Gaya hidup sihat ini adalah sangat penting untuk kita kekal aktif, kekal bersemangat untuk terus jalani kehidupan seharian. Bukannya apa, kita selalu sangat dapat berita rakyat Malaysia mempunyai masalah kesihatan sehingga menjejasan kkehidupan dan ketenangan mereka. Masalah kesihatan yang selalu rakyat Malaysia hadapi misalnya sakit jantung, diabetes, kanser, darah tinggi, obesiti dan banyak lagi.
Sudah tiba masanya, rakyat Malaysia ambil langkah gaya hidup sihat agar mental, fizikal dan sosial mereka lebih sihat dan tenang.
5 Langkah Gaya Hidup Sihat
1. Tangani stress dengan bijak
Stress ini adalah racun kepada badan kita. Anda kena faham, bila kita terlampau stress, fikiran pun bercelaru dan asyik memikirkan sisi negatif berbanding positif. Hormon stress ini mendorong toksin kepada badan kita tanpa kita sedar. Ini adalah benar melalui kajian Profesor Elizabeth Blackburn.
Beliau mengkaji dengan membuat perbandingan antara pesakit kanser yang stress dan pesakit kanser yang gembira jalani rawatan. Akhirnya, pesakit kanser yang gembira dan positif ini kembali pulih tetapi tidak bagi pesakit kanser stress.
Oleh itu, ambillah langkah untuk tangani stress dengan baik.
Bercerita masalah kepada ahli keluarga, rakan baik
Mendekatkan diri dengan Allah SWT, hadiri kuliah agama.
Minta pendapat dari pakar dan kaunselor.
Kawallah stress anda mulai hari ini dengan mengambil makanan tinggi antioksida seperti Vivix.
Ditulis Jumaat, 23 Jun 2023
2. Pemakanan yang sihat
Dengan amalkan makanan yang sihat dan seimbang, ia membantu kepada kesihatan lebih baik, seterusnya kita dapat beraktiviti dan jalani kehidupan dengan sangat baik. Makanan seimbang seperti karbohidrat yang sedikit, buah-buahan, sayur-sayuran, protein haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti soya sangat penting untuk membekalkan zat dan nutrien dalam badan.
Elakkan makan makanan yang berminyak
Kurangkan pengambilan gula dan garam
Kurangkan makanan proses yang tinggi garam.
3. Jadikan aktiviti fizikal sebagai rutin harian
Beriadah dan bergerak aktif ini dapat membakar kalori dan dapat mengurangkan peningkatan berat badan. Sekaligus dapat mengekalkan tahap kesihatan yang baik dan mencegah dari obesiti dan penyakit kronik yang lain. Ia membuatkan jantung kita lebih kuat dan mengurangkan risiko maut.
4. Minum air kosong sekurang-sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Minum sekurang-sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau 2 liter sehari. Manfaat minum air kosong ini sangatlah banyak. Antaranya:
Melambatkan sel kanser
Mencegah penyakit hati dan ginjal
Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
Bukan itu saja, banyak kajian mengatakan minum air kosong secukupnya dapat tingkatkan metabolisme sebanyak 24-30% dalam jangka 1 jam hingga 1.5 jam. Jadi yang nak kekalkan BMI atau nak cegah obesiti jangan lupa minum air secukupnya ya!
5. Pastikan tidur yang cukup dan berkualiti
Nampak macam mudah, tapi sebenarnya tidur yang cukup dan berkualiti ini menjadi masalah semua orang. Kurang tidur akan mendedahkan banyak penyakit. Ia berkait rapat dengan tekanan darah tinggi, peningkatan hormon stress, degupan jantung yang tidak sekata.
Pastikan tidur kita mencukupi 7 jam sehari dan berkualiti setiap hari. Banyak manfaatnya bila cukup tidur, antaranya:
Jantung yang sihat
Mood yang sangat baik, tidak marah-marah dan tidak beremosi
Meningkatkan sistem imun. Tidak mudah jatuh sakit
Jom follow media sosial saya :)
Jadikan amalan gaya hidup sihat ini prioriti anda. Jangan sudah terhantuk, baru nak terngadah. Dengan bebas penyakit kronik barulah kita dapat menjalani kehidupan dengan tenang dan lancar sehingga ke hari tua :)
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#nextlevelblogging
Penaja Blog Mega Shaklee
Baca hot artikel yang lain juga :