“Muka nampak muda tapi dalam dah tua?”
Sebab awet muda sebenar bukan kat cermin, tapi kat SEL badan kita.
Pernah tak rasa macam ni, muka kita masih nampak ok, kulit pun tak banyak kedut. Tapi badan pula asyik lesu, cepat penat, sendi mula rasa sengal-sengal, otak pun makin pelupa?
Sebenarnya, itu tanda-tanda penuaan dari dalam. Kita mungkin jaga kulit dengan skincare dan sunscreen tapi lupa yang penuaan sebenar bermula dari sel dalam badan.
Ya, sel kita juga berumur. Setiap hari sel kita bekerja keras, menghasilkan tenaga, baiki tisu badan, kawal sistem imun, dan banyak lagi. Sel-sel kita, yang membentuk setiap organ dan tisu, sentiasa berdepan dengan tekanan dari radang (inflamasi) dan kerosakan radikal bebas.
Tapi bila usia makin meningkat, fungsi sel mula merosot. Tenaga makin kurang, kerosakan sel makin banyak, dan akhirnya badan mula rosak perlahan-lahan walaupun muka masih nampak muda.
Apa Yang Berlaku Bila Sel Badan Kita Menua?
➡️ Mitokondria (pusat tenaga dalam sel) makin lemah
➡️ Radikal bebas rosakkan sel secara senyap
➡️ DNA dalam sel makin banyak kerosakan
➡️ Sistem imun makin perlahan
Semua ni buatkan kita rasa cepat penat, susah fokus, kulit kusam, berat naik, dan lebih mudah jatuh sakit.
Di Sini Peranan Vivix Anti Penuaan Dari Dalam, Bukan Skincare, Tapi Selcare!
Berbeza dengan produk biasa, Vivix bukan rawat dari luar, tapi bantu perbaiki sistem badan dari akar paling asas iaitu sel, sekaligus membantu proses anti penuaan secara menyeluruh.
Punca Utama Penuaan dalaman
Pernah dengar pasal inflamasi? Ia adalah tindak balas semula jadi badan terhadap kecederaan atau jangkitan. Tapi, bila inflamasi jadi kronik, ia boleh merosakkan sel-sel sihat dan mempercepatkan proses penuaan.
Makanan seharian kita boleh mempengaruhi tahap inflamasi dalam badan?
Ya, memang benar. Makanan segera dan tinggi lemak, seperti hamburger, boleh memicu tindak balas keradangan dalam badan.
Dalam satu kajian klinikal, saintis Shaklee mendapati bahawa pengambilan makanan tinggi lemak dan tinggi karbohidrat (seperti yang biasa ada dalam hidangan makanan segera) menyebabkan peningkatan ketara dalam penanda inflamasi biasa.
Walau bagaimanapun, apabila peserta kajian mengambil suplemen Vivix, penanda inflamasi ini berkurangan dengan ketara.
Ini menunjukkan bahawa Vivix mempunyai keupayaan untuk menumpulkan tindak balas keradangan badan terhadap hidangan yang tidak sihat, melindungi sel-sel anda dari kerosakan yang disebabkan oleh inflamasi kronik.
Kajian lain yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2007 juga mendapati bahawa pengambilan makanan tinggi lemak tepu dan lemak trans, seperti yang biasa ditemui dalam hamburger dan makanan segera, boleh meningkatkan penanda inflamasi dalam darah seperti C-reactive protein (CRP).
Vivix Shaklee bukanlah sekadar suplemen biasa. Ia adalah formulasi unik yang mengandungi campuran polifenol daripada anggur musadine, lobak ungu, japanese knotweed dan elderberi yang sangat kuat, termasuk Resveratrol, yang terkenal dengan sifat anti-penuaan.
Vivix Bertindak Secara Saintifik untuk Anti-Penuaan
🧬Melindungi dan Membaiki DNA Selular
DNA adalah blueprint untuk setiap sel. Kerosakan DNA boleh membawa kepada penuaan dan pelbagai masalah kesihatan. Vivix membantu melindungi DNA dari kerosakan radikal bebas dan membantu proses pembaikan selular.
✋️Mengurangkan Pembentukan AGEs (Advanced Glycation End Products)
AGEs adalah sebatian berbahaya yang terbentuk apabila gula bergabung dengan protein atau lemak dalam badan. Pembentukan AGEs ini menyumbang kepada penuaan kulit (kedutan, kulit kusam) dan kerosakan organ dalaman.
Vivix membantu mengurangkan pembentukan AGEs ini, sekali gus melambatkan tanda-tua dari dalam dan luar. Kajian makmal menunjukkan bahawa bahan utama dalam Vivix boleh mengurangkan pembentukan protein AGE yang merosakkan sebanyak 13 kali ganda berbanding Resveratrol sahaja.
🔋Meningkatkan Tenaga Selular
Mitokondria adalah powerhouse dalam sel yang menghasilkan tenaga. Apabila kita semakin tua, fungsi mitokondria cenderung menurun. Vivix membantu meningkatkan fungsi mitokondria, memastikan sel-sel anda mempunyai tenaga yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik.
