Testimoni Hebat Shaklee Saya

Ditulis Sabtu, 10 Jun 2023.

Pada umur 18 tahun, saya buat medical checkup sebagai persediaan untuk masuk ke UiTM. Dari situ barulah saya tahu tulang belakang saya ni tak normal melalui x ray yang dibuat, kata doktor ada minor Slip Disk. Ah sudah. Saya diam je sebab nak tunjuk reaction apa pun tak tahu. Belum ada rasa sakit. Jadi buat tak tahu lah, hanya maklumkan pada mak.

Usia pun berganjak ke 21 tahun, baru lah mula rasa lenguh yang luar biasa bila berjalan lama, berdiri lama dan duduk lama. Jadi batas kepada pergerakan saya. Saya mula cepat penat bila belajar duduk terlalu lama. Terlalu tak selesa. Lenguh dan cepat penat.


 Pada usia masih muda tapi badan dah macam terlalu berumur

Dari situ mak saya belikan Set Shaklee lengkap untuk top up nutrisi untuk saya yang diet pemakanan memang kelaut.


Shaklee ni memang dah lama kami sekeluarga consume. Tapi saya sangat culas untuk ambik, sampaikan bekalan vitamins tu expired. Ni dah sakit, baru lah merasa dan insaf ya.


Saya istiqomah ambik vitamins untuk keperluan nutrisi kepada badan dan terutama sekali sebagai ikhtiar tulang belakang saya. Bancuhlah ESP setiap pagi dan malam. Vitalea, Calcium, Vitamin C, Omega Guard ambik semua supaya tulang belakang berada pada kedudukan asal semula dan cukup pelincirnya.


Alhamdulillah Allah Maha Penyembuh, tulang belakang saya membaik. Buat check up dengan doktor yang lain dan beliau sahkan tulang belakang saya kembali normal. Ya Allah gembiranya hati. Nak buat apa apa dah tak lenguh macam dulu.


Sekarang barulah saya tahu Vivix dan Resv super polifenol yang dapat merencatkan abnormal cells LEBIH PANTAS dan baik untuk masalah tulang dan sendi. Jadi anda perlu consume juga tau!

2. Kulit Muka Dan Badan Lebih Cerah

Bila dah consume Shaklee ini secara konsisten, saya perasan kulit wajah dan badan saya makin putih pula. Jerawat saya yang besar-besar akibat dari salah guna skincare (produk timbang kilo famous masa tu)  itu pun makin kecut. Itu lah dia Shaklee, kita makan untuk satu masalah kesihatan tapi ia repair masalah lain juga.

Bila jumpa upline saya, Hajah Rusimah Mail pun terkejut saya dah tak kelam gelap dah haha. Muka makin putih kuning langsat. Alhamdulillah Allah izinkan.

ESP, Vitamin C dan Omega Guard bantu tekstr kulit yang lebih cantik dan lebih cerah.

3. Ikhtiar Hamil Dengan Shaklee Dan Period Pain Yang Teruk

Selepas berkahwin, saya ambil masa setahun untuk dapatkan zuriat. Memang tak lama tapi hati tisu saya ni cepat terasa bila orang asyik cakap..

"Cepat kan lah dapatkan anak Bella..." 


Tapi takpa, saya pun mula dapatkan Set Kesuburan Shaklee nak perbetulkan period pain saya yang teruk dan ikhtiar hamil. GLA, Vitamin E, Zinc, ESP, Vitalea, Vitamin C, B complex, Alfalfa kami suami isteri consume bersama. Saya pun ikhtiar dengan berurut naikkan peranakan.

Alhamdulillah kami happy dapat double line anak bertuah pertama kami Maryam Kway dua bulan selepas consume set kesuburan Shaklee. Diizinkan Allah, ovum lebih sihat, sperms lebih berkualiti dan rahim yang lebih kuat.

Alhamdulillah sampai sekarang di usia 31 tahun period pain tak pernah menjengah saya. Ya Allah bersyukur Allah makbulkan doa saya. Tak tertanggung lah nak menahan period pain yang kencang itu, kalau kena mesti terbaring dan terbongkok berhari-hari.

4. Mengandung Tiada GDM, Normal BP dan Normal HB

Saya berketurunan diabetes dari arwah abah saya. Mak saya selalu pesan...


"Bilah..jangan minum air manis sangat. Bilah anak orang kencing manis ingat tu".


Mak selalu pesan dari saya degil sampai lah saya dah mula beringat sendiri. GDM (Diabetes Mellitus) semasa hamil memang merisaukan memandangkan sejarah keluarga ada diabetes.

Tapi jangan risau. Healthy lifestyle juga berperanan untuk bacaan gula normal.

Di sini lah pentingnya Prenatal Set Shaklee yang ada Vita-Lize, ESP, B complex ini berfungsi mengawal kadar gula dalam darah dan insulin dapat bekerja secara aktif.

Dah 3 kali mengandung tak menghidap GDM syukur alhamdulillah. Saya kongsikan ya result air gula semasa saya mengandung anak ketiga baru-baru ini sebelum dan selepas minum sugary drink.


Before sugary drink : 3.7 mmol/L

After sugary drink : 4.5 mmol/L


Bukan itu je, hb saya juga normal baik dari awal mengandung sampai lah dah nak bersalin.

HB 12.8 g/dl


Blood pressure juga maintain normal. Tak pernah tinggi dan rendah. Alhamdulillah Allah memudahkan urusan mengandung ini dengan kesihatan yang sangat baik.


Baby yang sihat membesar dan cerdik dengan pengambilan Omega Guard untuk perkembangan otak bayi sejak dari dalam rahim. Vivix pula diambil selepas 7 bulan mengandung sampai lah berpantang untuk kesihatan ibu, baby dan bekalkan kudrat untuk meneran baby dan mempercepatkan jahitan bersalin pulih dan tak membengkak.


Saya ingat lagi selepas meneran baby Nafeesa, midwife cakap...

"Ya Allah baby bersihnya kulit awak..."

Dalam hati saya memanglah bersih, mau nya saya telan Omega sampai 4 biji masa mengandung haha. Dan Vivix tuu. Tapi memang betul licin Nafeesa. Midwife tak perlu beriya nak lap, takda selaput putih pada badannya. Jimatlah wet tissue hospital tu.

5. Set Menyusu Shaklee Bantu Semasa Kesusahan Bengkak Susu. Alhamdulillah

Set Menyusu Shaklee membantu banyakkan susu yang berkualiti dan bernutrisi pada anak-anak saya. Saya dapat kepuasan menyusukan sehingga 2 tahun. Selalu juga diduga dengan bengkak susu dari anak pertama sehingga yang ketiga. Saya demam bengkak susu ini sampai menggigil-gigil dan menyebabkan susu mula drop macam mula-mula bersalin. Nak beremosi sangat pun tak guna juga.


Jadi saya konsisten je dengan Set Menyusu Shaklee (ESP, Alfalfa, Ostenutrix, Vitalea) dan mulakan power pumping supaya supply susu  mencukupi mengikut demand baby Nafeesa semula. Alhamdulillah meriah dan pekat susu!

Tengoklah kejadian selepas bengkak susu membaik.

6. Dapat Turun Berat Badan 20 KG Selepas Bersalin. Fuh!

Jangan pelik ya, setiap kali mengandung berat badan saya mesti naik 20kg disebabkan imbalance hormone. Fuh masa anak pertama, saya ingat susah ni nak turun berat. Tup tup boleh pulak dengan Set Berpantang Shaklee yang hampir sama dengan Set Hello New You yang sekarang ni.


Saya kongsikan ya pengalaman nak kurus selepas bersalin anak ketiga ini, Nafeesa Kway. Journey yang sama je dengan selepas bersalin dengan kedua-dua anak sebelum ini.

Dari 66kg kepada 59kg masa 36 hari berpantang.

57kg masa 44 hari berpantang. Fuh 9kg dapat turun masa pantang ni.

LinkInstagramFacebookLink

Sudilah untuk whatsapp saya dapatkan set shaklee dan picit Shaklee logo untuk register keahlian Shaklee :)

Amazingly, progress ini paling laju ! Bayangkan saya berjaya turun 9kg dalam masa 44 hari bepantang. Walhal, journey anak sebelum ini saya cuma berjaya turunkan 3kg dalam masa 44 hari berpantang. Pelik ! Tapi tak perlu pelik sangat sebab saya belajar dan dapat tips berkesan kurus dan sihat dari pakar pemakanan dan melalui pembacaan. Alhamdulillah rezeki.


Paling utama adalah dengan pengambilan makanan yang sihat, bernutrisi dan bekalkan micronutrients untuk badan. Itu yang tak tinggal Set Hello New You dan Vita-Lize semasa berpantang ni dan akan diteruskan in shaa Allah demi dapatkan kesihatan yang baik.


Saya berjaya turunkan berat badan dari 70kg kepada 50kg selepas bersalin kedua-dua anak Maryam dan Nayla dan maintain tak pernah ada yo-yo weight gain melainkan jika mengandung lagi haha. Dan bersalinkan Nafeesa ini, saya berharap dapat turunkan lagi 7kg. Bukanlah kejar sangat badan supermodel, tapi dengan kurus lah saya dapat bergerak laju untuk kejar anak-anak dan lakukan aktiviti harian. Badan rasa ringan, rasa cergas nak bergerak ke sana sini.

Makanan pantang saya. Nanti dah tak pantang boleh variasikan dengan lemak santan dan lemak sihat yang lain

Saya perlukan Vita-Lize Multivitamin Shaklee untuk menampung jurang nutrisi jika ada ter overcook makanan kan, pastilah zat nutrisi berkurang

Jemput tengok Youtube short video saya, Picit tau

Terima kasih kepada anda semua sudi baca panjang-panjang testimoni Shaklee saya. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana membijakkan ahli scientists Shaklee ini untuk hasilkan vitamins. Banyak bantu saya dari lah sakit tulang belakang sampai lah sekarang dah beranak 3. Benarlah, Allah Maha Mengatur segala sesuatu yang menjadi keperluan makhluknya secara sempurna :)


Moga-moga dapatlah hadiah istimewa dari tajaan www.anakkuwira.com :) nak hadiah hehe.


#testimonishaklee

#nextlevelblogging

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#pengedarshakleekualalumpur

#pengedarshakleecheras

#pengedarshakleesetapak

#blogmegashaklee

Penaja Blog Mega Shaklee

SID 1194529. Nabilah Arshad

Pengguna Shaklee lebih 13 tahun. Family pengguna Shaklee since 2003.

Bantu ramai jana side income dan sihat dengan Shaklee.

Picit 010-5671157 Belle untuk dapatkan set Shaklee dan bimbingan dari saya.

Baca juga hot artikel lain :

LinkInstagramFacebookLink

Sudilah untuk whatsapp saya dapatkan set shaklee dan picit Shaklee logo untuk register keahlian Shaklee :)