Tips Kurus Dengan Cepat

Ditulis oleh Belle Arshad, Rabu 12 April 2023.

Nak kurus memang idaman qalbu semua orang! Banyak penyakit menanti anda jika anda terus obes dan gemuk. Penyakit darah tinggi, penyakit jantung, kencing manis. Dah buat macam-macam cara tapi tak menjadi untuk kurus dan reverse penyakit serangkai itu.

Saya faham anda dah lama struggle nak kurus

dan nak sihat untuk lebih konfiden

Jangan stress, buat chill chill je janji ada progress pada inch loss dan pada kesihatan makin membaik!

Jom ikuti tips kurus dengan cepat dan sihat ni.

1. Cut Sugar 

Memang lah sedap makanan dan minuman bergula ni. Tapi kena ingat, gula yang berlebihan terutamanya gula putih ini menyebabkan peningkatan gula dalam darah (hyperglycemia). Bila badan dah tak perlukan energi, lebihan insulin akan tersimpan lama dalam hati sebagai glycogen. Lebihan glycogen ni akan tersimpan sebagai lemak. Dah pulak, berat badan pun akan semakin bertambah.

So cut sugar ye. Dan untuk permulaan, kurangkan pengambilan gula.

2. Makan Makanan Yang Sebenar (Real Food)

Skip makanan tinggi proses yang tiada khasiatnya seperti mee, sardin dalam tin, spagheti dan sebagainya. Lebihkan real food seperti kekacang, seeds, whole grains, daging, ikan, telur, santan, minyak kelapa, minyak zaitun, buah-buahan dan sayur-sayuran yang mana ia mengandungi khasiat, minerals dan lemak baik untuk badan dan otak.

Kalau nak tahu, kita memerlukan 100 gram karbohidrat sehari. Pilihlah karbohidrat yang berkualiti seperti nasi, berbanding mee yang hanya tinggi proses tanpa ada khasiat dan yang akan menambahkan kegemukan anda. Amalkan suku suku separuh dalam pinggan sihat supaya kita tak makan berlebihan.

3. Lebihkan Sayur-sayuran

Penuhkan pinggan dengan sayur-sayuran yang berwarna warni, ada hijau, ada ungu, ada merah. Kerana semuanya ada zat tersendiri. Bila anda makan sayur yang banyak, ia membantu anda untuk kurangkan pengambilan makanan berkanji dan sekaligus anda dapat mengawal kalori anda.

4. Pilih Protein Tanpa Lemak

Pilihlah protein tanpa trans fat atau protein yang rendah lemak seperti ayam dada, ikan, telur, kekacang, soya. Elakkan terlalu banyak makan daging merah kerana ia dapat tingkatkan tahap kolesterol dalam badan. Protein mampu memberi kenyang lebih lama dan akan mengurangkan selera makan yang melampau. 

Dengan pengambilan protein juga dapat meningkatkan metabolisme dalam badan dan membakar lebih kurang 80 kalori setiap hari.

5. Lebihkan Pengambilan Air Kosong

Banyak kajian memperincikan minum air kosong ni dapat tingkatkan 24-30% metabolisme dalam jangka 1 hingga 1.5 jam. Sebab tu kalori pun senang terbakar. Ada lagi kajian, sekiranya anda minum 1/2 liter setengah jam sebelum makan ia dapat bantu kurangkan selera makan yang menjadi-jadi. Kulit muka pun akan glow tau bila minum banyak!

Minum at least 8 cawan atau 2 liter air kosong sehari.

Confirm boleh turun berat bila minum air yang banyak.

Banyak kajian terbukti.

Dah boleh stop order air manis masa di restoren kan ;)

6. Cuba Angkat Berat Dan Bersenam

Tak dapat disangkal lagi bersenam atau workout ini dapat membakar lebihan lemak. Lemak yang ada di lengan, di peha, bra fats semua tu boleh dihapuskan dengan mudah. Lihat video di atas untuk rujukan HIIT, Latihan Interval Intensiti Tinggi. Bolehlah ikut cara HIIT di atas untuk kesan penurunan berat badan.