Ini secara tidak langsung menyokong regenerasi sel dan melambatkan penuaan. Kajian menunjukkan peningkatan 98.8% dalam penghasilan tenaga selular.
💟 Melindungi Sel dari Tekanan Oksidatif
Vivix kaya dengan antioksidan yang melawan radikal bebas. Radikal bebas ini adalah molekul tidak stabil yang merosakkan sel-sel sihat, menyebabkan penuaan dan penyakit. Dengan meneutralkan radikal bebas, Vivix melindungi sel anda dari kerosakan oksidatif, aspek kritikal dalam anti-penuaan.
💝 Memperlahankan Pemendekan Telomere
Bayangkan kromosom dalam sel kita macam tali kasut. Di hujung tali kasut tu ada plastik kecil yang elak hujungnya daripada rosak atau terurai. Plastik tu ibarat telomere, satu "penutup pelindung" di hujung kromosom kita.
Setiap kali sel dalam badan kita membahagi (untuk tumbuh, pulih, baiki tisu dll), telomere ni akan jadi makin pendek. Bila dah terlalu pendek, sel dah tak boleh membahagi lagi, dia jadi tua, tak aktif, atau mati terus.
Senang cerita, semakin pendek telomere, semakin tua sel kita. Bila sel dah tua, organ pun mula lemah, badan pun mula tunjuk tanda-tanda penuaan macam cepat letih, kulit kusam, ingatan tak sekuat dulu, dan macam-macam lagi.
Kajian saintifik menunjukkan bahawa pengambilan polifenol dalam Vivix boleh membantu memperlahankan pemendekan telomere. Menurut Shaklee, pengguna suplemen Shaklee jangka panjang (yang mengandungi polifenol, termasuk yang ada dalam Vivix) didapati mempunyai kadar pemendekan telomere yang lebih rendah, sehingga 57% berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya. Ini bermakna sel-sel anda kekal muda lebih lama.
🍇 Vivix Kaya Dengan Polifenol, Terutama dari:
1. Anggur Muscadine
✅ Super grape – lebih besar, lebih banyak kulit, biji dan tinggi antioksidan berbanding anggur biasa.
✔️Kaya resveratrol, ellagic acid, quercetin, dan antosianin
✔️Mengandungi asid elagik yang bantu lawan radikal bebas
✔️Bantu lindungi DNA sel
✔️Mempunyai sifat anti-kanser & anti-radang
2. Polygonum Cuspidatum (Japanese Knotweed)
✅ Sumber semula jadi resveratrol paling tinggi
✔️Bantu aktifkan penghasilan tenaga dalam sel (mitokondria)
✔️Melambatkan proses penuaan
✔️Baik untuk kesihatan jantung, otak dan sistem imun
✔️Bantu kawal gula dalam darah
3. Lobak Ungu (Purple Carrot)
✅ Tinggi karotenoid, antioxidant, lutein, anthocyanin
✔️Sokong kesihatan mata & otak
✔️Bantu melindungi sel saraf
✔️Lawan keradangan dan penuaan sel
✔️Baik untuk kulit dan salur darah
4. Elderberry Eropah (Sambucus Nigra)
✅ Dikenali sebagai immunity booster semula jadi
✔️Bantu tingkatkan sistem imun
✔️Kaya dengan vitamin C & polifenol
✔️Melindungi dari jangkitan virus & bakteria
✔️Baik untuk kesihatan pernafasan, kulit & jantung
Bukan Sekadar Nampak Muda Tapi Rasa Muda & Sihat Luar Dalam
Vivix bantu kita bukan sekadar nampak muda di luar, tapi jadi muda dari dalam.
Dengan pemakanan yang sihat, gaya hidup aktif, dan Vivix sebagai sokongan sel, kita boleh rasa beza:
✅ Dari Dalam:
Bantu lindungi & baiki sel
Perlahan penuaan sel (anti-aging)
Tingkatkan tenaga sel mitokondria
Bantu kawal gula & kolesterol
Sokong fungsi otak & jantung. Bagus untuk fokus, ingatan.
✅ Dari Luar:
Kulit lebih anjal, cerah, kurang jeragat & kulit berseri
Lambat nampak tua
Kekal bertenaga, tak cepat lesu
Kurang sakit badan, rasa badan lebih ringan
Testimoni Awet Muda Luar Dan Dalam Dengan Vivix
Pelaburan untuk kesihatan jangka panjang.
Sebab tu makin ramai yang dah mula fokus kepada penjagaan sel, bukan sekadar kulit. Bila sel sihat, organ sihat, barulah hidup lebih berkualiti walaupun umur bertambah.
Nak tahu macam mana dapatkan Vivix original Shaklee dengan konsultasi eksklusif, boleh terus hubungi saya Belle :
📲 Belle 010-567 1157
📲 Belle 010-567 1157
Pengguna setia 13 tahun dengan Shaklee dan memberi konsultasi terbaik berkaitan supplement dan nutrisi kepada pengguna.
Related posts: