebih positif, meningkatkan mood lebih baik dan kesihatan mental yang baik.

3. Berdoa Supaya Urusan Mengandung Dan Bersalin Dipermudah Allah

Amalkan doa dan surah ibu mengandung ini supaya urusan kesihatan dan perjalanan semasa mengandung dan bersalin ini dipermudah Allah. Kerana Allah sahajalah yang berkuasa dan tempat kita berlindung.

1. Surah Al Fatihah

Untuk menerangkan hati dan daya ingatan.


2. Surah Maryam

Untuk memperoleh anak yang sabar dan taat. Dan memudahkan ibu bersalin.


3. Surah At Taubah

Untuk membersihkan jiwa dan memelihara daripada maksiat.


4. Surah Yusuf

Anak dilahirkan cantik paras rupa dan cantik akhlaknya.


5. Surah Al Fatihah, 3 Qul : Surah Al Ikhlas, An-nas, Al Falaq dan Ayatul Kursi

Baca sebelum tidur agar kandungan dilindungi.


6. Surah Yaasin

Untuk ketenangan dan ketenteraman jiwa. Anak tidak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan dan maksiat.


7. Surah Luqman

Anak yang cerdik akal dan terang hati.


8. Surah Al-Nahl (Ayat 78)

Anak dilahirkan itu rajin dan berdisiplin.


9. Surah Al-Imran (Ayat 38)

Untuk mendapatkan zuriat yang soleh dan solehah.


10. Surah Al-Hujurat

Memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat hati-hati.


11. Surah Al-Imran (Ayat 8-9)

Memohon rahmat.


12. Surah Al-Imran (Ayat 192-194)

Memohon keampunan Allah.


13. Surah Ibrahim (Ayat 40-41)

Anak dilahirkan tetap mengerjakan solat.


14. Surah Al-Baqarah (Ayat 128)

Anak patuh kepada perintah Allah.


15. Surah Al Furqan (Ayat 74)

Dikurniakan zuriat anak yang menyenangkan hati.

Untuk dapatkan vitamin set wanita mengandung, anda boleh dapatkan daripada saya Belle Arshad. Saya mengandungkan ketiga-tiga anak saya dengan mengamalkan Set Wanita Mengandung. Hasilnya, alhamdulillah...


Alhamdulillah. Saya akan beri konsultasi percuma dan aturcara makan vitamin  :) supaya anda juga dapat kesan yang baik sepanjang mengandung sehingga dapat melahirkan pada waktunya in shaa Allah.


Belle

010-567 1157 

010-567 1157 


#nextlevelblogging

#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#testimonishaklee

#pengedarshakleemalaysia

#pengedarshakleecheras


Baca topic lain juga :