4 minit pun dah boleh settle untuk buat simple HIIT. Senaman HIIT ni sekejap je kena buat dan resting period pun sekejap tak lama pun. Kesan pembakaran kalori pulak up to 12-24 jam. Maksudnya kat sini, lepas buat je senaman HIIT, badan anda pun masih membakar kalori yang berlebihan dalam badan sehingga 12-24 jam. Fuh seronok! Tengah tidur pun badan masih membakar kalori.  

7. Cukupkan Waktu Tidur

Tidur yang mencukupi dan berkualiti ini amat penting untuk penurunan berat badan. Sebab apa? Tidur ini berkait dengan 2 hormon badan iaitu ghrelin dan leptin. Tidur yang tidak cukup ini akan menaikkan kadar hormon ghrelin (hormon lapar).

Hormon leptin pula akan dilepaskan oleh sel lemak dan memberi signal lapar dan kenyang. Jadi bila tak cukup tidur, ia membuatkan kita sentiasa berasa lapar dan perasaan nak makan membuak-buak.

8. Berpuasa Atau Intermittent Fasting

Benarlah Allah S.W.T dan Rasulullah dah buktikan bahawa dengan amalan puasa sunat dan Ramadan ni dapat jadikan badan kita lebih sihat. Bila sihat, dan berpuasa berjam-jam ia dapat membakar kalori. Ini kerana pada waktu kita berpuasa, insulin pada paras rendah. Tubuh akan menghantar hormon norepinephrine kepada tisu-tisu lemak untuk dibakar dan ditukar kepada tenaga.

Biar badan yang bakar lemak badan sendiri!

Intermittent Fasting pula adalah puasa yang diketengahkan oleh Bukan Muslim, dan kita juga boleh amalkan ia untuk turun berat badan. Paling minima berpuasa adalah 12 jam, 14 jam, 16 jam sehingga 72 jam lamanya. Sekiranya kita nak buat IF selama 16 jam, jam 6 petang adalah last meal dan open window eating adalah pada jam 10 pagi.

9. Ambil Omega 3 Fish Oil

Ya! Dalam kajian, fish oil Omega 3 dapat bantu capai berat badan ideal. Asid lemak Omega 3 adalah lemak yang sihat yang diperlukan untuk menyokong fungsi normal badan. Omega 3 dapat meningkatkan kadar pembakaran lemak dan mengawal paras lemak yang sihat yang bekumpul dari pemakanan harian kita. Tapi bagaimana nak dapatkan fish oil Omega 3 yang berkualiti tinggi dan selamat untuk diamalkan? Haaa pastikan ia beyond organic dari company yang dah stabil seperti Shaklee dan berkesan.

Banyak kan tips Kurus Dengan Cepat yang saya kongsikan. Jangan lupa misi kita turun 20 KG pasti akan berhasil ;) Kuatkan semangat untuk mulakan journey sihat ni. Jangan tahan lapar dan makanlah pada waktunya.

Sudi-sudi lah untuk baca journey saya berjaya turun berat badan 25 KG selepas bersalin dua kali. Ia sangat perlukan ilmu untuk melengkapkan micronutrients dan macronutrients dalam makanan. Baca di sini.

Setiap kali pregnancy naik 23 KG. Dah 2 kali pregnancy macam ni disebabkan hormon mengandung.

Dapat turun balik 25 KG selepas bersalin kedua-dua pregnancy. Dan maintain tak pernah bounce weight balik.

Sekarang April 2023. Saya kena sabar, lepas bersalin ke 3 ni saya akan turunkan berat semula macam biasa :) Takda hal ini pregnancy yang ke 3 yang memerlukan saya turun balik 20 KG disebabkan hormon pregnant yang tak menentu. Yang penting kena disiplin dan ubah cara pemakanan dan hidup lebih sihat. Tak boleh pakai niat je. Follow instagram saya untuk ikuti journey kurus pregnancy ke 3 pula.

LinkInstagramFacebook

Akhir Kata, Semoga Berjaya !

#nextlevelblogging

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#blogmegashaklee

SID 1194529. Nabilah Arshad

Pengguna Shaklee lebih 13 tahun. Family pengguna Shaklee since 2003.

Bantu ramai jana side income dengan Shaklee.

JOIN BISNES DAN KEAHLIAN DI SINI

Baca hot artikel yang lain juga :