Kalau sebelum ni ESP Vanilla dah jadi legend dan ia antara protein soya terbaik di pasaran. Tapi sekarang, ESP datang dengan perisa baru yang menyegarkan, STRAWBERRY! 🍓 ESP STRAWBERRY.
Bukan saja sedap, tak muak, tapi penuh nutrisi dan masih mengekalkan khasiat lengkap yang sama hebat. Dalam blog kali ini, Belle akan bongkar kenapa ESP Strawberry Shaklee ini patut masuk dalam rutin harian and, lebih-lebih lagi kalau anda wanita sibuk, ibu bekerja, pelajar yang perlukan tenaga dan fokus setiap hari atau anak yang selalu skip makan berat.
ESP atau Energizing Soy Protein ialah minuman nutrisi berasaskan protein soya non GMO (tidak diubah secara genetik) yang diiktiraf antara yang terbaik di dunia.melalui program Identity Preserved Program (IPP) dari biji benih hingga produk akhir dikawal kualitinya.
Banyak produk lain menggunakan soya GMO (diubahsuai secara genetik) yang boleh menjejaskan kesihatan jangka panjang dan mungkin mengandungi kesan sisa racun perosak. Terdapat kebimbangan awam dan beberapa kajian yang kaitkan pengambilan GMO secara berlebihan atau berpanjangan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti alergi, masalah jangka panjang fungsi kognitif, mood & sistem saraf, keradangan & gangguan sistem imun, masalah kesuburan & hormon, dan masalah kerosakan DNA & pertumbuhan sel tumor.
Jadi, pilihlah non GMO soya yang ada kajian dan landmark study untuk kesihatan dan keselamatan jangka masa panjang anda.
Varian Strawberry ni masih mengekalkan nutrisi asal ESP tapi dengan rasa strawberi semula jadi, sesuai untuk anda yang suka kelainan.
Bakal launch : ESP Strawberry, ESP Chocolate.
ESP Vanilla masih kekal dan bertambah peminatnya, kerana rasanya yang lebih sedap creamy.
Protein soya dicecah perlahan oleh tubuh menyebabkan tenaga dilepaskan secara berterusan. Ini membantu mengelakkan lapar cepat dan menyokong pengurusan berat badan dengan lebih efektif. Sangat sesuai untuk yang bekerja, pelajar, anak yang skip makan, warga emas, ibu hamil, ibu berpantang dan suri rumah juga kerana ia memberi tenga yang berpanjangan dan rasa kenyang yang lebih lama.
Protein berkualiti tinggi membantu tubuh membina dan memperbaiki sel, termasuk sel kulit, otot dan organ. Proses pembaharuan sel jadi lebih efisien untuk kulit lebih anjal dan sembuh daripada parut atau luka lebih cepat.
Pengambilan protein soya > 25 g sehari secara konsisten terbukti membantu menurunkan paras LDL tanpa menjejaskan HDL anda meskipun bukti klinikal terkini agak bercampur, tetapi FDA AS masih membenarkan tuntutan tersebut sejak 1999.
Isoflavon dalam soya juga dikaitkan dengan manfaat mengawal hormon dan menyokong kesihatan vaskular.
Anderson JW et al. (1995). “Meta-analysis of the effects of soy protein intake on serum lipids.”
➤ New England Journal of Medicine.
Isoflavon seperti genistein & daidzein bertindak sebagai fitoestrogen yang boleh membantu mengimbangi hormon wanita, menjadikan ia pilihan untuk wanita menopause, ibu hamil dan menyusu. Ia juga menyokong kesihatan prostat bagi lelaki.
Kajian meta-analisis menunjukkan bahawa suplementasi protein soya memberikan peningkatan yang setanding dengan whey protein dalam pertambahan kekuatan otot dan jisim otot (lean body mass), terutamanya apabila dos leucine disamakan.
Selain itu, kajian sistematik menyatakan pengambilan protein soya dalam latihan fizikal boleh meningkatkan keupayaan atletik, daya tahan, dan mempercepat pemulihan selepas senaman intensiti tinggi.
ESP Shaklee mempunyai indeks glisemik (GI) rendah iaitu 39, menjadikannya pilihan terbaik untuk tenaga yang stabil dan tahan lama. Makanan rendah GI bantu elak lonjakan gula darah, sesuai untuk pesakit diabetes, mereka yang nak kurus atau elak cepat lapar. Protein soya dalam ESP juga bantu kawal nafsu makan dan beri rasa kenyang lebih lama. Kajian dari Harvard menyokong diet rendah GI dapat kurangkan risiko diabetes dan penyakit jantung.
ESP tinggi dengan sumber kalsium yang bantu menguatkan otot dan tulang.
🔹 Membantu bina dan pembentukan otot, kuku, rambut, dan organ-organ.
Sangat bagus diambil untuk ibu hamil kerana kandungan amino asid membantu dalam pembentukan otot bayi.
🔹 Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.
Sangat bagus diambil untuk ibu berpantang kerana ESP membantu meningkatkan dan meningkatkan susu ibu. Susu ibu yang dihasilkan juga lebih berkualiti kerana kandungan ESP yg bernutrisi.
🔹 Membantu mengurangkan masalah gastrik.
Bagi yang mempunyai masalah gastrik, ESP bantu beri rasa kenyang yang lebih lama, bantu kurangkan risiko gastrik dan masalah angin. ESP juga bantu baiki sel dinding perut yang rosak disebabkan oleh hakisan asid pada dinding perut.
🔹 Mencantikkan kulit, memudarkan parut jerawat dan jeragat, mencerahkan kulit wajah.
ESP bantu memberi kesihatan kulit lebih baik secara menyeluruh jika diambil secara konsisten dan berterusan. Dicadangkan untuk mengambil bersama Vitamin C Shaklee untuk kesan yang lebih optimum.
🔹 Membantu dalam penurunan berat badan yang berlebihan.
ESP sangat bagus bagi yang mahu menurunkan berat badan kerana kandungan glisemik indeks rendah iaitu 39, ia bantu memberi rasa kenyang, mengurangkan rasa lapar keterlaluan. Boleh ambil sebagai sarapan.
Berbeza dengan kebanyakan produk lain, ESP tidak diproses dengan alkohol atau suhu tinggi, yang penting untuk mengekalkan:
Struktur protein supaya tidak rosak
Kandungan isoflavon semulajadi (genistein & daidzein) dalam soya, yang penting untuk hormon, antioksidan dan kesihatan jantung
PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) adalah skor piawai WHO untuk menilai kualiti protein.
ESP Shaklee mendapat skor maksimum 1.0, sama taraf dengan telur dan susu, menunjukkan ia:
Mengandungi semua 9 asid amino penting
Mudah diserap dan digunakan oleh tubuh
Banyak protein lain (terutamanya dari tumbuhan) tidak mencapai skor ini.
ESP Shaklee mempunyai GI rendah, jadi ia:
Tidak menyebabkan lonjakan gula secara mendadak
Sesuai untuk penghidap diabetes atau sesiapa yang ingin kawal berat badan
Memberi tenaga yang tahan lama, tidak cepat lapar seperti minuman manis atau karbohidrat ringkas
Berbeza dengan kebanyakan protein shake lain yang tinggi gula tersembunyi atau GI tinggi.
Setiap hidangan ESP juga mengandungi:
Kalsium tinggi (~500mg) – baik untuk tulang dan otot
Vitamin B lengkap (B1, B2, B6, B12) – bantu tukar makanan kepada tenaga
Zat besi & magnesium – untuk fungsi darah dan otot
Protein lain selalunya hanya fokus pada protein tanpa nutrien tambahan.
Disahkan HALAL (ISA, disahkan JAKIM)
Telah melalui lebih 100,000 ujian kualiti & keselamatan setiap tahun
Bebas pewarna, perisa & pengawet tiruan
Shaklee adalah satu-satunya syarikat suplemen yang melakukan kajian landmark klinikal jangka panjang ke atas pengguna tetap
ESP datang dengan perisa vanilla klasik dan terbaru, STRAWBERRY!
Tidak terlalu manis
Tidak berbau soya mentah yang kuat seperti sesetengah protein lain
Mudah dibancuh dengan susu almond, susu fresh, smoothie, kurma dll.
ESP Shaklee telah diperkenalkan oleh Shaklee sejak tahun 1961 dan telah menjadi salah satu produk signature yang paling lama bertahan dan dipercayai.
Kajian Landmark STudy dari 3rd party yang tiada kaitan dengan Shaklee, Dr. Gladys Block (University of California, Berkeley) selama 20 tahun yang membandingkan kumpulan pengguna Shaklee (yang mengambil suplemen selama lebih 20 tahun) dengan kumpulan lain yang tidak mengambil sebarang suplemen.
Antara penemuan utamanya menunjukkan bahawa:
Pengguna Shaklee mempunyai penanda aras kesihatan yang lebih baik secara keseluruhan.
Mereka mempunyai tahap kolesterol, tekanan darah, dan paras trigliserida yang lebih rendah.
Mereka juga mempunyai tahap vitamin, mineral, dan antioksidan dalam darah yang jauh lebih tinggi berbanding kumpulan yang tidak mengambil suplemen.
Kajian ini membuktikan bahawa produk Shaklee, apabila diambil secara konsisten untuk jangka masa panjang, boleh memberikan impak positif yang signifikan kepada kesihatan. Kerana kajian ini dijalankan oleh pihak luar yang bebas, ia memberikan bukti yang kukuh dan dipercayai tentang keberkesanan produk. Ini membezakannya daripada tuntutan produk lain yang mungkin hanya disokong oleh penyelidikan dalaman syarikat sendiri.
Belle lebih selesa pilih produk seperti ESP Shaklee yang menggunakan protein soya Non-GMO kerana:
Lebih semula jadi
Bebas bahan kimia berbahaya
Selamat untuk jangka masa panjang
Tidak mengganggu sistem hormon
Walaupun GMO dianggap “selamat” oleh sesetengah pihak, risiko jangka panjang masih menjadi perdebatan. Jika ada pilihan, Belle pilih produk Non-GMO untuk elakkan:
Alergi
Gangguan hormon
Masalah kesuburan
Risiko keradangan dan kanser
Prevention is better than cure, betul tak?
Vitaminbelle bersedia membantu anda dapatkan:
💬 Konsultasi pemakanan & suplemen mengikut gaya hidup
🧬 Cadangan produk berasaskan kajian saintifik & bahan semulajadi
🧘♀️ Sokongan fizikal dan mental untuk ibu yang ingin kembali fokus & gembira
📲 Nak order? Klik sini untuk WhatsApp saya
Saya Nak ESP STRAWBERRY SHAKLEE
Saya Nak ESP STRAWBERRY SHAKLEE
Saya Nak ESP STRAWBERRY SHAKLEE
📦 Penghantaran ke seluruh Malaysia!
🎁 Konsultasi & follow-up PERCUMA lepas pembelian
Nabilah, ID KEAHLIAN : 1194529
Pengguna Setia Sejak 2010
Banyak membantu kesihatan orang lain lebih baik dengan penggunaan vitamin Shaklee dan fitonutrien dan gaya hidup yang sihat.
DENGAN IZIN ALLAH