Dulu, saya aktif dalam larian padang, lompat tinggi untuk wakil rumah sukan sekolah. Banyak yang dapat saya ambil jadi pengalaman , jadi saya nak anak-anak juga bersemangat dalam sukan sekolah.
Bagi saya aktif dalam sukan sekolah memang satu pencapaian besar. Bukan dari sudut fizikal saja. Ramai ibu bapa ingat budak yang kuat berlari saja tapi banyak perkara penting yang orang tak nampak.
1. Berani tampil diri dan menunjukkan keyakinan diri.
2. Belajar skil emosi, belajar kalah dan menang secara sihat.
3. Tingkatkan disiplin menepati masa, dan fokus pada matlamat.
4. Sihat tubuh badan dan otak. Stamina meningkat, emosi lebih baik dan fokus belajar lebih baik.
5. Dapat kembangkan bakat dan potensi yang terpendam.
Aktif dalam sukan sekolah bukan sekadar aktiviti luar kelas. Ia satu pencapaian besar yang patut dibanggakan. Anak yang berani mencuba, berpeluh di padang, jatuh dan bangun semula, sedang membina kekuatan fizikal, emosi dan mental yang tak boleh diajar dalam buku teks.