Menyusukan anak memang pengalaman yang sangat indah, penuh kasih sayang dan lebih bonding time. Tapi, kita tak boleh nafikan, ada cabaran-cabaran tersendiri kan? Salah satu mimpi ngeri yang sering menghantui ibu menyusu ialah masalah bengkak susu atau saluran susu tersumbat. Aduhai, sakitnya bukan kepalang!
Bila jadi macam ni, mulalah risau susu tak cukup untuk anak, payudara jadi keras dan sakit, kadang sampai demam urat. Macam-macam cara dicuba, urut, tuam, tapi kadang tu, ia datang lagi dan lagi.
Pernah dengar lecithin?
Lecithin ni adalah sejenis lemak sihat yang secara semula jadi ada dalam badan kita, dan juga boleh didapati daripada sumber makanan tertentu seperti kuning telur, kacang soya, dan bijirin penuh.
Lecithin ni bertindak sebagai emulsifier.
Bayangkan macam ejen yang tolong pecahkan lemak. Susu ibu mengandungi lemak, dan kadang-kadang, lemak ni boleh jadi pekat atau melekit, menyebabkan saluran susu tersumbat.
Lecithin memainkan peranannya
✋️Mengurangkan Kelikatan Susu
Lecithin membantu menjadikan susu lebih kurang likat dan lebih lancar mengalir melalui saluran susu. Ini secara langsung dapat mengurangkan risiko saluran tersumbat yang menyebabkan bengkak susu.
☺️Membantu Melancarkan Aliran Susu
Dengan susu yang lebih lancar, risiko untuk berlakunya sumbatan dan ketulan pada payudara dapat dikurangkan. Ibu pun kurang rasa sakit dan lebih selesa.
🙅♀️Mencegah Mastitis
Bila saluran susu tersumbat berulang kali, ia boleh meningkatkan risiko untuk mendapat mastitis (jangkitan pada payudara). Radang tisu payudara yang boleh buat ibu demam panas teruk dan kadang-kadang sampai kena masuk antibiotik. Dengan aliran susu yang baik, risiko ini dapat diminimumkan.
🥰Mencegah Saluran Tersumbat Berulang
Lecithin bantu mencegah saluran susu tersumbat dengan cara memecahkan lemak dalam susu ibu supaya lebih cair dan mudah mengalir. Bila susu tak terlalu pekat, risiko saluran tersumbat pun berkurang
Kenapa Lecithin Shaklee?
✔️ Sumber soya bukan GMO (selamat & semula jadi)
✔️ Gred premium, tiada pewarna atau pengawet
✔️ Kaya dengan phosphatidylcholine, bantu cairkan lemak susu
✔️ Bukan je bantu elak duct clogged, tapi bagus untuk urai lemak dalam badan, kesihatan otak dan jantung juga
Macam Mana Nak Ambil Lecithin Masa Berpantang?
🔸 Bila rasa macam ketul mula terbentuk, saya terus tambah dos ikut keperluan , saya ambil 6 kapsul sehari, 3 pagi 3 malam (selamat sebab ia supplemen semula jadi)
Nasihat Ikhlas Dari Saya Buat Semua Ibu Menyusu
Kalau anda seorang ibu menyusu, lebih-lebih lagi yang jenis mudah bengkak susu atau pernah alami duct tersumbat, tolonglah pertimbangkan Lecithin awal-awal lagi.
Saya dah lalui fasa yang sangat menyakitkan, dan saya tak nak ibu lain lalui benda yang sama. Lecithin betul-betul bantu saya menyusukan anak dengan lebih tenang dan yakin. Dan paling penting, tak lagi trauma dengan bengkak susu!
🍼 7 Tips Redakan Bengkak Susu (Engorgement) Dengan Cepat & Selamat
1. Susukan Bayi Seawal Mungkin & Kerap
➡️ Jangan tunggu breast penuh baru nak susukan. Lagi lama tunggu, lagi tinggi risiko bengkak.
🕐 Susukan setiap 2–3 jam walaupun baby tak menangis lagi.
2. Perah Susu Selepas Menyusu Jika Masih Rasa Penu
➡️ Guna tangan dengan cara marmet atau pam untuk kosongkan breast sepenuhnya. Ini bantu elakkan lebihan susu ‘tersimpan’ dan jadi bengkak.
3. Tuam Panas Sebelum Menyusu
➡️ Letak tuala suam atau tuam panas selama 5–10 minit sebelum menyusu. Ia bantu lancarkan aliran susu & cairkan susu yang pekat.
4 Urut Perlahan Arah ke Puting Dan Belakang
➡️ Urut kawasan keras atau berketul secara perlahan dari arah luar ke puting masa menyusu atau pam dan bahagian belakang badan. Gunakan minyak untuk elak kulit melecet.
5. Pastikan Lekapan (Latch) Bayi Betul
➡️ Bila latch tak betul, susu tak keluar sepenuhnya dan breast cepat penuh dan sakit berketul. Dapatkan bantuan pakar laktasi jika perlu. Dan banyakkan tengok video penerangan nak pastikan lekapan bayi yang betul.
6. Mandi Dengan Air Suam Dan Urut Keluar Susu Dari Payudara Susu Yang Berketul
➡️ Semasa mandi air suam, urut perlahan bahagian yang berketul dan keluarkan susu dengan cara marmet tangan.
7. Ambil Lecithin Sebagai Ikhtiar Dalaman
➡️ Lecithin bantu cairkan susu pekat & pecahkan lemak dan kurangkan risiko saluran tersumbat (clogged duct) yang boleh buat bengkak makin teruk.
📦 Nak dapatkan Lecithin Shaklee original dengan konsultasi lengkap untuk ibu menyusu?
Saya sedia bantu sesama mak-mak. Klik je link ni
Pengguna Shaklee sejak 2010.
Pengedar Sah Shaklee : 1194529
📲Belle 010-567 1157
📲Belle 010-567 1157
Post yang lain :
Home >>
Blog >>